Agak-agak anda, sejauh mana kepentingan sesebuah bisnes atau perniagaan itu mempunyai website sendiri? Ok. Jika 10-20 tahun dahulu, ia mungkin tak seberapa penting. Tetapi, di zaman kini di mana semua orang boleh akses internet hanya di hujung jari, saya fikir kini tiba masanya untuk apa jua bisnes itu wajib memerlukan sebuah website atau laman web perniagaan yang baik.

Apa jua bisnes yang dijalankan di zaman sekarang, ia mesti dan sangat wajar untuk punyai sebuah website bisnes atau perniagaan sendiri. Ia medium terbaik jika mahu bisnes kita berkembang di dalam dunia teknologi online.

Kepentingan Website Untuk Bisnes atau Perniagaan Masakini

Kepentingan Website Untuk Bisnes
Jika dulu, mungkin medium online ini boleh diabaikan. Tetapi ketahuilah bahawa medium online adalah antara kaedah terbaik dan termurah untuk membuat promosi secara berterusan. Pasti akan ada yang tertanya, mengapa kita memerlukan website sebagai medium perniagaan online?

Bukankah dah cukup dengan adanya media sosial seperti Facebook atau Instagram untuk keperluan mempromosi produk dan bisnes secara online?

Ok. Nak berjaya di dalam bisnes zaman sekarang tak? Kalau nak, anda perlu fikirkan mengenai mempunyai website sendiri - itupun jika anda serius dengan bisnes anda sekarang.

Kenapa Penting Perlu Mempunyai Website Bisnes Sendiri?

Kepentingan Website Untuk Bisnes
Sila hadam fakta berikut ...

Website merupakan satu medium perniagaan yang menjadi kewajipan untuk setiap bisnes yang dilakukan di zaman di mana smartphone dan gajet mudah alih menjadi sebahagian kehidupan. Kepentingan jauh menjangkau dari apa yang kita fikirkan sebelum ini. Hatta bisnes anda yang dijalankan itu tidak menggunakan perkhidmatan secara online, bisnes tersebut tetap memerlukan website. Sebagai contoh anda menjalankan bisnes mengurut tapak kaki.

Nampak tak? Ok, lagi contoh .. bisnes rawatan muka, anda tidak menggunakan pun servis ini secara online, anda perlu ke kedai atau premis untuk dapatkan rawatan muka, namun ia masih memerlukan sebuah website untuk memperkenalkan produk dan servis ini.

Anda mungkin terfikir .. hmm bisnes aku cuma jual belacan, jual keropok, buat servis repair handphone, jadi kenapa nak ada website? Kan ke cukup guna Facebook sahaja?

Ya betul apa yang anda fikirkan, tetapi ianya hanya betul jika anda menjalankan bisnes tersebut 10 tahun yang lalu. Zaman di mana internet tidak digunakan secara meluas. Bukan pada zaman sekarang, di mana saya boleh kata hampir setiap orang mempunyai internet di telefon canggih mereka.

Jadi anda boleh buat satu website menceritakan bisnes yang anda sedang jalankan, perkhidmatan yang anda tawarkan dan dimana bisnes anda berada. Ini sedikit sebanyak akan membantu anda mendapatkan pelanggan.

Agak terhad kalau anda cuma gunakan Facebook sahaja. Dan satu lagi, dengan menggunakan website ini, anda tidak perlu nak ceritakan segalanya semula mengenai bisnes dan produk anda di media sosial, cukup dengan berikan link ke website anda yang lengkap segalanya.

6 Kepentingan Mempunyai Website Untuk Bisnes


6 Kepentingan Mempunyai Website Untuk Bisnes


Baik. Tak menyakinkan anda?

Dalam blog post ini, saya akan kongsikan 6 kepentingan utama mengapa anda memerlukan website untuk perniagaan anda. Silalah baca dan hadam pengetahuan ini untuk memajukan bisnes anda.

Website Tidak Pernah Tidur

Apabila kita mempunyai website, kita sebenarnya menjalankan bisnes 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa cuti. Walaupun pada hari minggu, cuti perayaan dan sebagainya.

Mempunyai website adalah seperti mempunyai pekerja yang sanggup bekerja tanpa berehat dengan kos yang sangat rendah. Untung bukan?

Jika anda bandingkan dengan Facebook atau Instagram, anda masih perlu memantau dan menjawab segala pertanyaan pelanggan... dan semuanya perlu dilakukan ketika anda berada di depan komputer atau telefon pintar anda. Betul tak?

Mewujudkan Daya Saing

Cuba lihat pesaing anda dalam bidang bisnes yang sama. Adakah mereka mempunyai website? Jika mereka mempunyai website bermaksud mereka beberapa langkah lebih maju daripada anda! Jadi anda juga harus lebih cepat bergerak ke hadapan supaya tidak ketinggalan.

Dengan mempunyai sebuah website bisnes anda sendiri, anda dengan sendirinya telah membina satu tahap daya saing yang bagus, seterusnya akan meningkatkan lagi kredibiliti bisnes anda kepada pelanggan.

Kuasa Enjin Carian

Tahukah anda mengenai SEO atau Search Engine Optimization? Ia merupakan satu kelebihan pada sebuah website yang boleh dibangunkan agar bisnes anda lebih cepat diketahui di internet. Dengan menggunakan SEO ini, website anda bakal menarik bakal pelanggan berpusu-pusu untuk mengetahui apa yang anda jual.

Anda sedar tak bahawa kuasa enjin carian adalah lebih besar daripada kuasa pengiklanan? Ini kerana konsep pengiklanan ialah kita memberitahu sesuatu perkara yang bermanfaat kepada bakal pengguna atau prospek. Sedangkan pencarian ialah prospek itu sendiri yang menginginkan sesuatu yang ditawarkan oleh kita (produk/servis) atau kata nama lain mereka yang mencari kita!

Itulah yang boleh dicapai dengan menggunakan website. Ia berikan pelanggan sebenar kepada anda. Tak perlu lagi nak membuat promosi berbayar di FB Ads untuk cari pelanggan, dengan kaedah SEO di website anda, pelanggan yang akan mencari anda.


Menambah Keyakinan Pengguna/Pelanggan

Jika anda mempunyai website yang bergaya professional ianya sekaligus memberi 1st impression yang baik kepada bakal pelanggan anda. Mereka juga akan lebih percaya untuk berurusan dengan anda.

Lihat sahaja betapa ramai usahawan dulunya hanya gunakan platform media sosial sudah mempunyai website bisnes sendiri. Mereka tidak kekal dengan menggunakan hanya satu platform malah mereka menjadikan website sebagai platform utama dan penting untuk mempromosi dan menjual produk perniagaan mereka secara online.

Database Pelanggan

Website juga boleh dijadikan pusat pengumpulan maklumat pelanggan anda. Dengan website, anda boleh kumpul info pelanggan anda dan masukkan ke dalam sebuah database pelanggan.

Data ini adalah merupakan lubuk emas untuk sesebuah bisnes agar boleh kekal bersaing.

Dengan adanya database pelanggan ini, anda boleh hantar info berkaitan produk terbaru anda, promosi serta tawaran menarik kepada pelanggan. Ia juga salah satu cara untuk menghargai pelanggan sedia ada, selain memungkinkan bisnes anda mendapat pelanggan yang baru. Kan bagus begini?

Menerusi website, bukan sekadar anda boleh mengumpul database pelanggan, tetapi juga dijadikan saluran online untuk pelanggan mendapat maklumat tentang produk serta promosi terkini. Tak perlu lagi susah-susah nak promote di media sosial ...:)

Pasaran Pelanggan Yang Lebih Luas

Pasaran pelanggan anda akan jadi lebih luas kerana website anda boleh dibuka di mana-mana tempat yang mempunyai rangkaian internet. Bezanya jika anda membuka kedai biasa anda hanya boleh menumpukan pasaran di sekeliling kawasan anda sahaja, tetapi jika anda mempunyai website anda boleh meluaskan pasaran anda bukan sahaja di pasaran Malaysia malah mungkin ke luar negara.

Sekarang, anda sudah serba sedikit tahu akan kepentingan mempunyai website sendiri ini.

Jadi, anda tentu akan bertanya pada saya .. bagaimana nak buat website dengan cara mudah? Berapa kosnya? Susah ke senang nak buat website bisnes sendiri?

Sebenarnya ada banyak tools yang boleh anda gunakan. Anda mungkin boleh mengupah orang untuk buat website bisnes, tetapi percayalah .. nak buat website bisnes ni memerlukan kos yang agak tinggi (kalau upahlah).

Jika anda berminat nak buat sebuah laman web bisnes yang best, saya boleh cadangkan beberapa yang berikut; anda boleh pilih dan sesuaikan dengan kehendak anda. Samada mahu bina sendiri, atau mungkin upah designer website dengan harga berpatutan.

  • WebWave Malaysia - Boleh buat website tanpa had ..dengan tiada bayaran bulanan. Gunakan teknologi drag n drop dalam membina website bisnes anda sendiri - tanpa perlu upah sesiapa, dan tanpa pengetahuan teknikal tinggi. [klik sini untuk info lebih lanjut]
  • EasyStore oleh Exabytes - Sebuah laman web bisnes yang lebih khusus untuk perniagaan online. Ada shopping-cart, ada platform pembayaran dan sebagainya. Anda boleh cuba secara percuma selama 14-hari tanpa bayaran. [klik sini untuk info lanjut]
  • Kedai Onlinez - Bina website yang paparkan katalog produk bisnes anda. Jika nak buat laman web bisnes seperti Datuk Alif Syukri, boleh cuba platform ini. [klik sini untuk info lanjut]

Moga pencerahan berkaitan kepentingan adanya website untuk perniagaan anda akan berikan panduan untuk memikirkan keperluan ini bagi memajukan lagi bisnes anda. Saya cuma mencadangkan dan berikan panduan sahaja, langkah seterusnya adalah terletak pada diri anda sebagai usahawan yang mahu berjaya dan maju.

Bina kedai online serendah RM47


Mahu bersaing dan terus kekal dalam dunia perniagaan, maka syor saya .. binalah website ... jangan tunggu kerana ramai yang sudah mengorak langkah ke arah itu.

Semoga maju jaya.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul banget..., sekarang memang serbag digital.., pengusaha maupun pejuang umkm wajib sih sekarang punya website.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement