Alhamdulillah, Allah S.W.T telah berikan peluang dan masa untuk kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Itupun atas inisiatif adik ipar saya yang menguruskan segalanya untuk ke sana.
Percutian Pulau Perhentian - Destinasi Cuti Yang Memang Best
Kami bercuti ke Pulau Perhentian melibatkan 3 keluarga. Masing-masing bertolak dari lokasi berbeza. Saya sekeluarga dari Parit Buntar, ikut jalan menerusi Kuala Kangsar ke Grik terus ke Jeli dan ke Kuala Besut. Dalam perjalanan inilah, kami bertemu dengan 2 ekor gajah di dua lokasi berbeza di Jalan Raya Timur-Barat. Salah seekornya tu adalah gajah yang telah tular di media sosial, yang tersesat di Hentian Rehat Titiwangsa.Percutian Pulau Perhentian - Tiba di Besut Tengah Malam
Dah memang jadi kebiasaan kalau perjalanan jauh untuk pergi bercuti ni, saya akan ambil masa lama untuk tiba ke destinasi. Al maklumlah, bila gerak dengan famili ni, mesti akan berhenti banyak kali. Bertolak selepas sholat Jumaat, tiba betul-betul tengah malam di Besut.Kami menumpang menginap di rumah rakan karib isteri saya yang pernah sama-sama belajar di Universiti Malaya. Rasa segan juga sebab sampai rumah orang tengah-tengah malam .. huhu. Nasib baiklah hospitality orang Terengganu memang terbaik. Alhamdulillah.
Pagi esoknya tu, barulah kami sekeluarga bertolak ke jeti Kuala Besut. Alhamdulillah, kami tiba di jeti dan berkumpul dengan dua keluarga ipar saya.
Oh ya. Hari kami di Kuala Besut tu adalah hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 14. Jadi, memang meriahlah dengan bendera dan banner parti politik sepanjang perjalanan ke Kuala Besut tu. Meriah sungguh.
Wahhh .. ramai betul orang yang bercuti nak ke Pulau Perhentian ni. Tak sangka sungguh la. Ingatkan kami bercuti di luar musim, rupanya sangkaan saya sangat salah. Berduyun kot pelancong menunggu bot di Jeti Kuala Besut. Jenuh pula tu nak tunggu bot..... hmmm .. adalah dekat 2 jam hanya di jeti tu sahaja. Sabar je lah.
Kami semua menempah penginapan di Pulau Perhentian Kecil. Saya tak pasti pakej apa yang diambil oleh adik ipar saya. Alhamdulillah, kami dapat menginap di sebuah chalet yang agak selesa, berhampiran dengan masjid Pulau Perhentian.
Cantiknya Air Laut di Pulau Perhentian
Bila sampai sahaja di Pulau Perhentian ... kami semua kagum dengan kecantikan yang ada di Pulau Perhentian, lebih-lebih lagi perairannya. Uhh .. air laut membiru dan jernih ... sangat jernih sehingga nampak anak-anak ikan berkumpul dan berenang bebas.Indah betul ciptaan Allah S.W.T.
Kami bercuti di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam. Pakej percutian yang kami ambil lengkap dengan penginapan, makan minum sebanyak 3 kali - sarapan, makan tengahari dan makan malam, serta aktiviti mandi-manda dan snorkelling di sekitar perairan Pulau Perhentian.
Aktiviti tak tertumpu di Pulau Perhentian Kecil, iaitu di kawasan tempat kami menginap. Semua aktiviti adalah di luar kawasan Pulau Perhentian Kecil. Kami semua perlu naik bot untuk ke lokasi-lokasi yang telah menjadi pilihan untuk mandi-manda di pantai, dan untuk aktiviti snorkelling.
Kebanyakan tempat tumpuan untuk buat aktiviti adalah di Pulau Perhentian Besar. Itu sebab kami perlu naik bot untuk ke lokasi-lokasi tumpuan ini, khusus untuk melakukan aktiviti snorkelling.
Hmm tentu ada tertanya, kenapa tak pilih je penginapan di Pulau Perhentian Besar?
Kenapa Ambil Penginapan Percutian di Pulau Perhentian Kecik?
Ini adalah sebab di Pulau Perhentian Kecil ni, ada perkampungan nelayan. Lepas tu ia lengkap dengan kemudahan seperti klinik, kedai runcit, kedai makan, masjid dan ada agen BSN untuk pengeluaran wang.
Aktiviti Best Percutian Pulau Perhentian
Aktiviti snorkelling di lakukan pada hari kedua kami berada di Pulau Perhentian. Kami habiskan masa sehingga setengah hari untuk pergi snorkelling di beberapa tempat atau lokasi menarik di Pulau Perhentian iaitu Blue Lagoon, Turtle Point, Shark Point, Coral Garden dan juga Lata Air Berani.Semua aktiviti diberikan kelengkapan yang lengkap. Pakai life jacket hampir pada semua waktu dan keadaan... walaupun anda dakwa hebat berenang. Life jacket memang wajib dipakai hatta untuk baby kecil.
Memang best dapat lihat ikan-ikan cantik, penyu, ikan lumba-lumba, gamat dan batu karang yang terdapat di situ.
Aha, kalau ke Lata Air Berani .. yang selalunya menjadi destinasi atau lokasi terakhir dalam aktiviti snorkelling ... pastikan mandi dari air Lata Berani yang sangat menyegarkan dan sejuk. Cuma tak boleh mandi lama-lama sebab ada ramai yang mahu buat perkara yang sama. :)
Alhamdulillah, cuaca baik. Cuma angin agak kuat sepanjang kami bercuti dan berada di Pulau Perhentian. Jadi, keadaan laut agak berombak dan beralun. Risau juga takut-takut bila naik bot kecil dengan ombak bergelora, ada yang mabuk laut. Alhamdulillah, semua ok. Malah seronok pula anak-anak ni dapat merasa naik bot laju membelah ombak.
Memang seronoklah bercuti di Pulau Perhentian. Anak-anaklah paling gembira sebab dapat lihat ikan pelbagai saiz dan warna serta batu karang cantik depan mata. Lepas tu dapat berenang dengan ikan dan juga penyu yang lepas bebas. Uhhh mana nak dapat pengalaman macam ni .. kalau tak pergi ke Pulau Perhentian.
Saya pasti ia sudah pun menjadi satu kenangan dan pengalaman menarik dan akan diingati oleh anak-anak.
Aha, saya pun dapat kutip pengalaman menarik juga. Inilah pertama kali dalam hidup saya melakukan aktiviti snorkelling ... walaupun sebelum ini pernah pergi Pulau Pangkor, Pulau Kapas dan Pulau Langkawi yang juga terkenal dengan aktiviti snorkelling .. haha.
Pertama kali weihh ... dah umur 40 tahun lebih, baru dapat merasa dan ada keberanian untuk buat aktiviti snorkelling.
Berjaya Naikkan Ikan
Kesempatan berada dan menginap di Pulau Perhentian Kecil juga membolehkan saya untuk menduga perairan ceteknya. Uhhh dah ada lapang sasar luas terbentang depan mata, takkan nak lepaskan peluang untuk memancing .. huhu .. sia-sialah bawa joran 2 batang kalau tak memancing.Alhamdulillah, sepanjang berada di situ, saya berjaya menaikkan 3 ekor ikan kerapu. Saya tak ambil, ikan-ikan tu bersaiz kecil .. jadi saya lepaskan semula untuk generasi akan datang, dan mungkin untuk dinaikkan semula oleh saya satu hari nanti, in Sha Allah .. hehe.
Tempat penginapan kami di Pulau Perhentian Kecil berbentuk sewaan bilik dari sebuah rumah. Alhamdulillah, walaupun tak nampak seperti hotel yang ada bintang, ia sebuah penginapan yang selesa. Ada aircond pada setiap bilik.
Paling penting, makan minum kami sebanyak 3 kali memang puas hati. Sedap ohh masakan dia. Isteri saya pun puji akan rasa menu masakan yang disediakan. Sempat juga tu isteri saya ambil resepi untuk buat sambal belacan ... haha.
Kejap Je Rasa Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian
Hari kami pulang dari Pulau Perhentian, cuaca sangat baik sekali. Angin yang kencang selama 3 hari berada di situ dah reda. Perjalanan balik pun tak terasa sangat lamanya, agak beza ketika awal-awal sampai tu, yang terasa sangat jauh dari jeti Kuala Besut nak ke jeti Pulau Perhentian Kecil.Sampai je ke jeti Kuala Besut, terus isteri dan anak-anak cari cenderahati untuk dibawa pulang. Dapatlah anak-anak seorang sehelai t-shirt, dan anak saya Amri yang sulung tu dapatlah bawa pulang seberkas key-chain untuk diberikan pada kawan-kawan sekelasnya.
Percutian di Pulau Perhentian memang seronok, best dan akan diingati sampai bila-bila. Hmm bila dah pertama kali sampai ke Pulau Perhentian ni, dah tahu bagaimana, in Sha Allah .. kami sekeluarga akan ke sini lagi andai ada umur panjang dan rezeki yang baik.
Jika anda ada peluang, datanglah bercuti ke Pulau Perhentian yang cantik ini. Banyak je pakej percutian menarik untuk ke sini, pilih je mana-mana yang sesuai dengan bajet anda. Tak perlu pun nak tempah hotel mewah-mewah ... sebab kemewahan tu boleh dapat dengan percuma .. hanya dengan explore apa yang ada di sekitar Pulau Perhentian.
Okeh. Terima kasih sebab sudi membaca. Andai sudi, silalah like FB page blog ini di SINI.
teringin nakke sana sbb dari rumah ke Kuala Besut tu cuma 1 jam 15 minit je..
ReplyDeleteCubalah pergi cikgu .. ada banyak pakej menarik. Tak perlu nak menginap hotel mewah sangat, memadai sebagai tempat tidur selesa. Sbb aktiviti tu yang penting.
Deleterindunya nak g sana lagi, mmg the best pulau perhentian. timm ritu duduk sealife inn, sama juga pakej mkn semua sekali..
ReplyDeletecantiknya air dan permandangan situ. waktu ni bendera BN masih gah berkibar.
ReplyDeleteTapi kat Pulau Perhentian ni, nampak PAS yang 'memerintah'
DeleteWah bestnya cuti...
ReplyDeleteWahh bestnya boleh travel ngn kawan2 kat sini
ReplyDeleteWahhh ..... bestnya... saya yg tinggal dkat dengan jeti besut belum berpeluang smpai ke sana . Insyaallah satu hari nak juga sampai sana. Btw jom visit blog https://www.ketamkecil.com/apakah-risiko-ubat-untuk-sakit-endometriosis/
ReplyDeleteaiyakk memang teringin nk pegi sini. inshaAllah oneday ! :D
ReplyDeletePergilah. Mulakan dengan angan-angan ... :)
Deletememang best g sini..rasa xpuas. next boleh trip ke pulau laim plak
ReplyDeleteCantiknyaa air disana. Luar musim tu bulan berapa ya?
ReplyDeletecantiknya .. dah ke perhentian boleh juga cuba ke pulau redang .. click https://vigourmarine.com.my/boat-ticket-to-redang-island
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.