Cara Semak Kereta Honda & Nissan Untuk Ganti Beg Udara
Bagi saya, memang wajar pun langkah ini diambil oleh pihak berkuasa, apatah lagi sudah ada lapan kes membabitkan kepincangan beg udara ini, khusus untuk kenderaan jenama Honda.Sebenarnya, bukan hanya kenderaan Honda sahaja yang perlu menggantikan beg udara ini. Kenderaan lain seperti Nissan juga perlu menggantikan beg udara ini, memandangkan kebanyakkan kenderaan dari jenama keluaran Jepun menggunakan jenis beg udara yang sama iaitu Takata.
Ramai sebenarnya pengguna dan pemilik kenderaan Honda dan Nissan yang masih kurang peka atau ambil isu ini secara sambil lewa kerana ia tidak membabitkan fungsi kenderaan itu - asalkan boleh jalan, boleh brek .. maka isu beg udara ini tidak penting. Jangan accident sudah ..
Sebelum ini, ada juga viral mengenai kenderaan Perodua yang dikatakan bermasalah stereng-lock dan beg udara ini. Memang panas isu ini dibangkitkan sehingga mendorong pihak Perodua untuk menyiasat.
Ya, mana-mana kenderaan yang menggunakan beg udara Takata memang ada isu kepincangan beg udara ini.
Untuk itu, saya nak mudahkan pemilik kenderaan Honda dan Nissan yang mungkin tak sedar akan keperluan penggantian beg udara ini. Mereka boleh semak secara online samada kenderaan milik mereka perlu penggantian beg udara.
Apa yang perlu dilakukan adalah memasukkan nombor VIN kenderaan Honda atau Nissan ini, dan buat semakan. Nombor VIN ini boleh diperoleh menerusi kad pendaftaran kenderaan JPJ, cover note insuran kereta atau pada buku servis kenderaan.
Semak Kenderaan Honda
Untuk semakan kereta Honda, klik pautan ini - https://productrecall.honda.com.my/. Klik pada 'check your vehicle' dan masukkan nombor VIN kereta Honda anda.Semak Kenderaan Nissan
Untuk semakan kereta Nissan, klik pautan ini - http://servicecampaign.nissan.com.my/. Anda perlu pilih jenis model kenderaan Nissan anda, dan masukkan nombor VIN kereta Nissan anda.Dari situ, anda boleh ketahui samada kenderaan Honda atau Nissan anda memerlukan penggantian beg udara ini atau tidak. Malah, anda boleh terus membuat temujanji dengan pusat servis Honda atau Nissan untuk proses penukaran segera beg udara ini. Jangan risau, tiada caj dikenakan.
Untuk kenderaan Toyota, boleh baca post ini - Semak Kenderaan Nissan dan Toyota Untuk Ganti Beg Udara
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.