Sejak akhir-akhir ini, ramai usahawan online cenderung untuk menggunakan fungsi Facebook Ads (FB Ads) untuk melakukan promosi serta iklan. Tidak dinafikan, FB Ads ada impaknya yang tersendiri, dan jika bijak .. hanya mengeluarkan kos yang kecil untuk medium pengiklanan ini.

Pun begitu, bukan semua usahawan yang tahu menggunakan FB Ads dengan kos minima. Jangan risau, masih ada kaedah dan cara untuk mempromosikan produk dan bisnes di Facebook tanpa menggunakan FB Ads ini.

4 Cara Promo & Menjual Tanpa Gunakan Facebook Ads

Cara Promo Tanpa FB Ads
Saya fikir tentu ramai yang ingin tahu andai saya beritahu terdapat cara yang lebih jimat, dan tanpa menggunakan sebarang kos untuk mempromosikan produk dan bisnes di Facebook ini. Nak tahu tak?

Perkongsian ini adalah merupakan ilmu yang saya peroleh daripada salah seorang pakar pemasaran online iaitu Tuan Ismail Arsad. Anda boleh ikuti tips yang diberikan untuk membolehkan anda mempromosikan produk dan bisnes tanpa perlu menggunakan FB Ads yang adakala boleh meningkatkan kos pengiklanan anda.

Simple je sebenarnya.


Guna Facebook Profile

Tak salah nak promote dekat wall sendiri, kadang-kadang kawan-kawan kita dekat FB lagi senang dan lebih mempercayai kita untuk beli dekat profile personal berbanding page. Saya pernah melakukannya sendiri untuk mempromosikan Panduan Raja Adsense Revive sehingga berjaya mencatatkan jualan 4 angka dalam tempoh singkat. Alhamdulillah.

Gunakan Facebook Group

Gunakan Facebook Group
Jika anda rajin menyelongkar isi kandungan Facebook, terdapat ratusan ribu Facebook Group yang aktif. Ada banyak group-group percuma yang anda boleh masuk atau join, dan letak iklan di dalam tu tanpa sebarang syarat, antara Ruang Niaga Usahawan Muslim dan banyak lagi. Cuma kena tahu teknik yang betul lah.. Supaya iklan anda tidak tenggelam :)

[Dah Guna?] Teknik Promosi Guna Google Adwords

Promosi Pada Orang Terdekat

Berdasarkan pengalaman Tuan Ismail Arsad yang pernah menjual Quran Digital. Beliau awal-awal  approch kakak-kakaknya sendiri untuk menjual Quran Digital ini. Selepas itu, apa yang berlaku ialah kakak-kakaknya yang telah membeli telah membawa produk tersebut ke pejabat masing-masing ....

Hasilnya, dekat 40 biji geng-geng pejabat kakaknya membeli sekali. Best kan?

Gunakan Kelebihan Database WhatsApp Group

Gunakan Kelebihan Database WhatsApp Group
Ini salah satu teknik di luar Facebook, namun boleh sahaja dipraktikkan andai anda menjadi ahli banyak WhatsApp Group. Macam sekarang ni, di waktu dalam bulan Ramadan ni, dah dekat nak raya mesti ramai akan mula buat ucapan raya dalam group-group tersebut.

So, ambik lah kesempatan tersebut untuk promote produk dan bisnes anda....tetapi janganlah buat secara direct promote.

Anda boleh buat macam contoh di bawah ...

Buat ucapan hari raya anda sebegini:

"Selamat hari raya, maaf zahir batin semua - ikhlas dari - Zabedah, Penjual Tupperware Tegar"

Kadang-kadang kawan-kawan dalam group WhatsApp tidak tahu pun apa yang kita jual atau bisnes apa yang kita buat, so .... sekaranglah masa untuk mereka tahu. Ye tak?

[Dah Baca?] Cara Letak Link WhatsApp di FB atau Laman Web untuk Mudahkan Pelanggan Contact

Manalah tahu, kot-kot dalam beratus kawan dalam tu, akan ada yang tergerak hati nak beli produk yang anda jual. Lagipun, ramai yang jenis suka membeli dengan kawan-kawan sendiri ni, sebab dah ada trust.

[Baca] Cara Gunakan WhatsApp di Komputer/Laptop

Amacam? Boleh kot gunapakai 4 tips yang telah saya kongsikan di atas hasil dari kutipan ilmu Tuan Ismail Arsad? In Sha Allah, mesti boleh .. sebab semua itu sangat mudah untuk dipraktikkan. Tak perlu ilmu tinggi atau teknikal ... benda yang memang kita selalu buat sebenarnya .. kan kan?

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Balasan
    1. Sama-sama Atiah. Bolehlah praktik ye, sbb saya sendiri buat dan menjadi.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement