Masih belum terlewat untuk segera membayar fidyah puasa jika ada. Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah S.W.T sekiranya tidak dilaksanakan. Jadi, jangan berlengah untuk membayar fidyah seandainya anda tertakluk unuk melaksanakannya.

Kadar Fidyah Pulau Pinang & Cara Kira Kadar Fidyah Wajib Bayar

Kadar Fidyah Pulau Pinang & Cara Kira Kadar Fidyah Wajib Bayar


Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Siapa Wajib Dikenakan Fidyah Tanpa Perlu Ganti Puasa?

  • Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
  • Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah disempurnakan oleh waris si mati) sebelum pembahagian wasiat.

Siapa Wajib Bayar Fidyah Dan Ganti Puasa?

  • Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya.
  • Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu
  • Melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya

Di negeri Pulau Pinang, tempat saya dan keluarga bermastautin, pihak Zakat Penang telah mengeluarkan satu jadual untuk memudahkan pengiraan fidyah ini untuk umat Islam Pulau Pinang yang diwajibkan ke atasnya membayar fidyah atas sebab-sebab dibenarkan mengikut syarak.

Kadar fidyah di Pulau Pinang adalah sebanyak RM1.75 dan kadar ini mengguna-pakai kaedah penggandaan tahun (bilangan fidyah).

Jadual Fidyah Ikut Gandaan Bilangan Tahun - Pulau Pinang

Berikut adalah jadual kadar fidyah tersebut, dan di bawahnya pula adalah cara-cara untuk mengira jumlah fidyah yang perlu dilunaskan.
Jadual Fidyah Ikut Gandaan Bilangan Tahun - Pulau Pinang
Daripada jadual di atas, anda boleh lihat tahun bermula adalah dari tahun 1909 sehingga tahun 2017. Jadi, andaikata anda ada hutang puasa/fidyah dari tahun-tahun sebelum ini, maka mudahlah anda untuk membuat perkiraan bersandarkan kepada jadual kadar fidyah di atas.

Kadar fidyah untuk negeri Pulau Pinang ialah RM1.75 iaitu 0.25% daripada kadar zakat fitrah semasa.

Jadi, bagaimana cara nak kira berapa kadar fidyah yang wajib dibayar?

Meh saya kongsikan beberapa contoh mudah.

Tidak Berpuasa Beberapa Hari Pada Tahun Tertentu

Contoh: Tidak berpuasa selama 7 hari pada tahun 1407H (1987) dan belum digantikan (qada') sehingga 1 Ramadan 1438H (2017)

Daripada jadual di atas...
  • Tahun: 1407H/1987
  • Bilangan Hari: 7
  • Gandaan Tahun: 31
  • Kadar Fidyah Ditetapkan: RM1.75
  • Jadi: Bilangan Hari x Gandaan Tahun x 1.75 = 7x31x1.75 = RM379.35

Tidak Berpuasa Beberapa Hari Pada Tahun-Tahun Tertentu

Contoh: Tidak berpuasa 7 hari pada tahun 1407H (1987), 10 hari pada tahun 1409H (1989) dan 8 hari pada tahun 1411H (1991). Puasa belum digantikan (qada') sehingga 1 Ramadan 1438H (2017)

Daripada jadual di atas ...
  • Tahun 1407H/1987 - 7 hari, 31 gandaan tahun, kadar 1.75 = RM379.75
  • Tahun 1409H/1989 - 10 hari, 29 gandaan tahun, kadar 1.75 = RM507.50
  • Tahun 1411H/1991 - 8 hari, 27 gandaan tahun, kadar 1.75 = RM378.00
  • Jumlah: 379.75 + 507.50 + 378.00 = RM1265.25

Ok. Ada sedikit perbezaan perkiraan kadar fidyah ini dengan beberapa negeri lain ya. Perbezaan itu adalah pada kadar fidyah dan juga pada penggandaan. Ada negeri di Malaysia, mengikut ketetapan majlis agama masing-masing tidak mengenakan penggandaan ini, contohnya Selangor.

Jadi, seandainya anda bukan warga Pulau Pinang, mohon untuk semak dengan lembaga zakat negeri masing-masing untuk pengiraan lebih tepat. Pun begitu, secara asasnya, pengiraan kadar fidyah yang diguna-pakai kebanyakkan negeri di Malaysia adalah seperti di atas.


Pembayaran fidyah boleh dilakukan dengan beberapa cara, samada menerusi kaunter pejabat zakat negeri masing-masing atau boleh sahaja secara online seperti disediakan oleh Maybank2u. Laman web zakat negeri juga ada menyediakan kemudahan pembayaran fidyah secara online.

Fidyah yang telah dibayar di dalam bentuk tunai ini akan wajib ditukarkan kepada beras oleh pihak zakat atau majlis agama negeri masing-masing sebelum diagihkan kepada asnaf yang layak.

[Dah Baca?] Apa Perlu Buat Jika Terlupa Bayar Zakat Fitrah?

Anda juga sebenarnya boleh membayar fidyah ini terus kepada fakir miskin, namun adalah lebih baik jika menggunakan saluran rasmi yang ada bagi memastikan agihan bayaran Fidyah ini lebih terjamin. In Sha Allah.

Semoga info serba ringkas mengenai kadar fidyah dan cara pembayarannya ini dapat membantu.

Rujukan: Zakat Penang

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mama selalunya harap en hubby je la bayar.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nak bayar fidyah sekiranya hampir 40 tahun tak pernah penuh berpuasa dan tak tau berapa hari yg tetinggal puasa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi ke pejabat agama, insya-Allah ada solusi dia. Tuan boleh buat anggaran berapa hari tak puasa, dan bayar fidyah. Katakan 10 hari, darab je 40 .. jadi akan dapat 400 hari ...yang penting ada niat dan usaha untuk ganti puasa tu.

      Tak ramai yang dapat hidayah untuk melakukannya hatta pergi ke pejabat agama untuk bayar ganti puasa tu.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement