Ketika hari pengundian Pilihan Raya 14 (PRU14) yang lalu, saya dan keluarga telah ambil peluang untuk pergi bercuti di Rockbund Fishing Chalet, Marina Island, Lumut. Dah lama tak pergi memancing, jadi saya ambil keputusan untuk pergi memancing di Rockbund Fishing Chalet dengan tujuan untuk bawa balik ikan-ikan segar gred A..hehe.

Alhamdulillah, saya dapat separuh harga menginap di Rockbund Fishing Chalet ini. Saya gunakan aplikasi tempahan hotel online, Traveloka untuk dapatkan harga yang jauh lebih murah dari mana-mana laman web tempahan hotel online.

Tempah & Menginap di Rockbund Fishing Chalet dengan Separuh Harga

Dapat Separuh Harga Rockbund Traveloka
Jika anda nak tahu harga normal penginapan di Rockbund Fishing Chalet ini boleh cecah sehingga RM500 semalam, malah ada laman web tempahan hotel online yang terbitkan harga penginapan di chalet ini sehingga RM700 semalam untuk bilik superior.

Perghh .. memang terbeliak la tengok harga tu sebab saya sudah beberapa kali menginap di Rockbund Fishing Chalet ini. A bit overpriced kalau letak harga sehingga RM500 - RM700 semalam jika melihat kemudahan yang ada di situ.

Kalau ada promosi pun dari laman-laman web tempahan online, rata-rata akan berikan harga dalam lingkungan RM250 - RM320 seperti awal saya sebutkan tadi ..

Harga Promosi Rockbund dari Laman Web Tempahan Online

Tak percaya? Tengok harga di bawah ni ..hari biasa ni ye, bukan cuti hujung minggu .. huhu. Harga ni ialah harga terkini dengan GST sifar peratus.
Harga Promosi Rockbund dari Laman Web Tempahan Online

Pada PRU14 hari tu, selesai sahaja isteri dan emak saya mengundi di kawasan masing-masing, kami terus sahaja ke Rockbund Fishing Chalet ini yang terletak di Marina Island, Lumut. Isteri saya mengundi di Parit, dan emak saya mengundi di kampung saya di Batu Gajah. Saya lak, awal-awal pagi dah pergi mengundi di Nibong Tebal, Penang.

Tempoh perjalanan dari Parit/Batu Gajah ke Marina Island, Lumut mengambil masa dalam sejam andai aliran trafik lancar.

Pun begitu, saya check-in agak lewat, lebih kurang jam 6:30 petang atas sebab-sebab tak dapat nak dielakkan. Antara punca ialah kelewatan nak mendapatkan umpan udang hidup sebagai umpan utama menjerat ikan-ikan gred A di perairan Rockbund.

Tak kesah sangat pun check-in lewat. Tambah-tambah bila dah dapat separuh harga untuk menginap di Rockbund ni. Mana nak dapat harga penginapan bawah RM200 semalam!! Selalu tu saya terpaksa bayar sehingga RM300 semalam untuk menginap dan memancing di chalet ini.
Dapat Separuh Harga Rockbund Traveloka

Rezeki Dapat Harga Penginapan Separuh Harga

Memang rezeki saya sekeluarga kot. Alhamdulillah, saya dapat tempah chalet ini dengan harga yang mampu milik buat saya... RM170 semalam dengan GST tu ye. Aha .. tu harga sebelum Kerajaan Pakatan Harapan menang PRU14 .. huhuhu.

Lihat invois di bawah ni kalau tak percaya .. harga penginapan di Rockbund Fishing Chalet cuma RM170 semalam termasuk dengan breakfast untuk 4 orang!!
Tempah & Menginap di Rockbund Fishing Chalet dengan Separuh Harga


Saya suka tempah penginapan online menggunakan Traveloka sebab boleh dapat tawaran harga murah yang kena dengan bajet saya sekeluarga. Dah banyak kali dah buat tempahan online di Traveloka ni. Hmm .... antara percutian yang terkini gunakan aplikasi Traveloka ni ialah semasa bercuti di Kota Bharu.

Tips Untuk Dapat Harga Diskaun Tempah Hotel Online

Ok, sebenarnya boleh je dapat harga murah tempahan hotel sehingga separuh harga kalau tahu cara-caranya. Antara tips yang boleh anda gunakan untuk dapatkan harga murah tempahan hotel penginapan:

  • Muat turun aplikasi tempahan online ke dalam telefon. Saya sendiri muat turun aplikasi Traveloka, Agoda dan Booking.com ke dalam telefon saya.
  • Daftar newsletter laman web tempahan hotel online. Dengan memberikan alamat email anda untuk langganan percuma newsletter mereka, anda boleh dapat tawaran harga murah yang terhad setiap hari.
  • Jadilah pelanggan tetap, samada menggunakan aplikasi tempahan online atau tidak. Bina hubungan dengan hotel penginapan anda.
  • Kongsi pengalaman percutian anda menerusi platform seperti media sosial dan juga blog serta tag hotel berkenaan.
  • Ambil tarikh cuti ad-hoc, iaitu buat tempahan pada hari sama ingin bercuti. Selalunya akan ada last offer atau last deal yang berikan harga potongan lebih 50%.

Traveloka bukan satu-satunya aplikasi online yang tawarkan harga menarik untuk penginapan hotel dan chalet. Saya kadangkala selalu juga gunakan Agoda .. cuma kena rajin sikitlah godek untuk dapatkan harga mampu bajet ...

Lihat ni, boleh dapat separuh harga untuk Rockbund Fishing Chalet dari laman web Agoda..
Tempah & Menginap di Rockbund Fishing Chalet Separuh Harga Guna Agoda
Percutian ketika PRU14 di Rockbund hari tu tak ramai orang. Memang banyak chalet kosong di sebalik tawaran separuh harga diberikan... haha .. agak pelik rasanya. Jadinya, kebanyakan pelantar memancing tidak ada penghuni dan membolehkan saya dan anak-anak mencuba platform kosong yang ada.

[Dah Baca?] Ikan Saiz Mega di Kolam Pancing Marina Island, Lumut

Tapi ntah macammana, di sebalik rezeki Allah S.W.T memberikan kami sekeluarga peluang bercuti di Rockbund dengan harga murah, tiada sebarang ikan gred A berjaya dipancing pada hari tersebut. Hmmm ...adalah dapat ikan tetapi dilepaskan semula sebab saiz terlalu kecil dan tak berbaloi untuk dibawa balik.

Apapun, kami sekeluarga enjoy bercuti di Rockbund dan tak pernah jemu walaupun dah lebih dari lima kali menginap di chalet tepi laut ini sejak pertama kali ke sini pada tahun 2015.
Percutian di Rockbund Fishing Chalet
Percutian di Rockbund Fishing Chalet

Jika nak bercuti ke Rockbund Fishing Chalet, pastikan anda sekeluarga gemar memancing .. kalau tak, anda mungkin mati kutu menginap di sini .. hehe.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement