Turki adalah sebuah Negara di Eropah yang unik kerana kedudukan di antara dua benua iaitu benua Eropah dan benua Asia. Kaya dengan pelbagai budaya yang berkait-rapat dengan empayar Yunani, Parsi, Rom, Byzantin dan Uthmaniyyah purba.
7 Tempat Menarik Di Turki Wajib Lawat
Ramai rakyat Malaysia suka melancong ke Turki kerana negara ini banyak tempat menarik untuk dilawati. Apatah lagi Turki merupakan negara yang banyak peninggalan hebat sejarah Tamadun Islam. Antara tempat menarik yang wajib dilawati andai ke Turki ialah Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmet, Pasar Rempah Istanbul, Istana Kapas Pamukkale, dan Cappadocia.Masjid Biru
Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmet adalah sebuah masjid yang sangat kaya dengan seni Islam yang sangat indah dan cantik. Masjid yang sudah berusia lebih daripada 400 tahun ini dikenali sebagai masjid biru kerana hiasan jubin masjid ini yang berwarna biru.Ianya dibina pada zaman Kerajaan Uthmaniah (Ottoman Empire) ketika Sultan Ahmet memerintah. Ia merupakan masjid pertama dibina oleh Sultan Ahmet bagi menunjukkan kehebatan Empayar Turki, dan sebagai menandingi kehebatan Haghia Sopia yang sebelum itu merupakan masjid dihormati. Haghia Sopia asalnya adalah sebuah gereja sebelum dijadikan masjid yang kemudian dijadikan sebuah muzium semasa pemerintahan Kamal Attartuk, seorang pemerintah Islam liberal.
Keunikan masjid ini ialah pada 6 menaranya yang tersergam gah. Pada ketika zaman pembinaannya, tiada masjid yang mempunyai lebih daripada 4 menara, yang menjadikan ia satu ikon buat Turki sehinggalah ke hari ini.
Haghia Sopia
Asalnya adalah sebuah gereja yang tertua dan dihormati di Istanbul. Haghia Sopia dijadikan sebuah masjid setelah Sultan Muhammed al-Fatih menawan kota ini yang sebelum itu dikenali sebagai sebagai Constantinople.Haghia Sopia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatan senibina Kristian dan juga Islam. Ia kini dijadikan sebuah muzium dan menjadi antara tempat wajib dilawati seandainya melancong atau bercuti di Turki.
Oh ya, pelancong yang ingin masuk ke Haghia Sopia dikenakan bayaran, tidak seperti Masjdi Biru yang dibenarkan masuk melawat secara percuma.
Istana Kapas - Pamukkale
Istana Kapas atau Pamukkale dalam bahasa Turki ialah satu lagi tempat wajib pergi andai anda melancong dan bercuti ke Turki. Pamukkale bukanlah sebuah istana sebenar. Ia merupakan tempat yang mempunyai banyak kolam air panas semulajadi, yang menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung untuk mandi dan berendam.Ia diberikan gelaran Istana Kapas kerana terbentuknya lapisan batu putih yang sebenarnya adalah bahan mineral kalsium yang terbentuk secara semula jadi.
Grand Bazaar
Rakyat Malaysia memang kaki shopping. Itu sebab dalam mana-mana pakej pelancongan dan percutian, wajib dimasukkan tempat shopping dalam itenari lawatan. Jika ke Turki, pastikan Grand Bazaar berada di dalam senarai tempat menarik untuk dilawati.Grand Bazaar adalah tempat shopping terkenal dan menjadi ikon untuk Turki. Ia merupakan salah satu tempat membeli-belah terbesar dan tertua di Turki. Pelbagai jenis barang ada dijual di sini. Andai mahu mencari cenderahati untuk dibawa pulang, di sinilah tempatnya yang wajib anda singgah.
Istanbul Spice Market
Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar ini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk anda melihat kepelbagaian makanan dunia di samping makanan dan rempah ratus tempatan.Jadi jangan terkejut jika anda dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai yang terdapat di Istanbul Spice Market ini.
Mungkin ramai tak tahu bahawa pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia adalah tempat terpenting di rantau Eropah untuk perniagaan rempah, khususnya di Turki pada ketika itu.
Satu lagi fakta menarik yang mungkin ramai pelancong tak sedar ialah, lokasi Istanbul Spice Market yang ada sekrang ini bukanlah lokasi asal pasar ini. Lokasi sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh.
Di pasar ini juga terdapat sebuah kedai makan tertua di Istanbul yang dibuka oleh seorang berbangsa Anatolia Greek.
Belon Udara Panas Cappodicia
Jika anda bercuti ke Turki, tidak sah kalau tidak ke Cappodicia. Di sinilah anda akan dapat mencuba menaiki belon udara panas Cappodicia yang terkenal seluruh dunia. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang bercuti dan melancong ke Turki pasti tidak akan melepaskan peluang untuk ke sini selepas ia menjadi popular menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappodicia.Pengembaraan menaiki belon udara panas di sini pastinya sesuatu kemestian, memandangkan kebanyakkan kawasan di Cappodicia adalah bergunung-ganang, berbukit serta berbatu. Pastinya anda akan kagum dengan keindahan alam semulajadi di sini, nak-nak lagi apabila menikmatinya di ketinggian beratus-ratus meter dari permukaan.
Ia akan menjadi satu pengalaman sangat manis bercuti di Turki.
Bandar Bawah Tanah Derinkuyu
Satu tempat tarikan yang baru sahaja ditemui di Cappadocia, Turki. Sebelum ini, bandar bawah tanah ini tak siapa yang tahu. Bandar Bawah Tanah Derinkuyu ditemui secara tidak sengaja oleh seorang warga tempatan yang sedang mahu membina rumahnya. Tanpa diketahui sebelum ini, warga tempatan tersebut telah memecahkan dinding yang di belakangnya terdapat ruang sangat luas menghubungkan banyak terowong bawah tanah.Dengan kedalaman lebih 60 meter bawah tanah, Derinkuyu adalah bandar bawah tanah paling dalam di Tukri setakat ini serta mampu menempatkan anggaran 20 ribu individu di dalamnya dengan selesa, dibahagikan kepada 11 tingkat. Keluasannya pula dianggarkan 10.4 km persegi.
Apa yang mengagumkan, sistem pengudaraan bandar ini cukup hebat. Derinkuyu mempunyai lebih 15 ribu ruang udara untuk memudahkan udara masuk yang mampu mengekalkan suhu bandar tersebut pada kadar 12°C setiap masa.
Bandar bawah tanah Derinkuyu dibuka kepada pengunjung untuk melawatnya, menerusi pintu masuk yang telah pun dibina semula agar memudahkan pelancong merasai pengalaman unik di bandar bawah tanah ini.
[Dah Baca?] 5 Tempat Wajib Pergi Jika Ambil Pakej Percutian Musim Sejuk Korea
Sekiranya anda berminat untuk melawat bandar bawah tanah ini, pastikan anda melantik pemandu yang boleh membantu anda dalam navigasi bandar ini kerana tidak wujud sebarang papan tanda diletakkan.
Dalam 8 tingkat yang dibuka, anda akan turun pada kedalaman 100 meter dari permukaan, untuk melihat sendiri bagaimana penduduk Derinkuyu satu masa dulu mampu hidup. Bilik storan, telaga, dapur, gereja, bilik mesyuarat, tempat pesalah ditahan dan beberapa jenis bilik lain lagi dibuka, dihubungkan dengan terowong serta tangga yang mampu membuatkan sesiapa yang mengalami fobia tempat sempit, takut.
Best kan negara Turki ni? Memang ada banyak tempat menarik yang lain yang tak mungkin saya dapat ceritakan sepenuhnya di dalam blog post ini. Cukup memadai dengan apa yang ada. Itupun saya fikir sudah cukup membuatkan ia menjadi pilihan destinasi percutian yang sangat menarik untuk dilawati.
Jika anda berminat untuk melancong ke Turki dan berminat untuk menggunakan pakej daripada agensi pelancongan yang disahkan oleh kementerian pelancongan, saya syorkan anda memilih muslimtravelbug.com.
Muslimtravelbug.com adalah syarikat pelancongan yang fokus pada harga dibawah pasaran dan kualiti pelancongan muslim.
[Klik] Jadual Percutian - Pakej Percutian Ke Turki
ATAU jika anda ada tarikh tersendiri, anda boleh melihat pakej ground arrangement yang disediakan oleh mereka dengan harga serendah RM1220 seorang.
[Klik] Pakej ke Turki
Antara kelebihan Percutian Turki MuslimTravelBug:
- Syarikat berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KPL 8549)
- Harga pakej yang sentiasa dibawah harga pasaran Malaysia.
- Mempunyai pejabat operasi lengkap di Malaysia
- Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di Malaysia dan berpengalaman luas.
- Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan tv Astro Ria untuk penggambaran Syoknya Seoul.
- Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.
- Kami gunakan hotel 4 dan 5 bintang, makan malam di hotel serta guide turki yang sangat arif tentang sejarah muslim turki.
MuslimTravelBug
B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)
Waze: Muslimtravelbug Sdn Bhd
Email: info@muslimtravelbug.com
Laman web: muslimtravelbug.com
kalaulah dapat ke sana,...bestnya..wishlist yang tak tau bila dapat...
ReplyDeleteTu la ... ramai juga kawan2 saya yang dah ke Turki ni, siap ada yang dah repeat pergi pun. Huhu ..
Deletemenarik save for my referent
ReplyDeletetq
bestnya.. sememangnya turki merupakan tempat yg saya nak sngt pergi suatu hari nnti..
ReplyDeleteJemput untuk sertai giveaway terbaru
http://aerillhassan.blogspot.com/2018/05/giveaway-ramadhanraya-2018-by-aerillhassan.html
Wahh ada buat giveaway ye.
Deletebelon panas tu mmg popular sangat..kalau pi ke sana, mmg wajib cuba...family trip kitaorang ada masukkan turki dalam senarai tempat utk bercuti next year..so may be Turki next year for our vacation trip.. ;)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.