Jenuh saya fikirkan semut apakah yang bersaiz besar muncul di depan rumah saya tempoh hari. Setelah membuat pencarian, akhirnya saya dah temui jawapan ... rupanya, semut besar berpunggong kehijauan itu adalah merupakan Ratu Kerengga, juga dikenali sebagai Weaver Ant (Queen).

Sepengalaman sayalah, warna semut kerengga adalah berwarna merah. Itulah sebab saya tidak dapat kenal-pasti akan nama semut ini pada mula-mula saya menjumpainya di depan rumah. Dan saya tak nampak pula koloni kerengga berdekatan tempat saya temui Ratu Kerengga ini.

Ratu Kerengga atau Anak Kerengga?

Ratu Kerengga atau Anak Kerengga
Semut kerengga memang bersaiz besar, malah untuk Ratu Kerengga, saiznya adalah dua kali lebih besar daripada saiz kerengga yang biasa kita lihat. Kalau ikutkan agak sukar untuk dapat melihat Ratu Kerengga ini kalau tidak dileraikan sarangnya.

Dan kalau nak tahu, anak kerengga juga bersaiz yang sama. Ia saling tak tumpah dengan Ratu Kerengga ni.

Ini mungkin rezeki saya dan anak-anak untuk dapat melihat lebih dekat akan kewujudan Ratu Kerengga atau mungkin anak kerangga ini.

Ratu Kerengga ini amat agresif. Apabila saya cuba dekati dengan sebatang ranting kecil, ia akan membuka mulutnya. Daripada pembacaan saya, bisa gigitan dari Ratu Kerengga adalah lebih sakit berbanding kerengga biasa. Yelah, nama pun ratu kan .. mestilah lagi power .. haha.

Dikenali Juga Green Treen Ant atau Weaver Ant

Green Treen Ant atau Weaver Ant
Green Treen Ant atau Weaver Ant
Kerengga, juga dikenali sebagai Semut Pokok Hijau (Green Tree Ant) atau juga Weaver Ant dengan nama saintifik Oecophylla smaragdina. Asal-usul semut kerangga dipercayai dari Australia. Semut ini ada pelbagai variasi wujud di kebanyakan negara di Asia Tenggara, selain di India, Nepal dan juga China.

Pandai Menyulam Daun Untuk Bersarang

Serangga kecil yang hidup berkoloni ini akan mendominasi pokok-pokok dengan kehadiran banyak sarang yang diperbuat daripada sulaman daun-daun. Di Malaysia, kerengga sangat suka membuat sarang di pokok Rambutan dan juga pokok Mempelam. Namun, antara banyak-banyak pokok yang ada, ia lebih gemar membuat sarang di pokok leban dan angkasia yang banyak terdapat di belukar.

Anak atau Telur Kerengga Sebagai Umpan Pancing

Untuk kaki pancing macam saya, anak kerengga adalah umpan terbaik kalau nak memancing ikan sungai. Begitu juga dengan telur kerengga. Jika nak gunakan telur kerengga, ia perlu dicelur dahulu dengan air panas supaya mudah nak disangkut pada mata kail.

Antara ikan sungai yang sangat sukakan anak kerengga dan telur kerengga sebagai makanan adalah ikan Talapia, ikan Lampam, Kaloi dan beberapa spesies lain. Jika sungai berarus deras, lebih sesuai gunakan umpan anak kerengga yang saiznya lebih 2-3 kali ganda lebih besar dari kerengga dewasa.

Saya pun kadangkala tersalah nak mengenal anak kerengga dengan Ratu Kerengga, kerana rupanya yang hampir sama. Mungkin juga apa yang saya temui di laman rumah saya tempoh hari merupakan anak kerengga yang baru terlepas dari sarangnya.

Anak kerengga biasanya ada sayap atau kepak. Dan ia akan gugur sendiri apabila menghampiri kematangan.

Aha, sekarang anda dah tahu pasal kerengga kan? Saya pasti ada yang kenal kerengga tetapi tak pernah lagi melihat akan ratu atau anak kerengga ... kan kan? Orait, kemukakan komen jika anda nak kongsi cerita pasal kerengga ni ye.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ohh hari tu saya ada jumpa jugak sekor serangga mcm ni.. ingat ke serangga jenis baru.. rupanya ratu..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Masa kecik2 pernah lihat org kumpul kerengga ni dgn telor nya sekali, goreng n makan. Salam singgah, follow done

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement