Kadangkala ada nama kuih tradisi ini seperti tidak masuk akal, dan ada juga yang menggelikan hati. Terfikir juga dari mana asal-usul nama kuih-kuih ini sehingga dinamakan sebegitu.
Sedapnya Kuih Tradisi Sebagai Juadah Berbuka Puasa
Saya cuba juga buat carian untuk ketahui asal-usul nama kuih-muih tradisional tertentu seperti Puteri Mandi, Tepung Pelita, Kuih Puteri Dua Sebilik, Badak Berendam, Cecemek, Taik Itek, Lompat Tikam dan banyak lagi.Baru-baru ini, viral nama kuih Kerbau Guling yang popular di Kelantan. Aha, satu lagi nama kuih yang dianggap unik dan sangat jarang dijumpai di luar bulan Ramadan.
Macam-Macam Nama, Tetapi Serupa
Ada jenis-jenis kuih tradisi tertentu, nama sahaja yang berbeza tetapi dari segi bentuk dan rasa ianya sama sahaja. Selalunya perbezaan nama kuih tradisi ini berlaku disebabkan faktor tempat dan negeri. Contohnya macam Kuih Puteri Dua Sebilik ... aha .. di tempat saya, di Perak .. ianya lebih dikenali sebagai Tepung Bungkus.Samalah juga dengan kuih tradisi Badak Berendam, yang sebenarnya juga dikenali sebagai Puteri Mandi di sesetengah tempat di Malaysia. Macam pelik kan? Dari nama yang agak tak berapa nak menyelerakan; Badak Berendam kepada satu nama yang sangat seksi iaitu Puteri Mandi ... haha.
Kadang tu saya pun terkeliru dengan kuih Tepung Talam dengan Kuih Tako dan juga Kuih Limas. Bentuk sama, rasa lain. Cara buat pastilah lain .. huhu
Nampak tak betapa kreatifnya rakyat Malaysia ini?
Nama kuih-muih pun ada pelbagai nama yang kalau ikutkan tak terfikirkan akan dinamakan begitu.
Agak-agak, dari mana asal-usulnya nama kuih Badak Berendam tu ye? Adakah disebabkan kuih Cucur Badak yang secara tidak sengaja terendam di dalam santan? Aha ..nama kuih Cucur Badak pun dah jadi sesuatu yang misteri ... kan kan?
Tang mana wujudnya si badak dalam Cucur Badak? Kalau Cucur Udang tu .... bolehlah teka kenapa .. ye tak?
Walaupun nama-nama kuih tradisional ni agak pelik, dan kebanyakkannya tidak tahu asal-usul .. namun ia kekal menjadi makanan yang paling digemari rakyat Malaysia, malah ia tetap sedap dan sering menjadi pilihan untuk berbuka puasa di bulan Ramadan.
Anda ada nama kuih yang mungkin belum biasa didengari lagi? Boleh kongsikan di ruangan komen. Jika ada resepi kuih tradisi nak kongsi ... boleh je email (editor@hasrulhassan.com) kepada saya untuk diterbitkan di blog ini.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.