Permata Hati Wilayah Menambah Senyuman di Wajah Ibu Muda
Buat pasangan belia yang baru sahaja berkahwin, tinggal dan bekerja di bandar seperti di Kuala Lumpur, memang satu cabaran besar apabila pasangan telah disahkan bakal menimang cahayamata pertama.Sebagai seorang bapa kepada empat cahayamata, tentulah tahu akan belanja besar yang perlu ada terutama apabila pertama kali menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.
Risau Ibu Muda - Belanja Tinggi Keperluan Bayi
Harga barang keperluan untuk bayi bukan murah. Baju sebesar tapak tangan dewasa pun kadangkala boleh cecah sehingga berbelas ringgit sehelai. Tak termasuk kelengkapan bayi yang lain seperti lampin, losyen badan, barang mandian bayi, bantal comel dan macam-macam lagilah.Secara amnya, saya boleh katakan ... sebaik sahaja terima berita gembira bakal menerima cahayamata, paling tidak mesti ada simpanan dalam RM1,000 untuk sambut kehadiran seorang bayi di hospital kerajaan.
Ini realiti dalam kehidupan. Nak tak nak, kena hadap dengan kesabaran dan usaha.
Anak anugerah Tuhan. Sebaik sahaja ia dilahirkan ke dunia, bersama bayi itu adalah ketentuan rezeki yang telah ditetapkan untuknya sejak azali.
Usah risau, usah takut untuk menimang cahayamata pertama. Dalam rasa sempit itu, in Sha Allah .. lahirnya bayi ke dunia ... ruang rezeki akan terbuka buat pasangan suami isteri. Segala rasa risau, takut, bimbang dan masalah akan hilang sebaik sahaja melihat wajah bayi comel lahir ke dunia.
Program Permata Hati Wilayah Untuk Raikan Ibu Muda
Buat pasangan muda suami isteri yang pertama kali menimang cahayamata di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya boleh sifatkan anda sangat bertuah kerana wujudnya satu program yang dinamakan Permata Hati Wilayah.Kerana apa?
Kerana program Permata Hati Wilayah ini bakal membantu meringankan beban seramai boleh pasangan-pasangan muda yang pertama kali menerima kehadiran cahayamata. Ia satu inisiatif murni oleh badan tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membantu warga-warganya yang kurang berkemampuan, termasuklah pasangan muda yang baru menapak membina keluarga.
Ibu muda yang sedang menunggu masa atau yang telah menerima cahayamata tentu suka dengan kehadiran mereka tak diduga menerusi program Permata Hati Wilayah ini. Ia seperti diraikan.
Alhamdulillah. Beruntung sungguh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untung ibu muda yang menetap di Kuala Lumpur .. huhu.
Menerusi program Permata Hati Wilayah ini, badan prihatin seperti Puteri UMNO Titiwangsa dan Puteri KIMMA Wilayah akan datang ke hospital-hospital terpilih di Wilayah Persekutuan untuk memberikan sumbangan kelengkapan bayi dalam usaha menyantuni ibu-ibu muda menerima cahayamata pertama.
Permata Hati Wilayah akan meliputi setiap zon yang ada, dan dilakukan secara berkala dan berterusan bagi memastikan golongan pasangan muda tidak rasa terbeban atau terhimpit beban kewangan dek kerana kehadiran cahayamata.
Walau Sedikit Ia Tetap Membantu
Siapa yang tidak mahu dibantu? Apatah lagi andai ia merupakan bantuan yang boleh melegakan rasa dan terus memberikan rasa gembira setelah melihat wajah anak comel yang baru lahir ke dunia. Allahu Akbar. Alhamdulillah.Semoga usaha seperti ini akan disertai oleh lebih banyak pihak terutama di Wilayah Persekutuan dan seharusnya, warga Wilayah Persekutuan perlu bersyukur kerana wujudnya entiti yang prihatin untuk membantu golongan pasangan belia baru berkahwin.
alhamdulillah ada yang sudi membantu walau tak banyak tapi amat bermakna
ReplyDeletebantuan macam ni memang sesuai sangat, happy tau dapat hadiah.
ReplyDeletebest bah program mcm ni, buat si ibu gembira dpt hadiah ... saya pun nak juga ...
ReplyDeleteMesti si ibu sangat berbesar hati dapat sumbangan ni, meringankan beban pula tu... :)
ReplyDeleteBagus program ni, membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeletebenar tu bro HH. nak smabut org baru ni memang perbelanjaan tinggi.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada yang take care
ReplyDeletesekurangnya boleh topup barangan baby..tkasih atas sumbangan
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur! Bajet kat situ dah boleh guna untuk buat benda lain
ReplyDeleteBagus program ni..Rezeki ibu dan anak 😀
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.