Harga Proton Saga Bawah RM30K & Duit Raya Dari Proton
Kini, semua orang boleh menikmati tawaran yang hebat - dari mereka yang suka akan pemanduan dan pengendalian kereta Proton, sama ada sedan yang popular sehinggalah MPV yang luas, pastinya ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan sebuah Proton.Tawaran Saga Terbaik dalam tempoh 10 tahun
PROTON memahami bagaimana kereta pertama boleh mencorak kehidupan seseorang, terutamanya bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan sambutan yang menggembirakan ini dengan orang yang tersayang.Sedan yang berharga berpatutan boleh memberikan kemudahan dan keselesaan bagi perjalanan jarak jauh untuk keluarga di seluruh negara. Atas sebab ini, PROTON ingin membantu untuk meringankan hidup anda.
Saga boleh menjadi milik anda dari harga di bawah RM30,000. Saga yang popular dan tahan lasak ini akan memberikan pemanduan yang lancar dan memudahkan perjalanan di sepanjang lebuh raya.
Beli kereta Proton, sokongan untuk Malaysia
Seiring dengan perkembangan baru-baru ini di dalam negara dan rakyatnya yang bersepadu, PROTON ingin menyatakan sokongannya kepada Tabung Harapan Malaysia, di mana RM10 daripada setiap pembelian kereta Proton akan disumbangkan kepada dana kerajaan tersebut.Sebagai organisasi korporat nasional yang prihatin, PROTON merasakan perlu untuk tampil ke hadapan memberikan bantuan tambahan ke atas tanggungjawab ini demi negara dan bangsa Malaysia. Inisiatif ini bermula 1 June 2018 sehingga 31 Disember 2018.
Penjimatan terbaik bagi setiap model Proton
Selain itu, terdapat juga penjimatan hebat untuk semua model-model Proton lain selain daripada tawaran Saga yang terbaik sempena promosi Hari Raya dan untuk menggalakkan penjualan kereta Proton dalam usaha kami membantu ke arah Tabung Harapan Malaysia.
Terdapat penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga, dan sehingga RM3,000 untuk Persona. Penjimatan yang ditawarkan adalah berkadar sifar GST, di mana tawaran menyerupai hampir dua kali ganda pengurangan kadar GST.
[Dah Baca?] Senarai Harga Kereta Pelbagai Jenama Mulai 1 Jun 2018 - GST Sifar
"Ini adalah masa yang terbaik untuk memiliki Proton, terutamanya dengan GST yang berkadar sifar yang telah berkuatkuasa. Pelanggan berpotensi untuk mendapat penjimatan antara 12% - 18%, bergantung kepada model kereta, jika penjimatan tambahan daripada GST berkadar sifar turut diambil kira.
Kereta kami ditawarkan pada harga yang berpatutan, dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang hebat. Persona dan Iriz mempunyai penarafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, struktur badan HPF dengan 6 beg udara, ESC dan ciri kawalan daya tarikan.
Sementara itu, Ertiga mempunyai kelebihan jimat minyak yang terbaik dalam kelasnya. Model ini mempunyai pelbagai kelebihan dan menyediakan penumpang dengan keselesaan tambahan dengan penghawa dingin di ruang belakang, tempat duduk barisan ketiga yang luas dan ruang kepala yang selesa untuk perjalanan panjang pulang ke kampung pada Hari Raya ini," jelas Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran PROTON.
"Kami yakin para pengguna akan mendapat kepuasan yang tinggi apabila mereka memandu kereta Proton, kerana kereta kami terkenal dengan kelancaran pemanduannya, ketahanan dan pemanduan dan pengendalian yang hebat. Jadi jangan lepaskan tawaran yang hebat ini," tambah Rashid.
Jadual di bawah merujuk kepada nilai jumlah penjimatan yang pelanggan boleh nikmati daripada promosi Duit Raya.
Pemeriksaan 20-mata percuma di seluruh negara dan di stesen PETRONAS terpilih
Selain daripada promosi jualan, PROTON juga menawarkan pemeriksaan 20-mata percuma di semua cawangannya di seluruh negara, bermula dari sekarang sehingga 15 Jun 2018. Pemeriksaan percuma ini akan memastikan perjalanan yang lancar dan sambutan yang meriah tanpa kerumitan pada saat akhir.Pemeriksaan 20-mata ini merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.
Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat-saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20-mata ke atas kereta mereka, terutamanya mereka yang akan pulang jauh menghala ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, mereka juga boleh ke Stesen PETRONAS terpilih, di mana pasukan perkhidmatan PROTON akan berada di sana untuk membantu anda melakukan pemeriksaan pantas yang diperlukan.
Jadual Harga Proton GST Sifar Mulai 1 Jun 2018
Harga di atas merujuk kepada harga kereta Proton di Semenanjung Malaysia. Harga jualan 'nett' yang dipaparkan adalah tidak termasuk aksesori standard, nombor pendaftaran kenderaan, cukai jalan, yuran pendaftaran, yuran pemilikan jual beli, serta insurans kenderaan. Semua harga adalah berkadar sifar GST namun tertakluk pada terma dan syarat, bergantung pada model dan tahun pengeluaran.[Menarik] Tampung Sendiri Kos Belajar di IPT dengan Jual Tudung Sehingga 30K Helai
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan PROTON terdekat sekarang!
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada customercare@proton.com.
Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.
Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.