Wahhh ... alhamdulillah. Tentu ramai rakan pembaca dari penjawat awam negeri akan sangat bersyukur dengan pengumuman oleh Kerajaan Negeri Perak ini. Saya dimaklumkan bahawa pemberian bonus sebanyak RM1,000 ini telah mula dibayar pada 6 Jun 2018.
Bonus RM1,000 Untuk Penjawat Awam Negeri Perak Diterima 6 Jun
Menerusi portal Perak Today, Menteri Besar Perak, Y.B Ahmad Faizal Azumu berkata pembayaran bonus itu telah bermula pada 6 Jun 2018. Ia bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada minggu depan (15 Jun).Anda boleh tonton video siaran akhbar pengumuman bonus RM1,000 kepada penjawat awam negeri di bawah.
"Saya ingin membuat pengumuman istimewa semua kakitangan awam di Perak bahawa untuk menyambut aidilfitri bonus sebanyak RM1000 akan diberikan semua kakitangan awam, saya berharap dengan pemberian bonus berkenaan dapatlah mereka sambut Aidilfitri dengan lebih meriah, bagaimanapun perlulah berjimat cermat," katanya seperti dalam video siaran akhbar di atas.
Pemberian bonus RM1000 untuk Hari Raya itu juga turut diberikan kepada pekerja kontrak dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Perak. Ini menjadikan lebih 15,000 penjawat awam di negeri Perak akan menerima manfaat hasil pemberian bonus Hari Raya sebanyak RM1,000 ini.
Sementara itu Menteri Besar Perak turut mengumumkan perlantikan Datuk Ghazali Jalal selaku Setiausaha Kerajaan negeri. Manakala Datuk Abu Bakar Said sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru. Pengumuman perlantikan ini setelah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan juga dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Kemudian, Menteri Besar Perak turut mengumumkan bahawa elaun semua exco akan dipotong sebanyak 10 peratus selain gaji Menteri Besar dipotong sebagai mengikuti langkah Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan, berkuat-kuasa serta-merta.
Sebagai salah seorang warga Malaysia yang dilahirkan di negeri Perak, saya respect dengan pertimbangan serta keputusan Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan bonus Raya 2018 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri. Ia pasti akan menceriakan lagi sambutan hari lebaran buat mereka.
Dan saya juga tabik dengan pengumuman rasmi dari Menteri Besar Perak mengenai pemotongan elaun exco sebanyak 10 peratus seperti pernah dijanjikan sebelum ini.
Semoga kerajaan yang terwujud hasil keputusan PRU14 ini akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, dan bebas dari rasuah dan kepincangan. In Sha Allah.
wah syukur rezeki
BalasPadambyk tu RM1000.
BalasPadamlepas sgt belanja raya.
tak payah usik gaji.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.