Harga petrol untuk RON 97 naik sebanyak 19 sen menjadikan harga terkini untuk bahan api tersebut kepada RM2.66 seliter. Walaubagaimana harga petrol RON 95 dan juga diesel tidak berubah, kekal pada harga RM2.20 seliter untuk RON 95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.

Harga Petrol RON 97, RON 95 dan Diesel Terkini

Harga Petrol RON 97 Naik 19 Sen (7 Jun - 13 Jun 2018)
Harga petrol RON 97, RON 95 dan diesel terkini ini bermula 7 Jun sehingga 13 Jun.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan RON95 dan diesel akan diberikan subsidi manakala harga petrol RON97 akan ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran semasa dan disemak secara mingguan setiap Khamis bermula 7 Jun.

Sistem Semakan Mingguan Diteruskan

Ohh, rupanya sistem semakan harga petrol terkini secara mingguan diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya ingatkan kaedah ini telah dimansuhkan sepenuhnya, rupanya KPDNKK di bawah kerajaan baharu masih lagi gunakan ehh ...

Nak tak nak, kenalah terima ye tak?


Saya berharap harga petrol untuk RON 95 dan diesel akan terus kekal pada harga semasa sekarang, iaitu RM2.20 (RON 95) dan RM2.18 (diesel); setidak-tidaknya sehingga akhir tahun 2018 ni.

Mudah-mudahan juga Kerajaan Pakatan Harapan dapat tunaikan segala janjinya tanpa sebarang dalih atau alasan, seperti apa yang telah disebut di dalam manifesto PRU14. Tak larat lagi dah rakyat asyik kena tipu dan diperdaya.

p.s: Harga petrol RON 97 yang naik ni memang saya tak perasan langsung, sebab saya tak menggunakannya untuk kereta pinjam saya.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement