Harga ikan kembong serendah RM5 sekilogram? Aha ..siapa kata tak boleh dapat harga ikan murah? Sebenarnya banyak je tempat di Malaysia ni yang ada jual ikan segar dengan harga murah. Salah satu tempatnya adalah di tempat saya, iaitu Parit Buntar.

Memang beruntung saya dan keluarga menginap di Parit Buntar. Harga ikan di pasar basah boleh dikatakan berpatutan. Tapi saya tak adalah nak sangkal, kadangkala harga ikan melambung naik sehingga saya mampu melihat dan membelek sahaja...hehehe.

Harga Ikan Kembong RM5 Sekilogram !!

Ikan Kembong RM5 Sekilogram
Harga ikan segar ni selalunya mahal, tetapi kalau anda rajin ke tempat pendaratan ikan, in Sha Allah .. boleh dapat harga ikan yang jauh lebih murah daripada apa yang dijual di pasar-pasar termasuklah pasaraya.

Harga ikan murah boleh juga dibeli di pasaraya besar, tetapi kebiasaannya ikan di pasaraya besar tidak sesegar apa yang dijual di pasar basah biasa, apatah lagi jika dibandingkan dengan tempat pendaratan ikan.

Ikan di pasaraya banyaknya ikan import atau ikan beku datangnya dari negara-negara jiran.

Dekat Dengan Tempat Pendaratan Ikan

Saya beruntung tinggal menetap di Parit Buntar kerana ada banyak lokasi tempat pendaratan ikan segar yang membolehkan saya beli ikan dengan harga murah. Antaranya Sungai Udang, Tanjung Piandang, dan juga Kuala Kurau. Kadang tu, ada ikan segar yang dijual di pasar basah datangnya dari Pantai Remis, Perak.
Ikan Kembong RM5 Sekilogram


Harga ikan kembong di Parit Buntar pernah jatuh sehingga RM2-RM3 sekilogram bila tiba musim ikan kembong terlalu banyak dinaikkan oleh nelayan. Ni memang biasa berlaku mengikut lazimnya apabila permintaan kurang daripada bekalan.

Saya sengaja tulis benda ni di blog kerana nak beritahu memang terdapat tempat yang kita boleh beli ikan dan barangan lain dengan harga yang murah. Itu kelebihan tinggal dan menetap di sesetengah tempat itu, contohnya seperti di Parit Buntar.

[Dah Baca?] Harga Beras Murah Cap Langsat, Beras Tempatan di Parit Buntar

Mungkin di tempat lain seperti di tempat anda, ada benda lain lebih menarik daripada harga ikan yang murah ini, yang tidak terdapat di tempat saya di Parit Buntar... contohnya, harga daging atau ayam. Di tempat saya, harga ayam segar agak mahal sehingga cecah RM9 sekilogram siap proses, dan kalau murah pun boleh dapat dalam RM7 sekilogram.

Maka, saya fikir kita tak seharusnya merungut berlebih-lebihan mengenai isu harga barang mahal.

[Dah Baca?] Rezeki Dapat Ikan Segar dari Power Plant Penang

Gunakan Kuasa Pengguna

Sebenarnya, sebagai pengguna kita ada kuasa untuk menentukan harga barangan seperti ikan, ayam, daging, sayur dan barangan basah yang lain. Berbalik pada konsep, kurang permintaan tetapi bekalan berlebihan ...in Sha Allah, harga akan turun.

Kita cuma perlu gunakan kuasa pengguna ini dengan baik sahaja.

Barang mahal, jangan beli. Kalau terpaksa beli, belilah sekadar perlu atau sedikit sahaja.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. as salam..murahnya..en. tau ke no phone yg boleh sy hubungi utk dptkan bekalan ikan tu? ni no sy 0133202620. tkasih..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement