Blog memerlukan trafik. Tanpa trafik atau hits, bulan boleh diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu....hoho. Blog yang perlukan trafik, mesti dikemaskini sekerap yang mungkin. Jika tidakpun, blog mesti punyai kekuatan dari segi teknik SEO (Search Engine Optimization). Dengan update yang sentiasa dibuat serta teknik SEO, in Sha Allah .. blog akan sentiasa menerima trafik yang dikehendaki.

Jumlah Trafik Blog (Pageviews) Untuk Bulan Mei 2018

Jumlah Trafik Blog (Pageviews) Untuk Bulan Mei 2018


Sejak saya kenali SEO dan praktikkan dalam blog, alhamdulillah, blog saya tak lekang dengan trafik setiap hari. Meh tengok berapa trafik yang telah dijana untuk bulan Mei 2018 ini, manalah tahu kot-kot ada pihak berminat untuk bekerjasama.

Trafik blog saya ini tidaklah tinggi mana. Saya agak bernasib baik kerana telah mula menulis blog sejak 2007 lagi, dan belajar cara-cara nak dapatkan trafik berkualiti sejak dari itu. Mulai 2010, impak belajar cara nak dapatkan trafik ini telah membolehkan blog saya konsisten menerima trafik yang agak baik untuk sebuah blog personal.

Buat masa ini, jumlah keseluruhan trafik diterima sudah melebihi 26 juta pageviews (pv) sejak saya rasmikan pada Ogos 2010. Alhamdulillah.
Jumlah Trafik Blog (Pageviews) Untuk Bulan Mei 2018
Untuk bulan Mei 2018, blog ini telah berjaya menerima trafik sebanyak 159,155 pv, agak berkurangan sebenarnya jika di bandingkan dengan bulan-bulan terdahulu. Namun begitu, ia naik sedikit dibandingkan dengan trafik bulan April 2018.

Pada bulan April 2018, blog saya ini berjaya terima trafik sebanyak 139,670 pv.

Daripada Google Analytics, jumlah pengunjung unik juga bertambah untuk bulan Mei 2018 sehingga berjaya meningkatkan unique page views sebanyak 75,352; perbezaan hampir 10K uv berbanding bulan April.
Jumlah Trafik Blog (Pageviews) Untuk Bulan Mei 2018
Memang seronok melihat perkembangan positif jumlah trafik sebegini.

Nak tahu bagaimana saya boleh dapat peningkatkan trafik seperti ini?

Pertama sekali ialah, saya telah menukar template blog ini kepada yang lebih simple sebenarnya. Kemudian, saya lakukan beberapa pengubahsuaian dari segi koding terutama untuk membolehkannya disesuaikan dengan teknik onpage dan offpage SEO.

[Baca Dah?] 10 Simple Search Engine Optimization (SEO) Guide

Selepas sudah mengubahsuai template yang saya download percuma ini, saya kerapkan penerbitan artikel baru. Boleh dikatakan hari-hari saya akan kemaskini sehingga 4-5 artikel.... sama seperti saya mula-mula terbitkan blog ini pada tahun 2010.


Kalau tak sempat, saya akan pastikan seminggu tu ada lebih kurang 20 post baru telah saya terbitkan.

Memang bukan mudah sebenarnya. Saya perlu kerja keras, dan mencari idea terbaik untuk menulis. Kadang tu bukan semua artikel yang saya tulis berjaya menarik trafik yang baik. Jadi, saya kena istiqomah menulis dan mencari topik yang mampu memberikan trafik yang tinggi.

Blog adalah sumber income buat saya. Samada anda percaya atau tidak, selama lebih 5 tahun, blog saya telah berjaya menjana pendapatan buat diri saya. Walaupun ia bukan pendapatan yang stabil, yang ada turun naik, tetapi alhamdulillah .. Allah S.W.T telah memudahkan bagi saya.

Ada di kalangan rakan blogger yang telah lebih berjaya daripada saya menjana pendapatan dengan blog. Malah, mereka ini berjaya membuka syarikat sendiri dengan duit income hasil menulis blog.

Hebat kan? Allah S.W.T pasti akan membantu mereka yang berusaha. Menulis blog juga adalah salah satu cara untuk berusaha mencari rezeki. Malah, dengan blog anda boleh menyampaikan kebaikan ke seluruh dunia hanya di hujung jari.

Uhhh opppss ... tersasar dari tajuk nampaknya ni.

Oklah. Saya sudah pun paparkan anda mengenai jumlah trafik blog ini. Tak tinggi mana ... tapi memadai buat masa ini. Alhamdulillah.

Buat rakan-rakan yang ingin bekerjasama dengan saya menerusi blog ini, boleh hubungi saya menerusi looket.me/hasrulhassan atau email saya di editor@hasrulhassan.com. Boleh juga gunakan borang Hubungi Saya yang telah disediakan.

Semoga ada manfaat.

Nak tahu cara jana income blog tanpa perlu menjual? Klik sini - Google Adsense untuk Blog

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. template ini pun cantik..

    saya juga menukar trend penulisan..

    dari yang panjang berjela kepada yang sangat simple kecuali ada artikel yang serius

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement