Antara yang disebut (belum dilantik sepenuhnya) ialah Tan Sri Muhyiddin (PPBM) sebagai Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng (DAP) sebagai Menteri Kewangan dan Mohammad Sabu (Amanah) sebagai Menteri Pertahanan.
Senarai Menteri Kabinet Baru Kerajaan Pakatan Harapan (2018)
Selepas lebih seminggu, barulah senarai kabinet yang lebih lengkap diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, membabitkan lebih banyak portfolio.Menerusi senarai kabinet kerajaan baru Pakatan Harapan yang diumumkan pada 18 Mei 2018, ada 13 Kementerian bakal diwujudkan membabitkan wakil-wakil ahli Parlimen dari parti-parti gabungan yang ada di dalam Pakatan Harapan.
Pun begitu, saya agak mushkil apabila tiada satu pun dari senarai kabinet baru Kerajaan Pakatan Harapan ini menyenaraikan wakil parlimen dari negeri Sabah atau dari Parti Warisan yang menyokong Pakatan Harapan.
Meh tengok senarai kabinet baru Pakatan Harapan diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.
Perdana Menteri - Tun Dr Mahathir Mohammad (PPBM/Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR/Pandan)
PPBM (Bersatu)
1. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)2. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
3. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)
PKR
4. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)5. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)
6. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Zuraida Kamaruddin (Ampang)
DAP
7. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)8. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
9. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)
10. Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)
AMANAH
11. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)12. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)
13. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)
Melihatkan kepada senarai menteri kabinet dan kementerian yang diumumkan ini, saya fikir akan ada kemungkinan beberapa kementerian lain diwujudkan, contohnya Belia dan Sukan .. memandangkan ada beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Harapan terdiri daripada golongan belia, seperti Syed Saddiq dan Prabakaran.
Lagipun, para belia dan orang muda yang kebanyakkan menyokong dan mengundi Pakatan Harapan tentu mahu wakil dalam kabinet datangnya dari belia. Mereka tentu mahu suara mereka didengari dan dibawa ke peringkat kabinet ... kalau tidak, apa guna berikan undi kepada wakil Pakatan Harapan yang terdiri dari belia .. huhu.
[Dah Baca?] 11 Pesanan Tun Mahathir kepada Rakyat Malaysia (Sebelum PRU14)
Apapun, tahniah kepada Perdana Menteri kerana berjaya wujudkan senarai kabinet ini. Menurut Perdana Menteri, istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.
Sumber: Astro dan BH Online
p.s: Sila klik pada gambar untuk lebih jelas ye.
betul, tak sabar nak tengok siapa menteri belia dan sukan. Harapnya syed saddiq lah :P
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.