Rezeki Lumayan, RM60,000 Buat Bisnes Biskut Raya
Salah seorang usahawan berjaya dalam bisnes biskut raya ini ialah Norliey's Cookies; diusahakan oleh seorang wanita bernama Norlida Yaacob berusia 54 tahun dari Pasir Tumboh, Kelantan. Beliau telah mengusahakan bisnes ini sejak 20 tahun yang lalu, dan berjaya raih pendapatan luar biasa sehingga RM60,000 setiap tahun hanya dengan bisnes biskut raya.Jadi satu inspirasi tak? Tentulah kan. Hebat memang cukup hebat. Hanya dengan menjual biskut raya, wanita yang mempunyai 4 orang anak ini berjaya meraih pendapatan cukup lumayan dan luar biasa sehingga mencecah puluhan ribu.
Kan Dah Ramai Buat Biskut Raya?
Siapa kata market jual biskut raya ni dah tepu?Sebenarnya kena tahu dan lihat kepada permintaan pelanggan. Contohnya macam Norliey's Cookies ni. Bukan semua jenis biskut raya mampu terjual dengan laris. Antara biskut yang menjadi kegemaran pelanggan Norliey's Cookies ini termasuk dari Kuala Lumpur adalah tart keju, tart nyonya, ‘red velvet’ dan juga ‘exora’ iaitu biskut berasaskan keju yang dibentuk seperti sebuah kereta.
Aha .. anda nampak tak bagaimana dengan keunikan tersendiri, usahawan wanita ini berjaya melariskan jualan biskut raya nya?
Terus Dapatkan Ilmu dan Berani Buat Pelaburan
Satu lagi, mesti terus mencari ilmu. Sepertimana Puan Norlida, walaupun dah berjaya mengusahakan biskut raya selama lebih 20 tahun, beliau tak jemu untuk belajar dan mendapat bimbingan daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu.Ilmu ini luas dan sentiasa berkembang. Ye tak?
Ilmu ada tapi tak praktik pun tak boleh juga kan?
Dan antara yang penting untuk berjaya ialah keberanian untuk melabur dalam bisnes. Mana mungkin nak hasilkan biskut raya gunakan cara tradisional atau secara berseorang andai tempahan terlalu tinggi. Janji, ramuannya masih kekal sama bagi menjamin rasa, dan mempunyai pekerja yang setia membantu untuk memajukan bisnes.
[Dah Baca?] Cara Elak Biskut Jadi Lemau
Saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak boleh menjadi inspirasi buat usahawan lain. Malah, saya syorkan kepada surirumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk bergiat dalam bidang bisnes biskut dan kuih ini .. atau dalam kata lain, industri bakeri.
Industri bakeri adalah industri makanan. Ia sentiasa ada permintaan walaupun bukan dalam musim seperti musim perayaan.
Boleh je jual biskut kat pejabat, kedai runcit, pasaraya .. malah secara online di rumah. Gunakan sahaja platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk promo dan jual biskut anda. :)
wow bestnya buat benda yang kita minat sampai dapat untung banyak macamtu.
ReplyDeleteTu la pasal, bagus kan mandiri seperti ni.
DeleteRezeki bertimbun bila dapat income begitu.. Business biskut Raya dan jahitan memang menguntungkan dengan syarat hasil berkualiti dan sedap. Jahitan pula kena kemas & teliti. InshaaAllah untung banyak..
ReplyDeletewah tetiba semangat pula rasanya nak meniaga bila baca ni
ReplyDeletefuuu lebat
ReplyDeletejadi inspirasi sunnguh...kagumnya.
ReplyDeleteSekrang ni malas ngn rajin je cari duit. insyaallah punca rezEki akan senantiasa ada untuk kita. http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/kulit-wajah-rosak-akibat-kosmetik-dan.html?m=1
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.