Digi Rah Rah Internet Tawar Smartphone Serendah RM1 Dengan Pelan Digi Postpaid
Ia menawarkan smartphone dari serendah RM1 bersama pelan internet dengan data perayauan di 10 buah negara. Wow .. cukup mengujakan buat mereka yang memang dah bercadang nak dapatkan sebuah smartphone terkini dengan harga sangat-sangat menarik. Hanya RM1 !!Kempen Digi Rah Rah Internet telah dirasmi dan dimulakan dengan tawaran terhad 100 unit Huawei P20 Pro pada harga RM1 sahaja yang diadakan di Stor Digi Bukit Bintang pada 8 Jun hari tu. Ramai juga yang menyerbu untuk cuba jadi yang bertuah mendapatkan Huawei P20 Pro dengan harga seringgit .. uh.
Perghh .. memang untung banyak la siapa yang telah dapatkan Huawei P20 Pro dengan harga RM1, sebab harga asal memang berpeluh la nak bayar iaitu RM3,112. Kalau diri saya, harga smartphone sebegitu mahal memang setakat mampu tengok la.
Jadi ini peluang sangat menarik untuk anda yang sedang memikirkan mendapatkan sebuah smartphone baru untuk Hari Raya ini.
Menerusi kempen Digi Rah Rah Internet ini, pelan Digi Postpaid yang ditawarkan memberi data sehingga 100GB dan ia datang bersama perayauan data dan panggilan di 10 negara iaitu Australia, Brunei, China, Filipina, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Digi menyatakan, hanya pelan Digi Postpaid menyediakan perayauan data dan panggilan termasuk di dalam pelan.
[Dah Baca?] Smartphone Honor 10 Cuma RM1599 di Shopee Malaysia
Kempen Digi Rah Rah Internet selepas ini akan diteruskan di stor rasmi Digi seluruh Malaysia. Ia kemudian akan mula boleh didapati secara online di laman web Digi, mulai 15 Jun sehingga 31 Julai 2018. Aha .. memang untuk Hari Raya ni ... :)
Dengan kempen ini, Digi akan menawarkan pelbagai telefon pintar pada harga serendah RM1 seperti Huawei P20, Samsung A8+ dan Vivo X21, eksklusif bersama pelan Digi Postpaid.
Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan dengan tawaran hebat daripada Digi untuk peroleh sebuah smartphone baru dengan harga serendah RM1 sahaja.
wow berbaloi2
BalasPadamIngat nak tukar kepada Digi Telecommunication la untuk internet
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.