9 Perkara Mitos Popular Berkaitan Bunga Bakawali
Bunga Bakawali biasa dijumpai dengan kelopak berwarna putih bersih. Ia akan kembang penuh - kesemua kelopak bunga terbuka apabila tiba waktu jam 12 tengah malam. Kecantikan bunga ini lebih indah dipandang apabila ia berkembang ketika bulan mengambang.
Misteri pokok ini bukan setakat kerana waktu ia berkembang penuh, tetapi juga kerana bunga ini akan mengeluarkan bau yang begitu wangi sehingga boleh dihidu ke seluruh kawasan sekitar. Ada yang mengatakan baunya seolah-olah minyak wangi atau bedak talkum yang mengasyikkan.
Ya memang benar. Bunga Bakawali sangat wangi sehingga menusuk hidung. Tetapi bau wangi ini akan sedikit demi sedikit hilang bila matahari menjelma.
Anda tahu tak apa cerita misteri di sebalik bunga ini yang berkembang mekar pada waktu malam?
Ada beberapa cerita misteri dan mitos yang mengaitkan dengan kewujudan Bunga Bakawali ini. Asal-usul bunga ini juga menjadi misteri, namun ramai yang mengatakan ia datang dari gurun, memandangkan ia adalah tumbuhan spesies kaktus berbunga.
Bawa Rezeki Melimpah-Ruah
Bunga Bakawali dikatakan membawa tuah dan rezeki kepada tuan punya bunga. Malah, dikatakan siapa yang dapat melihat bunga ini mula mekar, kehidupannya pada hari tersebut akan melimpah-limpah dengan rezeki yang tidak diduga.Dikenali Ratu Malam dan Kaktus Bulan
Disebabkan uniknya bunga ini yang hanya berkembang pada waktu malam dan berbaur harum, maka ia digelar sebagai bunga Ratu Malam, dan juga Kaktus Bulan. Tiada bunga di dunia yang sepertinya, malahan kerana ia satu-satunya bunga cantik yang hanya mekar penuh di tengah malam, gelaran ratu diberikan kepadanya.Wijayakusuma
Bunga Bakawali dikenali oleh masyarakat Jawa di Indonesia sebagai bunga Wijayakusuma.Wijaya membawa maksud menang, manakala kusuma bererti bunga dalam bahasa Jawa. Namanya ini dikaitkan dengan sebuah kisah seorang putera mahkota.Pada zaman dahulu, seorang Putera Mahkota yang akan menaiki takhta sebagai seorang raja Mataram perlu memetik bunga itu ketika ia sedang berkembang. Sekiranya tidak berbuat demikian, dia tidak akan diakui oleh oleh makhluk dunia nyata dan dunia halus sebagai pemegang takhta. Dipercayai juga tindakan itu adalah sebagai lambang mendapat restu daripada nenek moyang.
Jarang Diminta Sebagai Tanaman Landskap
Ini agak misteri sebenarnya. Walaupun bunga ini cantik dan mengeluarkan bau yang wangi, tidak ramai yang mahu menanam pokok ini di laman rumah. Malah, ia bukan menjadi pilihan untuk tanaman landskap, walaupun hakikatnya pokok ini tidak sukar untuk dijaga.Menurut sesetengah pandangan, pokok ini hanya sesuai ditanam oleh orang tertentu sahaja. Hanya orang berhati mulia sahaja yang akan menyebabkan pokok Bunga Bakawali mengeluarkan bunga.
Khasiat Penyembuh Masalah Rabun
Ada yang mendakwa embun yang melekat pada bunga ini, seandainya disapu pada mata boleh menyelesaikan masalah rabun. Malah, ada yang memberitahu, Bunga Bakawali dapat mencantikkan kulit.Orang zaman dahulu turut menggunakan kelopak bunga ini dalam merawat luka manakala batangnya yang sudah dikeringkan dipercayai dapat merawat masalah darah tinggi dan kencing manis dengan memakan serbuknya. Tetapi, tidak ramai pengamal kecantikan yang ada mencampurkannya dalam produk kecantikan mereka. Pelik kan?
Merawat Sihir
Saya pernah didatangi seseorang yang mencari Bunga Bakawali berwarna putih untuk tujuan pengubatan tradisional. Menurutnya, bunga ini mempunyai kelebihan untuk merawat penyakit disebabkan sihir dan ilmu hitam.Namun, syarat utama untuk memastikan ianya betul-betul mujarab ialah ia perlu berada di dalam keadaan segar dan tidak layu (bertukar warna) sebelum digunakan sebagai penyembuh untuk rawatan berkaitan sihir.
Sesuatu yang agak sukar sebenarnya, memandangkan bunga ini sangat mudah menjadi layu apabila terkena cahaya matahari.
[Dah Baca?] Sekuntum Bunga Bakawali Bernilai RM50
Wanita Diganggu Makhluk Misteri
Pernah juga diceritakan bahawa seorang wanita yang sedang asyik menunggu kelopak bunga itu berkembang pada waktu tengah malam telah diganggu oleh makhluk misteri.Kejadian itu berlaku setelah dia terlelap seketika. Sejurus tersedar, dalam cahaya samar bulan purnama dia ternampak satu lembaga putih berlegar-legar di sekitar pokok yang bunganya sedang mekar itu.
Dijaga Orang Bunian
Ada juga sebuah cerita mitos yang mengatakan bahawa pokok ini dijaga oleh orang bunian. Kononnya, apabila tiba waktu bunga ini berkembang, seorang dewa kayangan akan turun untuk menjaganya sehingga ia menjadi layu menjelang subuh.Menghidupkan Orang Mati
Dalam kepercayaan mitos Hindu kuno, bunga tersebut dikatakan dijaga oleh Dewa Kresna. Bakawali dianggap mempunyai magis kerana mampu menghidupkan orang yang telah mati mengikut kepercayaan tersebut.Menurut sebuah kisah Hindu lama di Indonesia, diceritakan bahawa Dewa Arjuna telah mati akibat terminum air sungai beracun. Namun, dia hidup kembali setelah Dewa Kresna memberikan Dewa Arjuna tujuh kuntum wijayakusuma ini yang sedang mekar.
Ok.
Tiada bukti kukuh apapun yang boleh mengesahkan segala kisah, manfaat yang ada pada bunga ini. Tiada kajian spesifik mahupun rencana ilmiah yang mengaitkan kelebihan pokok Bunga Bakawali dengan sifat penyembuhannya selain kepercayaan ianya dijaga oleh makhluk halus.
Ia kekal sebagai mitos dan kepercayaan bawaan mulut ke mulut.
Anda ada cerita nak dikongsi mengenai Bunga Bakawali? Tinggalkan komen di bawah ya.
wow
BalasPadamwow banyak ceritanya ttg bunga ni rupanya.. baru mama tau ada byk kegunaannya juga.. TQ HH for sharing
BalasPadambaru tahu kisah padal bunga ni.. nice sharing
BalasPadamhttps://aerillhassan.blogspot.com
First time tengok bunga bakawali. Memang cantik bunga ni, patutlah siap ada lagu Bunga Bakawali :P
BalasPadamAda 4 kuntum yg nak kembang...tp jam 12 mlm td sekuntum kembang dahulu...19/4/2020
BalasPadamskrg ni sy sdg tgk bunga ni mengembang pd 27hb.1.2021..pkl 9mlm hingga 12mlm.ada 3 kuntum tg sedang mengambang
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.