Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir membayangkan akan memulakan sebuah projek kereta nasional baharu setelah pemilikan Proton diambil separuh oleh syarikat gergasi automotif China iaitu Geely.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata demikian pada sesi dialog Persidangan Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Jepun pada 11 Jun 2018. Malah, menurut Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan pertama ini, projek tersebut akan turut membabitkan rakan-rakan negara ASEAN yang lain.

Kita Tak Perlukan Projek Kereta Nasional Baharu

Kita Tak Perlukan Projek Kereta Nasional Baharu
Aduhai. Saya tarik nafas. Tak sangka pula Tun Mahathir ada cita-cita ke arah itu. Pada sayalah, di waktu ini, ianya sudah tidak perlu, tidak penting, tidak relevan. Proton masih wujud. Perodua juga masih wujud. Serata dunia kenali Proton dan Perodua, dua jenama kereta berasal dari Malaysia.. walaupun ada pemilikan dari negara China dan Jepun.

Jenama masih sama. Logo sama. Ada cop "Barangan Buatan Malaysia". Jadi, apa masalahnya sehingga perlu Tun Mahathir keluar rasa mahu mewujudkan satu lagi projek gergasi kereta nasional? Adakah ianya untuk Malaysia atau sebenarnya untuk legasi dirinya?
Saya hormat Tun Mahathir. Tetapi keputusan ini agak mengecewakan andainya benar.

Saya dapati ramai rakan blogger yang berpengetahuan dalam bidang perkembangan automotif ini rata-rata tidak setuju dengan projek kereta nasional yang baharu. Apatah lagi, ianya satu projek yang bakal menelan belanja billion ringgit dan sangat berisiko.

Ini bukan zaman 80an atau 90an.

Pasaran automotif Malaysia pun tak lah serancak mana, apatah lagi sekarang sudah ada lambakan kenderaan yang tersadai di sini sana - terutama kereta terpakai yang tak terjual.

Apakata Rakan Blogger?

Saya suka nak ambil (quote) catatan dari PanduLaju.com.my ...
"Seperti mana jenuh kami perjelaskan dalam banyak artikel sebelum ini, Proton tetap kereta nasional Malaysia. Orang luar tetap akan melihat begitu, melainkan kita sendiri yang gagal memahami tentang bagaimana industri automotif global bergerak.

Adakah orang masih melihat Volvo sebagai produk China? Atau Jaguar sebagai produk India?

Adakah jualan dan reputasi Volvo dan Jaguar yang makin menyerlah kebelakangan ini disebabkan orang menganggap dua jenama itu sebagai buatan China? Come on, jangan jadi hamba politik. Ini real business dalam dunia automotif!

Tahukah tanpa pereka Eropah, Kia tidak akan jadi seperti Kia sekarang? Tetapi siapa peduli? Tiada siapa cakap Kia cuma sekadar nama, dan rekabentuk pun bukan original air tangan rakyat Korea. Semua manusia di planet Bumi ini melihat Kia sebagai kereta Korea. Itu belum termasuk divisyen prestasi Hyundai yang dibarisi jurutera dan pereka Eropah."

Ada betulnya catatan tersebut, dan saya setuju sekali.

Dulu Saya Marah Proton Kena Beli Geely



Ehem .. ya, walaupun dulu saya pernah berkata sebaliknya, namun itulah .. bila kita makin membaca dan faham, kita sedar pemilikan Proton itu adalah satu bahan politik.

Sekarang ni, dalam apa jua rekaan termasuklah kereta Proton, andai mahu terus maju ke depan, kita memerlukan idea dan kreatif baharu. Ia tidak mungkin berlaku seandainya bergantung pada kepakaran tempatan. Nak berjaya perlu dinamik.

Dalam bisnes, perkara ini penting andai mahu berdaya saing.

Semasa Proton beli Lotus, adakah Lotus itu dikenali sebagai kereta buatan Malaysia? Aha .. nampak tak di situ?

Proton tetap kenderaan dari Malaysia. Walaupun ianya dipasang di India, ia akan tetap dikenali sebagai kereta nasional Malaysia. Jadi, apa masalahnya?

Proton sebenarnya hebat. Itu sebab ia menjadi buruan gergasi automotif dunia seperti Geely untuk memiliki sebahagian saham Proton. Jenama Proton cukup kuat hingga ke Australia dan United Kingdom.

Geely tidak akan membuang pekerja tempatan hanya kerana mereka memiliki lebih banyak saham dalam Proton. Agak kurang cerdiklah andai langkah itu dibuat memandangkan kepakaran tempatan jauh lebih ekonomi untuk pembuatan kereta. Majoriti pekerja tetap ramai orang Malaysia, cuma orang Malaysia sahaja yang tidak mahu bekerja di kilang membina kereta jenama nasional.

Dah .. saya fikir kita memang tak perlu jenama ketiga, jenama baru untuk sebuah kereta nasional. Cukuplah dengan Proton dan Perodua. Perkasakan sahaja, kerana dua jenama ini .. andai ditanya mana-mana di dunia, semua akan berkata ia berasal dari Malaysia.

Buat Perdana Menteri, Tun Mahathir .. kita tak perlu kereta nasional yang baharu. Apa yang kita perlu bukan jenama baru, tetapi sistem pengangkutan awam di Malaysia yang diperkasa, sistem lebuhraya tanpa tol, kemudahan awam terbaik dunia ... etc.. itu lebih baik untuk rakyat dari punyai satu lagi jenama kereta yang belum tentu boleh laku!

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. geram juga bila tahu Tun M nak tambah kereta nasional baru sedangkan ada proton & perodua. Yang kita perlukan penambahbaikan bukannya jenama baru.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement