Korea merupakan salah satu negara di Asia yang menjadi antara kegemaran ramai rakyat Malaysia untuk pergi bercuti. Kawan-kawan saya ramai yang telah mengunjungi Korea untuk bercuti, bukan setakat di musim panas, musim bunga, musim luruh tetapi juga di musim sejuk.

Disebabkan itu, ada banyak syarikat yang menawarkan pakej percutian menarik ke Korea. Negara yang mempunyai 4 musim ini mempunyai banyak tarikan menarik yang boleh dimasukkan ke dalam pakej pelancongan percutian ke Korea; antaranya Pulau Nami, Ski Resort, Namsan Tower, Myeongdong Shopping Street dan banyak lagi.

5 Tempat Wajib Pergi Jika Ambil Pakej Percutian Korea Musim Sejuk

Pakej Percutian Korea Musim Sejuk 2018
Jika nak melancong atau bercuti ke Korea, mesti nak ada tourist guide. Kalau tidak, anda mungkin akan pening kepala tak tahu nak pergi mana dahulu. Yelah, negara ini ada banyak tempat ikonik dan bersejarah. Silap-silap, percutian anda akan jadi sia-sia sebab tak ada perancangan atau tentantif percutian yang baik.

Bercakap pasal sejarah Korea, rasanya tentu ramai yang tak tahu asal usul nama Korea tu kan?

Saya pun baru je tahu mengenainya.

Sejarah Ringkas Korea

Nama "Korea" diambil dari nama kerajaan Goryeo (935-1392) dan Goryeo telah mengambil namanya dari kerajaan Goguryeo yang ditubuhkan sebelumnya. Dalam bahasa Korea, negara itu dalam keseluruhannya dikenali sebagai Chosŏn (Hangul: 조선, Hanja: 朝鮮) oleh Korea Utara dan Han-guk (Hangul: 한국, Hanja: 韓國) oleh Korea Selatan.

Aha, macamana boleh ada dua buah negara Korea? Iaitu Korea Utara dan Korea Selatan?

Ini adalah disebabkan pengaruh perang dingin antara Amerika Syarikat dan juga Soviet Russia, selepas perang dunia kedua.

Pada 1945, tentera Soviet Russia dan Amerika Syarikat masing-masing mula menduduki kawasan utara dan selatan Korea. Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing. Perkara ini menyebabkan pembahagian Korea kepada dua; Korea Utara yang diperintah rejim komunis dan Korea Selatan, sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.

Kalau anda nak tahu lebih banyak tentang sejarah Korea ni, boleh dapatkannya di Wikipedia.

Tempat Menarik di Korea Untuk Percutian Musim Sejuk

Pakej Percutian Korea Musim Sejuk
Berbalik tentang apa yang menarik yang ada di Korea, atau lebih tepat lagi Korea Selatan. Apa yang menarik sangat di Korea Selatan tu, sampaikan ia menjadi antara destinasi pilihan ramai untuk percutian?

Dalam banyak-banyak pakej percutian Korea yang saya lihat, terutama untuk musim sejuk .. tempat-tempat ini adalah yang sering menjadi pilihan dalam intenari wajib pakej percutian ke Korea.

Pulau Nami

Pulau Nami di musim sejuk
Pulau Nami memang ada tarikan yang tersendiri. Dalam apa jua musim, samada musim bunga, musim luruh, musim panas mahupun musim sejuk, Pulau Nami sentiasa menjadi antara lokasi pilihan dalam pakej percutian.

Untuk pergi ke Pulau Nami, ada dua cara. Pertama iaitu dengan menaiki feri atau yang kedua yang lebih mencabar, adalah menerusi zipline. Perghhh ... memang unik ni.

Walaupun pulau ini terletak agak jauh sedikit dari Seoul, iaitu ibukota Korea Selatan; Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi serta peminat dram Korea .. hehe. Aha, di sinilah lokasi penggambaran drama Korea yang meletops tu - Winter Sonata.

Apabila berada di Pulau Nami, anda boleh jalan-jalan dengan menunggang basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Kalau ada anak-anak, boleh bawa mereka bermain di taman permainan dan perpustakaan kanak-kanak yang menarik di sini. Untuk pelancong beragama Islam, ada disediakan surau untuk tunaikan sholat.

Yongpyong Ski Resort

Ski Resort


Kalau dah pergi ke Korea untuk pakej percutian musim sejuk, tak sahlah kalau tak main salji .. ye tak? Salah satu tempat menarik yang wajib anda pergi ketika musim sejuk di Korea ialah Yongpyong Ski Resort.

Yongpyong Ski Resort adalah sebuah resort ski yang terletak di wilayah Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang, Gangwon-do. Ia merupakan resort yang ada tempat bermain ski terbesar di Korea. Jadi, memang rugilah kalau percutian musim sejuk di Korea tak habiskan masa bermain salji dan ski di sini.

Namsan Tower

Setiap ibu kota mesti ada mercu tandanya tersendiri. Aha .. jika berada di Seoul, ibu negara Korea Selatan, jangan lupa untuk ke Namsan Tower. Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul, sama seperti KLCC atau KL Tower di Kuala Lumpur.
Namsan Tower
Anda boleh melihat panorama indah kota Seoul dari puncak Namsan Tower yang tingginya 236.7 meter. Di situ juga, anda boleh temui 'Love Locks' yang popular di datarannya. Kalau anda merupakan pasangan baru sahaja bernikah, ambil pilihan untuk pergi ke Korea di musim sejuk untuk bulan madu, maka bolehlah ke sini ... kuncikan cinta anda tu di dataran Namsan Tower ni ... haha.

Myeongdong Shopping Street

Myeongdong Shopping Street
Myeongdong Shopping Street
Kaum perempuan jika bercuti dan melancong ke Korea, tak sah kalau tak singgah tempat ni. Tak kiralah cuti musim sejuk ke, musim panas ke, musim luruh ke, musim bunga ke ... tempat ini pasti menjadi lokasi wajib pergi. Kerana apa?

Ini kerana Myeongdong juga dikenali sebagai 'Syurga Kosmetik'. Namakan sahaja produk kosmetik terkenal dari Korea seperti The Face Shop dan  Etude House, semuanya ada di Myeongdong. Lagi menarik, ia dijual dengan harga yang murah dan berbaloi.

Selain kosmetik, pelbagai lagi jenis barangan seperti beg, baju mengikut fesyen terkini dan makanan ada dijual di sini. Myeongdong pada waktu malam dilihat lebih meriah kerana banyak gerai-gerai kecil dibuka di celahan lorong seakan pasar malam. Nak shopping dapatkan harga murah, bolehlah jadikan Myeongdong Shopping Street sebagai tempat wajib pergi jika ke Korea.

Namdaemun Shopping Street

Satu lagi tempat shopping di Korea yang wajib pergi. Di sinilah lokasi terbaik untuk mendapatkan cenderahati sebagai kenang-kenangan dibawa pulang. Anda boleh dapatkan banyak pilihan seperti keychain, fridge magnet, t-shirt K-Pop, serta brooch Korea yang cantik-cantik.

Namdaemun juga adalah antara pasar tertua di Korea kerana telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu sejak zaman destinasi Joseon lagi. Ini menjadikan ia bukan setakat sebuah pasar atau tempat nak beli-belah, tetapi juga ikon sejarah untuk Korea.

Orait.

Kalau ikutkan ada banyak lagi tempat menarik lain di Korea yang boleh anda lawati. Ia semuanya bergantung dengan pakej percutian Korea yang diambil. Kena tengok bajet, kena tengok tempoh dan masa - berapa hari, berapa lama, waktu apa. Kena juga tengok musim apa kalau mahu bercuti melancong pergi ke Korea.. kan kan?

Nak Melancong ke Korea di Musim Sejuk?

Pakej Percutian Korea Musim Sejuk untuk Muslim
Jika anda berminat untuk melancong ke Korea dan berminat untuk menggunakan pakej daripada agensi pelancongan yang disahkan oleh kementerian pelancongan, saya ingin syorkan anda memilih muslimtravelbug.com.

Muslimtravelbug.com adalah syarikat pelancongan yang fokus pada harga dibawah pasaran dan kualiti pelancongan muslim. In Sha Allah, keperluan dan kebajikan anda sebagai seorang Muslim jika ke Korea akan terjaga dengan baik...termasuklah mendapatkan makan dan minum halal.

Ada promosi ni .. tu sebab saya nak war-warkan kepada anda yang mungkin dah berkira-kira untuk mencari pakej percutian berbaloi ke Korea Selatan dalam tahun ni.

Muslimtravelbug menyediakan pakej pelancongan korea musim sejuk 5 hari 4 malam lengkap penerbangan serendah RM3199 seorang pada bulan Disember 2018. Ada 13 pilihan tarikh untuk dipilih dalam pakej percutian musim sejuk ke Korea ini, anda boleh semak di pautan berikut:

[+klik] Pakej Percutian Ke Korea Musim Sejuk

Atau...

Jika anda ada tarikh tersendiri, anda boleh juga melihat pakej ground arrangement yang disediakan oleh pihak Muslimtravelbug ini dari serendah RM1220 seorang.

[+klik] Pakej ke Korea

Kenapa Pilih Pakej Percutian Korea dengan Muslimtravelbug?

  1. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KPL 8549)
  2. Harga pakej percutian yang sentiasa di bawah harga pasaran Malaysia.
  3. Mempunyai pejabat operasi di Korea dan Malaysia.
  4. Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di Malaysia dan berpengalaman luas.
  5. Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan tv Astro Ria untuk penggambaran SYOKNYA SEOUL.
  6. Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.

Butiran Lanjut:

Telefon Pejabat: 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)
Alamat Pejabat: B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan Selangor
Waze: Muslimtravelbug Sdn Bhd
Email: info@muslimtravelbug.com
Laman web: muslimtravelbug.com

Orait? Dapat info dah? Dah tahu 5 tempat wajib pergi kalau bercuti ke Korea? Aha, apalagi, buatlah buat perancangan awal untuk dapatkan promosi menarik pakej percutian musim sejuk ke Korea ni. Saya lihat, ada tarikh sudah fully-booked .. jadi jangan lambat.

Selamat bercuti dan moga bermanfaat.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Teringin nak ke Kashmir, main salji. 😉

    BalasPadam
  2. wah bestnya korea
    kami dalam planing nak repeat

    BalasPadam
  3. bila la nak pergi korea ni, mudah2an ada rezeki satu hari nanti...insya'Allah

    BalasPadam
  4. isteri peminat setia cerita korea.hari2 dia berdoa agar suatu hari nanti dapat pergi ke korea.tak sabar naik main salji katanya

    BalasPadam
  5. wah syoknye korea..teringin nak bawak keluarga melancong ke sana
    semoga suatu hari nanti akan tiba jua disana..amin

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement