Hidup ini tak perlu berpura-pura. Kenalah hidup dengan jujur dan penuh ikhlas, terutama sekali bila dibandingkan dengan kehidupan di dunia alam maya. Ramai yang nampak bagus sangat bila kongsi kisah di media sosial, tetapi hakikatnya semuanya itu untuk menunjuk dan berpura-pura.

Ada je insan-insan sebegini wujud dalam masyarakat. Dan jangan terkejut, ianya tetap berlaku hatta di bulan penuh mulia, bulan Ramadan ini. Pesanan untuk hidup tanpa kepuraan ini disampaikan oleh MBSB Bank menerusi iklan Raya 2018 mereka.

Tonton #HidupTanpaKepuraan - Sebuah Iklan Raya 2018 MBSB Bank

HidupTanpaKepuraan - Video Raya 2018 Bank MBSB
Sejak media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sekarang, ia telah banyak memberikan pengaruh tentang bagaimana kita menjalani kehidupan. Malah, media sosiallah yang membenarkan kehidupan kita yang dulunya lebih privasi .. kini menjadi lebih terbuka.

Media sosial telah memudahkan kita berkongsi cerita yang dulunya mungkin hanya keluarga, sanak-saudara dan kawan terdekat je tahu.

Sehingga satu tahap, perkongsian tersebut menjadi bahan cercaan dan hinaan orang lain, yang sebenarnya tak kenal pun diri anda sebenarnya.


Ya, media sosial telah memudahkan kita berkongsi kehidupan dengan keluarga tersayang dan juga rakan taulan. Persoalannya, adakah itu paparan kehidupan yang sebenar atau lakonan kehidupan impian kita?

Jadi hidup kepura-puraan. Hidup mesti jujur.

#HidupTanpaKepuraan - Video Raya 2018 MBSB Bank

Jom tonton video hari raya dari Bank MBSB ni sebagai ingatan kita semua.


Dapat sesuatu daripada video raya 2018 ini? Kongsikan pendapat anda, dan jangan lupa share ye.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement