Sebuah video Unsung Hero - Believe in Good yang saya syorkan untuk anda tonton dari awal sehingga habis. Ada perkara yang ingin disampaikan, walaupun ia dalam bahasa Thai, tapi mesejnya cukup jelas dengan hanya melihat video best ini.

Percayalah Kepada Kebaikan

Saya percaya bahawa setiap kebaikan itu akan ada balasannya. Inilah yang diajar dalam agama. Kita berbuat baik sesama makhluk, tidak kira tua muda, miskin mahupun kaya. Jika kita percaya, segalanya mungkin dan pastinya dunia akan lebih aman.
Video Believe in Good - Unsung Hero
Kebaikan yang kita buat itu dinilai oleh Tuhan. Mungkin mata manusia kurang nak berikan perhatian pada kebaikan kecil yang kita buat, tetapi in Sha Allah, Tuhan tidak pernah lupa dan pasti akan ingat.

Dunia sekarang memerlukan manusia-manusia yang ikhlas membuat kebaikan. Banyak sudah kerosakan di sana sini. Kalau lihat di dada akhbar dan media arus perdana .. uhh takut dibuatnya. Itu belum lagi yang terungkap di media sosial.

Kita bukannya tidak boleh menjadi seorang manusia yang terbaik untuk manusia lain, tetapi ramai dari kita terlalu takut bahawa kebaikan yang diberikan tidak akan mendapat balasan yang sepatutnya, walhal apabila melakukan sesuatu kebaikan, bukanlah balasan yang perlu diharapkan. Jujur. Ikhlas.

Ada yang beritahu saya, manusia sekarang telah rosak jiwanya. Agama dipinggirkan sejauh mungkin. Bila agama telah jauh .. maka hati menjadi hitam untuk berbuat kebaikan. Hasad. Dengki. Adu domba. Makian. Kejian. Hinaan. Sumpah seranah. Dendam... itu yang banyak berlaku.

Tak percayakah lagi mereka pada kebaikan?

Video Believe in Good - Unsung Hero (Percayalah Kepada Kebaikan)


Dunia sudah terlalu rosak sehingga antara kita saling tidak percaya. Ada skeptikal. Ada ketakutan. Ada kerisauan. Ada syak wasangka. Kita sering berpandangan negatif terhadap sesuatu. Kita mudah menilai dari pandangan pertama. Kita sangat mudah mengungkap keburukan orang daripada kebaikan yang ada pada dirinya.

Kita sepatutnya mencontohi sikap lelaki dalam Video Believe in Good - Unsung Hero.

Awal lagi kita sudah silap arah. Sebelum kita meninggalkan dunia ini, perbetulkan mana yang sudah silap itu. Ini adalah kerana, apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini ... kita tidak akan ada peluang lagi untuk berbuat baik sesama makhluk, apatah lagi untuk mengungkap kata maaf.

Believe in Good. Percayalah kepada kebaikan. Dan percayalah bahawa Tuhan itu wujud dan merancang segalanya.

Ya. Mungkin ganjaran yang kita akan dapat tidak sehebat mana di mata manusia sekeliling. Tetapi Tuhan lebih berhak menilai dari manusia. Marilah sama-sama berbuat kebaikan. Percayalah.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya rasa sungguh terkesan sangat dengan mesej dari video ini. Pada saya, berbuat kebaikan pada makhluk yang tak yang tidak boleh berkata2 memang mendatangkan kepuasan emosi seolah2 memberi suara pada mereka meluahkan perasaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement