Beli Mainan Import Harga Murah Dari China untuk Najmi
Barangan bayi seperti alat permainan untuk cergaskan minda, memang banyak dijual secara online. Kalau nak murah, saya memang syorkan anda beli online terus import dari China. Ada banyak laman web shopping online yang jual barangan mainan murah dari China, antaranya TaoBao, Mudah.my, Lazada, Shopee dan banyak lagi.Isteri Borong Dari China Secara Online
Baru-baru ni, isteri saya borong agak banyak juga barang permainan untuk Najmi dari China. Harganya memang jauh bezalah dengan apa yang dijual di kedai-kedai atau pasaraya biasa di tempat saya. Kalau diambil kira kos penghantaran pun, harga beli dari China ini masih lagi kekal murah ... yang kadangkala kami suami isteri agak pelik ... tang mana untungnya pada derang tu ehh .. haha.Bagus juga ada banyak laman web shopping online yang berikan pelbagai pilihan kepada pengguna macam isteri saya ni. Bukan setakat nak mencari barangan bayi seperti permainan, pakaian, buku untuk anak-anak dengan harga murah; tetapi barangan yang agak susah nak jumpa di Malaysia pun boleh dicari dengan mudah di laman web jual barangan dari China ni.
Hmm ada kata kualiti barangan China ni tak berapa bagus.
Tapi, bagi saya .. kualitinya sama je baik. Kalau pandai jaga, simpan .. in Sha Allah, barangan dibeli boleh dipakai dan digunakan dengan tempoh yang lama.
Lagipun, kalau tengok kat kedai-kedai dan pasaraya biasa pun, barangan mereka jual pun asalnya dari China juga. Semua import dari sana, sebab memang murah. Borong banyak-banyak dan jual kat sini, untung weihhh ... kalau tak dapat untung, takkan produk tu dijual .. ye tak?
[Baca] Panduan Untuk Buat Duit Beli Barang Import dari China
Pergilah ke mana-mana, malah kat pasar malam pun berlambak je barangan dari China. Apa nak hairan. Cumanya, untuk mereka yang pandai sedikit, bolehlah beli secara online ... sebab tak perlu nak keluar rumah, tak perlu nak sesak-sesak, nak pilih-pilih pun senang, dan bayar pun secara online.
Kat rumah ni, dah berkotak-kotak barang mainan yang dibeli import dari China. Semua beli menerusi laman web shopping online. Memang berbaloilah. Cuma, kena hati-hati sikit supaya tidak tertipu dengan sesetengah peniaga online yang nak ambil kesempatan.
[Dah Baca?] Buku dan DVD Cara Beli Perabot Import Harga Murah dari China
Anda pun kaki shopping online? Kat mana tempat online selalu anda beli-belah ni ye? Boleh kongsikan tak?
pelik juga, macam mana diorg buat untung dripd jual brg ni.. sbb harga yg murah..
BalasPadamAerill Hassan
kalau mrs pip, beli dari brg dari china melalui taobao, sgshop atau aliexpress ... dulu taobao beli thru agent, tp sekarang dah boleh beli melalui lazada atau sgshop ...
BalasPadamSkarang memang dah mudah nak beli barang dr China. Untuk peniaga, boleh gunakan teknik dalam Panduan Taobao yang ditulis Nigel Ong kalau nak bisnes barang dari China ni.
Padamkita pun mainan anak beli online.Lebih murah dan senang je..tak kisahlah barang sampai lambat sikit..Kira berbaloi jugak
BalasPadamYa, lambatlah sikit nak dapat. Tu kena ada tahap sabar.
PadamBeli online mmg sangat murah berbanding luar... saya beli casing telefon tengok harga kat luar Rm 25, tapi online Rm 5 jer ... bayar postage pula Rm 6 nampak tak still murah. Btw jom visit blog saya http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/5-penyebab-jeragat-yang-paling-popular.html?m=1
BalasPadamKan .. murah. Walaupun dah kena caj macam2 .. still harganya jauh lebih murah dari pasaran. Tu yang pelik macamana derang leh untung tu .. hahaha
PadamWahhh, jauhnyaa mainan najmi..heheh
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.