Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sukacita telah memaklumkan bahawa Sistem Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018.
Permohonan Online Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan khas untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengikut kategori berikut:
- RM 1,000.00 bagi pendaftaran Universiti di Semenanjung
- RM 1,200.00 bagi pendaftaran Universiti di Sabah atau Sarawak
- RM 300.00 bagi pendaftaran ke Politeknik Malaysia
Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos perbelanjaan pendaftaran khususnya kepada pelajar-pelajar sesi kemasukan pertama ke IPT samada Diploma atau Sarjana Muda, dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Permohonan untuk bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini boleh dilakukan secara online menerusi laman web berikut - I-BITA
Atau boleh terus ke pautan berikut untuk terus mengisi borang permohonan bantuan pendaftaran tersebut di sini - http://ibita.penang.gov.my/save_af_ini.php
Isi maklumat permohonan yang diminta, seperti maklumat pelajar, butiran penjaga dan tanggungan, maklumat bank, maklumat tambahan dan juga pengesahan.
Senarai IPT & Politeknik Yang Layak
Berikut adalah senarai IPT dan Politeknik yang layak untuk memohon bantuan ini.- KUKHC - Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang
- TARC - Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
- PBD - Politeknik Bagan Datuk
- PBU - Politeknik Balik Pulau
- PBS - Politeknik Banting
- PBT - Politeknik Besut
- PHT - Politeknik Hulu Terengganu
- PIS - Politeknik Ibrahim Sultan
- PJK - Politeknik Jeli
- PKB - Politeknik Kota Bharu
- PKK - Politeknik Kota Kinabalu
- PKT - Politeknik Kuala Terengganu
- PKS - Politeknik Kuching Sarawak
- PMK - Politeknik Melaka
- PMM - Politeknik Merlimau
- PMJ - Politeknik Mersing
- PMBS - Politeknik Metro Betong
- PMJB - Politeknik Metro Johor Bahru
- PMKL - Politeknik Metro Kuala Lumpur
- PMKU - Politeknik Metro Kuantan
- PMTG - Politeknik Metro Tasek Gelugor
- PMS - Politeknik Muadzam Shah
- PMU - Politeknik Mukah Sarawak
- PNS - Politeknik Nilai
- PPD - Politeknik Port Dickson
- PSS - Politeknik Sandakan
- PSP - Politeknik Seberang Perai
- POLIMAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
- PSAS - Politeknik Sultan Azlan Shah
- POLISAS - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
- PSIS - Politeknik Sultan Idris Shah
- PSMZA - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
- PSA - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- PTS - Politeknik Tawau
- PTSB - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
- PTSS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- PTSN - Politeknik Tun Syed Nasir Ismail
- PUO - Politeknik Ungku Omar
- UM - Universiti Malaya
- AIMST - Universiti AIMST
- UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
- UMK - Universiti Malaysia Kelantan
- UMP - Universiti Malaysia Pahang
- UniMAP - Universiti Malaysia Perlis
- UMS - Universiti Malaysia Sabah
- UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak
- UMT - Universiti Malaysia Terengganu
- 49. UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
- UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
- UPM - Universiti Putra Malaysia
- USIM - Universiti Sains Islam Malaysia
- USM - Universiti Sains Malaysia
- UNISZA - Universiti Sultan Zainal Abidin
- UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka
- UTM - Universiti Teknologi Malaysia
- UiTM - Universiti Teknologi MARA
- UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- UTAR - Universiti Tunku Abdul Rahman
- UUM - Universiti Utara Malaysia
- WOU - Wawasan Open University
- Pemohon wajib mengisi borang permohonan secara atas talian/online di laman web http://ibita.penang.gov.my/ dan menghantar borang permohonan atas talian serta dokumen sokongan yang telah disahkan ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.
- Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00
- Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang
- Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon
- Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon
Dokumen Sokongan Proses Permohonan
Untuk memudahkan proses permohonan secara online, pastikan dokumen-dokumen berikut telah disediakan. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA adalah seperti berikut:- Salinan surat tawaran ke IPT
- Slip bayaran yuran pendaftaran IPT
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan). Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
- Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja
Buat ibu bapa atau pelajar yang ingin memohon, pastikan segalanya lengkap termasuklah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.
Hanya Sekali Bantuan Diberikan Seumur Hidup
Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Harap para ibu bapa jelas mengenai perkara ini.Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.
Semoga berjaya.
Mohon andai dapat dikongsikan kepada yang lain, gunakan saluran media sosial di bawah dengan satu klik.
alhamdulillah ada bantuan macam ni
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeletehttps://aerillhassan.blogspot.com/
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.