Masjid Al-Falah USJ 9, Masjid Pertama Guna Boost Untuk Kempen SyuQR RHB
Kempen SyuQR RHB ialah satu inisiatif untuk membawa gaya hidup digital kepada konsep 'Memberi' dan / atau 'Sadaqah' - melalui satu aplikasi berbentuk e-wallet dikenali sebagai Boost. Ia satu aplikasi e-wallet terbaharu dikendalikan oleh Axiata Digital.Saya difahamkan ini merupakan kerjasama pertama antara pihak RHB Islamic dengan Axiata Digital ke arah sadaqah (sedekah) digital bersempena bulan Ramadan.
Sedekah Cara Digital dengan Aplikasi Boost
Bagus kan? Sedekah digital macam ni bukan baharu, malah Maybank pun dah mulakan projek lebih kurang serupa dengan pemberian sedekah tanpa tunai ni menerusi e-duit raya. Saya sendiri dah beberapa kali gunakan aplikasi dari Maybank dan ia memang sangat bagus.Jadi, secara amnya, saya boleh katakan aplikasi e-wallet Boost dari RHB Islamic ini juga akan beri manfaat yang serupa. Apatah lagi matlamat utamanya untuk memudahkan umat Islam memberikan sumbangan berbentuk sedekah jariah kepada institusi seperti masjid.
[Dah Baca?] Muat Turun Percuma Ebook Rahsia Sedekah
Usaha RHB Islamic menerusi kempen ini adalah merupakan usaha untuk mendekati golongan kurang bernasib baik dengan menggalakkan umat Islam membuat sumbangan digital menggunakan Boost. Jadi, tiada lagi alasan untuk bersedekah kerana dengan adanya Boost, tanpa membawa tunai ke masjid pun boleh membuat amal jariah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
Cara Sedekah Masjid Guna Boost
Bagaimana e-wallet Boost ini berfungsi?Aplikasi e-wallet Boost menyediakan platform di mana sumbangan boleh dilakukan dengan mudah melalui pengimbasan kod QR yang dipaparkan di masjid dan semua sumbangan akan dipindahkan terus ke akaun bank RHB Masjid Al-Falah tanpa risiko kecurian atau kehilangan.
Ini merupakan satu kaedah yang sangat bagus, malah lebih telus dan dapat mengelakkan syak wasangka kepada sumbangan yang telah diberikan. Ia juga satu cara untuk memastikan sumbangan yang diberikan dapat benar-benar tersalur ke masjid berkenaan.
Teknologi Tanpa Tunai Untuk 20 Juta Pengguna Smartphone
Mengikut informasi terkini, Malaysia mempunyai 20 juta pengguna telefon pintar. Ini membuka banyak ruang untuk pertumbuhan pengunaan aplikasi e-wallet seperti Boost yang pada saya sangat bagus dipraktikkan di zaman sekarang. Apatah lagi untuk mengelakkan dari penyelewangan dan kehilangan wang.Kerjasama Boost dan RHB Islamic membangunkan inisiatif tanpa tunai di Masjid Al-Falah selari dengan Blueprint Bank Negara membabitkan Sektor Kewangan serta ia merupakan sebahagian daripada matlamat ke arah negara tanpa tunai menjelang tahun 2050.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.