Filem Pendek Raya 2018 Hot FM - "Mana Angah?"
Filem pendek Raya 2018 Hot FM "Mana Angah?" berkisar mengenai Angah lakonan Shuk menyiapkan rumah untuk persiapan hari raya. Macam-macam si Angah ni buat untuk sambut raya bersama adik-beradiknya yang lain, dilakonkan oleh Ajak sebagai Along, Sararancak sebagai isteri Ajak, Duerra & Adib sebagai anak-anak Along dan Eyka Farhana sebagai Achik.Angah ni memang rajin, kacau dodol la, jahit langsir la ... dan buat kuih kegemaran mereka sekeluarga iaitu Tart Nanas. Angah ni juga suka berangan, sebab dia suka pada pelakon cantik Farah Nabilah.
Tapi entah macamana, ketika adik-beradik Angah ni balik, tak ada sorang pun yang ambil peduli pasal Angah. Kesiannnn si Angah ni. Mereka semua cuma ingatkan Angah bila ada sesuatu nak dibuat ... kesiaannn si Angah ni.
Angah pun lari dari rumah ketika adik-beradiknya sampai sehinggalah si Angah ni kemalangan. Semua mencari Angah, tapi tak jumpa.
Apa jadi pada Angah? Betulkah Angah diselamatkan oleh Farah Nabilah, pelakon cantik yang diidamkan oleh Angah untuk bertemu?
Meh saksikan kesudahan filem pendek "Mana Angah?" ini ye ...
Dah tahu kesudahan cerita ini?
Aha .. Angah kahwin dengan Farah Nabila? Alamak .. spoil la kalau saya cerita ni anda tak tengok video filem pendek Raya 2018 Hot FM tu ..
Filem pendek hari raya 2018 ini turut dijayakan oleh Fazlina Ahmad Daud sebagai Bonda dan Jalil Hamid sebagai Ayah, selain Farah Nabilah sebagai Farah Nabilah dan semua penyampai radio Hot FM yang lain.
Dan jangan lupa pesanan akhir daripada si Angah ini di penghujung filem pendek "Mana Angah?". Jangan lupa tonton banyak lagi video dan filem pendek sempena Raya 2018 yang telah saya kongsikan.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.