Tampung Kos Belajar Dengan Hanya Jual Tudung RM79 Secara Online
Nur Azwani Saimi, berusia 26 tahun merupakan pemilik Momoiroscarves, satu jenama tudung yang semakin terkenal dan mendapat perhatian para peminat tudung dan shawl di Malaysia, terutama di kalangan belia serta remaja.Kisah Nur Azwani ini patut menjadi satu inspirasi. Mana tidaknya, bermula dengan hanya menjual tudung di kalangan kawan-kawan serta pelajar lain di Politeknik Seberang Perai, beliau berjaya mengumpul wang untuk membiayai kos pengajian dan sara hidup sebagai mahasiswa selepas melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Anda tentu nak tahu, bagaimana Nur Azwani boleh berjaya bina jenama tudung sendiri, dan bagaimana segalanya bermula kan?
Aha, ikuti kisah ini ...
Dek Kerana Pemergian Ayah
Segala-galanya bermula apabila Nur Azwani kehilangan ayahnya, Saimi Osman yang bekerja sebagai tenaga pengajar di salah sebuah sekolah memandu di Selangor meninggal dunia akibat sakit jantung.Pemergian ayah ketika masih menuntut di Politeknik itu telah menyebabkan beliau terfikir bagaimana mahu menampung kehidupan memandangkan ibunya cuma seorang suri rumah tanpa ada sumber pendapatan.
Dengan menggunakan wang simpanan sebanyak RM200 sebagai modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual tudung, Nur Azwani telah mendapatkan stok tudung bawal di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.
Awal berniaga, Nur Azwani akan berulang-alik dari Politeknik Penang ke rumahnya di Rawang setiap minggu. Apabila pulang ke rumah, barulah dapat ambil stok tudung di Jalan TAR.
"Saya mengambil tudung bawal di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk dijual kepada rakan-rakan di politeknik sebagai cara mencari wang saku bagi menampung kos perbelanjaan. Walaupun saya mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun hanya cukup untuk membayar yuran sahaja," - Nur Azwani.
Atas usaha berniaga tudung bawal ini, Nur Azwani mampu memperoleh pendapatan bersih RM1,000 hingga RM2,000 untuk penjualan tudungnya. Memang satu angka yang sangat banyak untuk seorang remaja yang masih belajar di Politeknik ketika itu.
Akibat Enjoy .. Segalanya Lesap
Namun, ketika itu .. kerana usia masih muda, akhirnya duit jualan tudung lesap kerana terikut keseronokkan zaman remaja bersama rakan-rakan. Enjoy la katakan .. huhu.Selepas sedar hasil penat lelah jualan tudung sudah habis, Nur Azwani pun mencari idea untuk maju ke depan, dan buka perniagaan secara online untuk jual tudung dengan jenama sendiri. Dari jual tudung bawal jenama orang lain, Nur Azwani telah mencari idea untuk bina jenama tudung sendiri.
Jenama Momoiroscarves
Nur Azwani telah bermula dari bawah dengan mencari fabrik dan mereka sendiri fesyen, membuat label tudung seterusnya hantar ke tukang jahit untuk dijahit. Jika mahu pastikan tudung jenama sendiri berjaya diterima, kenalah pastikan kualiti dari awal terjaga dan unik dengan nama label.. ye tak?Nur Azwani memang terpaksa melakukannya untuk membolehkan perniagaannya maju, kerana dia terpaksa mencari wang untuk tampung kos belajar. Ketika itu, Nur Azwani sedang melanjutkan pendidikan di peringkat Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Saya menggunakan jenama Momoiroscarves yang bermaksud dalam bahasa Jepun barangan yang comel. Perniagaan ini saya lakukan seorang diri tanpa dibantu oleh sesiapa,” - Nur Azwani.
[Dah Tahu?] Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!
Upah Selebriti dan Dapatkan Khidmat Blogger
Menurut Nur Azwani yang pernah memiliki blog sendiri, untuk memperkenalkan dan melariskan tudung jenama Momoiroscarves, Nur Azwani turut membayar artis terkenal untuk paid review tudung jenamanya seperti Tasha Manshahar. Malah Nur Azwani turut mengupah penulis blog, Irine Nadia serta Dena Bahrin untuk memperkenalkan jenama tudungnya di blog masing-masing.Sekarang, cuti hujung minggu ketika di kampus digunakan untuk mencari fabrik serta berurusan dengan tukang jahit agar kualiti tudung berada di tahap terbaik.
[Dah Baca?] Blogger Bantu Tingkatkan Jenama Bisnes
“Bagi saya, walaupun perniagaan tudung ini mempunyai ramai pesaing namun, sekiranya kita bersungguh dan ikhlas berniaga, kita akan berjaya. Sehingga kini, saya mempunyai 1,800 pengikut di laman sosial Instagram dan mempunyai 10 agen dropship." - Nur Azwani.
Okeh....
Rahsia Kejayaan Nur Azwani Jual Tudung
Anda dapat sesuatu daripada perkongsian pengasas jenama tudung Momoiscarves ini tak? Meh saya notakan sedikit sebanyak.- Nak berniaga tudung, mesti ada keazaman dan juga sebab yang mendorong untuk berjaya.
- Kena tahu dari mana nak dapatkan stok tudung. Jalan TAR adalah satu tempat untuk dapatkan tudung-tudung untuk dijual.
- Berniaga dengan ikhlas dan jujur.
- Jangan nak enjoy sangat dengan hasil keuntungan berniaga.
- Mesti bermula dari bawah kalau nak buat jual tudung jenama sendiri.
- Pastikan kualiti tudung tahap terbaik.
- Berdikari.
- Upah selebriti dan dapatkan khidmat blogger untuk promosikan tudung.
- Bina pengikut di laman sosial.
- Wujudkan agen dropship untuk bantu memasarkan jenama tudung lebih meluas.
Menariknya ialah, tudung bawal dan shawl yang dijual dengan jenama Momoiroscarves ini dijual dengan harga RM79.00 sehelai dan telah mampu menamping kos pengajian Nur Azwani selama di UKM.
Kini, Nur Azwani sudah menamatkan pengajiannya di UKM dan pastinya menumpukan perhatian khusus kepada perniagaan tudung Momoiroscarves.
Susunan laluan bisnes yang bagus. Rezeki di usia muda. 😊
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.