Misi mencari ikan siakap? Di bulan Ramadan? Yeszaa ... puasa tidak menghalang saya sekeluarga untuk pergi bercuti dua hari satu malam di Chalet Amir, yang terletak di Kampung Baru, Air Tawar. Anda tentu dah maklum (jika selalu baca blog saya), Chalet Amir merupakan destinasi wajib saya sekeluarga kalau nak memancing ikan Siakap muara.

Misi Mencari Siakap di Lumut Waktu Bulan Puasa

Misi Mencari Siakap di Lumut Waktu Bulan Puasa
Rezeki saya di sini agak baik setelah kali pertama berjaya menaikkan ikan Siakap sekitar bulan Jun 2016. Masa tu saya berjaya naikkan ikan Siakap liar di sini sebanyak 3 ekor sekaligus. Selepas itu, rezeki saya menaikkan Siakap amat baik sekali di Chalet Amir.

Kalau ikutkan la, sebelum tu, setiap kali memancing di Chalet Amir, saya memang selalu gagal nak naikkan Siakap. Setiap kali ke sini untuk memancing, pasti hanya adik ipar saya sahaja yang berjaya menaikkan berkilo-kilo ikan Siakap di sini.

Tapi itulah. Rezeki Allah S.W.T nak bagi.

Siakap Chalet Amir

Sejak Jun 2016 tu, setiap kali ke Chalet Amir, paling tidak saya akan bawa balik seekor ikan Siakap. Teknik memancing yang saya gunakan adalah teknik pelampung. Dan hanya memancing ketika air sedang nak surut.

Seingat saya, pengalaman menaikkan ikan Siakap di Chalet Amir ini berlaku sekitar selepas jam 5:30 petang sehingga jam 8:00 malam dan kemudiannya selepas jam 10:00 malam hingga tengah malam. Lain waktu, agak jarang umpan mengena ikan Siakap.

Okeh. Done beri tips .. hehe.

Hari tu, dalam minggu kedua puasa atau Ramadan, adik ipar saya telah mengajak untuk bercuti dan bermalam di Chalet Amir.

Bulan puasa, chalet tak ramai yang ditempah, jadi memang banyak kosong sehingga kami semua dapat check-in seawal jam 10:00 pagi di Chalet Amir.

Memancing Bawah Jambatan Bainun

Tapi misi nak menjerat Siakap tu bukan bermula di Chalet Amir. Saya, adik ipar, anak saya (Zikri) dan anak adik ipar saya (Kimi) terlebih dahulu melabuhkan pancing di bawah Jambatan Bainun, yang sememangnya menjadi lubuk istimewa kebanyakkan kaki pancing tempatan.

[Baca Dah?] Misi Memancing Hari Mengundi - Tempah Rockbund Fishing Chalet, Dapat Separuh Harga

Aha ... lepas je dapat kunci chalet, punggah barang segala .. saya dan rombongan lelaki terus menuju ke Jambatan Bainun, yang tak berapa jauh pun dengan lokasi Chalet Amir. Tempoh perjalanan pun tak sampai 10 minit.

Maka tinggallah kaum wanita, ibu-ibu dengan anak-anak kecil di Chalet Amir yang sememangnya lengkap dengan bilik berhawa dingin...huhu... dan kami pula pergi mencari ikan Siakap di bawah kepanasan bawah Jambatan Bainun.

Pukul 11:30 pagi, kami berempat dah berada bawah Jambatan Bainun, dengan bantuan Ah Heng yang sediakan servis bot ke bawah jambatan. Dah lama kenal Ah Heng, dari dia bujang sehinggalah dah berkahwin .. kerjanya cuma bawa pemancing dengan bot ke tiang-tiang di bawah Jambatan Bainun je.

Sejam. Dua jam. Tiga jam. Tak ada hasil memberansangkan.

Ikan Susu Pertama Kali Dinaikkan Bawah Jambatan Bainun

Adik ipar saya berjaya juga naikkan seekor ikan Susu dan juga ikan Tetanda. Hanya dua ekor. Walaupun kami berempat mendapat bantuan sokongan dari seorang lagi adik ipar yang tiba agak lewat...namun ketibaannya hanya menambahkan lagi rasa kecewa .. huhuhu...
Ikan Susu bawah Jambatan Bainun


Kami balik. Pulang lebih kurang jam 4:30 petang. Hari dah lewat. Kami perlu cari juadah untuk berbuka puasa.

Jenuh juga mencari lokasi Bazar Ramadan. Akhirnya kami ke Seri Manjong. Alhamdulillah, dapatlah bungkus beberapa lauk-pauk sebagai hidangan berbuka puasa di Chalet Amir.

Kalau ikutkan Chalet Amir ada je kemudahan untuk memasak. Periuk, dapur gas semua dah ada. Tapi itulah, kesian juga pada ibu-ibu .. letih jaga anak-anak kecil, jadi kaum bapaknya perlulah cari alternatif supaya buka puasa boleh jadi sesempurna mungkin.

Alhamdulillah. Semua dapat berbuka puasa dengan sempurna.

Akhirnya Dapat Siakap Yang Menjadi Misi

Selesai sahaja berbuka, saya dan adik ipar terus meneruskan misi mencari ikan Siakap.

Nah .. lebih kurang jam 10:00 malam .. saya berjaya menaikkan seekor Siakap bersaiz pasar, lebih kurang 700 - 800 gram. Alhamdullillah .. misi berjaya. Saya berjaya naikkan Siakap !!
Ikan Siakap tunggal berjaya dinaikkan di Chalet Amir


Tunggu punya tunggu, saya memang berharap dapat naikkan seekor lagi ikan Siakap. Ada cubaan umpan di bawah pelampong diusik ikan..tapi tak lekat.

Dah agak lewat, saya ambil keputusan untuk tidur sahaja. Lagipun, saya dah berjaya naikkan ikan Siakap yang menjadi misi. Saya biarkan adik-adik ipar saya meneruskan misi. Manalah tahu, mungkin rezeki mereka kali ini lebih baik dapat menaikkan ikan Siakap yang lebih besar.

Tapi hampa.

Giliran Anak-Anak Pula Naikkan Ikan di Chalet Amir

Waktu bersahur, saya sambung memancing sehingga ke pagi. Waktu ini, rezeki anak-anak pula yang berjaya menaikkan ikan. Anak saya berjaya naikkan ikan Sumpit dan juga ikan Talapia .. ehh Talapia? Hmm macam tak percaya, di muara sungai Chalet Amir ada ikan Talapia.

[Ada Baca?] Hasil Memancing di Hari Raya Qurban

Seronok betul bebudak dapat naikkan ikan mereka.
Ikan-ikan chalet Amir, Kampung Baru
Misi Mencari Siakap di Lumut Waktu Bulan Puasa
Anak saya yang paling bongsu pun boleh tahan juga gelagatnya nak memancing. Dah nampak ciri-ciri gaya pemancing yang akan warisi semua peninggalan aset memancing bapaknya .. haha.

Lebih kurang jam 12:00 tengahari, kami semua berkemas untuk pulang ke tempat asal masing-masing. Saya bawa balik beberapa ekor ikan, termasuklah ikan Siakap yang berjaya dinaikkan.

Saya puas hati. Adik ipar saya pula, belum tentu .. pasti mereka akan datang lagi untuk buktikan mereka juga boleh .. hehe...

Walaupun bulan puasa, aktiviti memancing berjalan seperti biasa. Ia tak ganggu pun, cuma perlu tahan dahaga dan lapar. Tapi .. andai boleh bersabar menunggu pancing dimakan ikan, takkan tak boleh menunggu waktu sehingga berbuka .. ye tak?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement