Kalau ikutkan memang banyak kedai yang boleh berikan servis untuk repair smartphone dan iPhone, tetapi ada satu kedai ini yang boleh berikan anda tahap layanan terbaik di Langkawi iaitu Phone Repair Langkawi - Instant Phone Repair Shop.
Repair iPhone & Smartphone Terbaik di Pulau Langkawi
Telefon seperti iPhone, tak terkecuali dari kerosakan. Biasalah .. benda ciptaan manusia memang begitu. Tak sempurna mana. Samada atas kesilapan sendiri atau mungkin berlaku kerana kemalangan, iPhone yang rosak sebenarnya boleh diperbaiki.
Tapi, kena tengok juga apa yang rosak. Janganlah dah remuk hancur dihantar ke kedai iPhone untuk repair ... uh .. agak-agaklah kan.
Ramai anggap nak repair iPhone kosnya tinggi. Hmm tak betul sebenarnya. Kenalah lihat dulu apa yang rosak. Saya lebih suka syorkan anda, kalau iPhone atau smartphone anda rosak, hantar dulu ke kedai untuk diperiksa. Bila dah tahu punca rosak, dan berapa kosnya .. barulah decide nak buat apa.
Kedai Phone Repair Langkawi adalah kedai yang memberikan servis repair iPhone yang terbaik di Langkawi. Ramai pelanggan yang berpuas-hati dengan servis yang diberikan. Jika iPhone atau smartphone ada masalah, di sinilah tempat yang harus anda pergi.
Huisshh .. pelanggan bukan setakat orang tempatan weihh .. tetapi juga dapat kepercayaan dari pelancong asing yang mahu repair set iPhone dan smartphone mereka dengan cepat dan pantas. Yelah, mereka bukannya duduk menetap di Langkawi tu .. cukup tempoh, mesti nak pulang ke negara asal. Jadi, memang pentinglah nak ada kedai repair iPhone yang boleh lakukan dengan pantas dan cepat.
Servis Repair iPhone Pantas dan Terbaik
Buat mereka yang ada masalah dengan iPhone sedia-ada, boleh dapatkan servis terbaik mereka untuk repair masalah iPhone anda di kedai. Contohnya, macam problem-problem kecil seperti skrin, bateri, port mengecas, kamera atau speaker .. ianya boleh dilakukan di depan anda dalam masa antara 20 hingga 40 minit sahaja.Cukup cepat dan pantas kan? Itulah sebab ianya kedai terbaik untuk repair smartphone dan iPhone di Langkawi.
Ramai pelanggan samada luar negara mahupun orang tempatan yang telah berpuas-hati dengan servis yang diberikan oleh kedai iPhone terbaik di Langkawi ni .. huhu.
Bagaimana kalau masalah yang lebih rumit? Misalnya masalah motherboard atau telefon dimasuki air? Aha .. kedai Phone Repair Langkawi ini akan melakukannya dalam tempoh seminggu untuk 1st hand repair. Kalau sebelum itu, telefon itu pernah dihantar ke kedai lain, atau terdapat masalah board-shorting, ia mungkin ambil masa lebih lama.
Pun begitu, jangan risau ... telefon anda akan diservis sebaik mungkin dan sepantas yang boleh. Kalau tak, takkanlah ramai customer yang terdahulu berikan komen positif kepada mereka, ye tak?
iPhone Replacement Jika Masih Dalam Warranti
Kedai ini juga menyediakan servis iPhone replacement - set baharu, aha .. satu kemudahan yang jarang kedai iPhone lain sediakan. Tetapi, mestilah iPhone tersebut masih dalam warrantiBiasanya, pelanggan mungkin perlukan iPhone replacement jika telefonnya dah dikira sebagai total lost atau bila didapati kos untuk repair adalah jauh lebih tinggi/setara berbanding dengan penggantian set iPhone yang baharu.
Apapun, konsultansi dan khidmat nasihat percuma akan diberikan kepada anda bila anda membawa iPhone rosak anda tersebut ke kedai. Bila dah diperiksa, diuji dan didapati iPhone anda perlu dibuat replacement, barulah dibenarkan untuk penggantian set baharu.
Hoho.. jangan lak sebab problem kecil, terus nak minta replacement ye .. bukan apa, nanti takut tak valid je. Lagi naya.
Servis Repair Telefon Android
Untuk pelanggan yang datang ke kedai, dan mahukan servis repair smartphone jenis Android ... pun akan dilayan dengan servis terbaik dan pantas, dengan syarat sparepart untuk masalah telefon tersebut memang dah tersedia di kedai. Lagi satu, untuk pelanggan smartphone Android, anda perlu buat temujanji terlebih dahulu, disertakan dengan bayaran deposit.Untuk masalah minor, repair akan dibuat dalam tempoh 3-4 jam sahaja. Untuk masalah major macam kerosakan motherboard, ia akan ambil masa lebih lama sehingga 2 minggu.
Nak pastikan apa yang rosak, apa perlu diganti, berapa kos yang dikenakan, anda kena datang ke kedai mereka untuk diperiksa. Pemeriksaan dijalankan secara percuma dan face-to-face. Jadi, anda tak perlu risau ya ... mereka akan senang hati terangkan apa masalah dihadapi oleh iPhone atau smartphone anda.
Tak rosak, tak perlu repair. Jika repair rasa mahal, maka jangan buat. Itu sahaja.
Kedai Phone Repair Langkawi ini boleh dicari dalam aplikasi Waze. Tak pun, anda cari sahaja landmark berikut iaitu di Kampung Lubuk Buaya, mukim Kedawang:
- Sebelum Masjid Temoyong (dari Kedawang)
- Bertentangan jalan Nasi Gulai Ayam Kunyit
- Sebelah Izz Coin Laundry
Boleh juga sembang-sembang pasal masalah telefon anda dengan mereka menerusi FB Messenger ni - https://jom.chat/pmphonerepair
Hubungi Mereka:
- FB: Phone Repair Langkawi
- Ig: phone_repair_langkawi
- WEBSITE: http://www.phonerepairlangkawi.com
- WAZE: Phone Repair Langkawi
- Hotline: 0194141223
servis bagus dan puashati memang antara aspek keutamaan dari para pembeli
ReplyDeleteTerima kasih entri untuk rujukan bila ke Langkawi.
ReplyDeleteAnd now... I'm back :D
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.