Rasanya ramai yang belum tonton lagi iklan Raya 2018 ni dari DuniaSukan.com. Best gak ... satu iklan Hari Raya yang agak menarik juga untuk tahun ni. Lagi-lagi ia diterbitkan oleh sebuah laman web .. huhu .. mungkin ikut jejak MStar kot yang turut keluarkan sebuah iklan Raya 2018 yang cukup best.

Orait. Iklan Raya 2018 daripada DuniaSukan.com ini berkisah tentang Jodoh Raya.

Jodoh Raya - Iklan Raya 2018 DuniaSukan.com

Jodoh Raya - Iklan Raya 2018 DuniaSukan.com


Seorang gadis bernama Zara yang hampir berumur 30 tahun dan masih belum berkahwin. Selain itu, Zara mempunyai 2 orang adik iaitu Zura dan Zul yang telah berumah tangga kesemuanya.

Pada suatu hari, ibu Zara telah membuat panggilan dan bertanya tentang persiapan hari raya. Dalam perbualan tersebut, Ibu kepada 3 orang adik-beradik ini telah meminta sesuatu yang istimewa dari Zara. Zara memikirkan "istimewa" itu adalah "Jodoh" kerana setiap pagi raya, ramai makcik bawang menanyakan soalan kepada Zara bila mahu kahwin, sedangkan adik-adik Zara semuanya sudah berkahwin.

Dengan itu, Zara mengambil tindakan bahawa dia mahu membuat sesi mencari jodoh dengan cara membuat ujibakat dan masukkan ke sosial media. Agak-agak korang, siapa yang Zara pilih? Nak tahu, jom tengok video ini!

Video Penuh 'Jodoh Raya' - Iklan Raya 2018


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement