Saya seorang yang memang sukakan Nasi Goreng Kampung. Dek kerana suka, saya juga boleh dikatakan pandai jugalah membuat dan memasak Nasi Goreng Kampung ni. Dah macam-macam cara saya masak Nasi Goreng Kampung ni, tapi apa yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni, saya belum pernah cuba lagi.

Kalau ikutkan saya, kalau nak masakan sedap, khususnya Nasi Goreng, kenalah gunakan banyak bawang besar. Tapi beza dengan resepi Nasi Goreng Kampung cara Yatie Kitchen ni. Masak Nasi Goreng Kampung, tak gunakan bawang besar atau bawang merah. Uhh .. unik ni.
Resepi Nasi Goreng Kampung Viral dari Yatie Kitchen
Menu resepi Nasi Goreng Kampung dari Yatie Kitchen ini telah menjadi viral di Instagram. Malah, resepi sedap Nasi Goreng Kampung itu telah dicuba oleh Dato' Siti Nurhaliza untuk penyediaan ketika bersahur.

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Nasi Goreng Kampung Yatie Kitchen ini:

Bahan-Bahan

Bahan-bahan Nasi Goreng Kampung viral

  • 5-6 biji cili padi
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Ikan bilis secukupnya
  • 2 biji telur
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk (seasoning) cendawan
  • Garam
  • Nasi putih
  • Daun sup 

Cara Membuat Nasi Goreng Kampung Ala Yatie Kitchen

  1. Tumbuk cili padi, bawang putih, ikan bilis sehingga lumat, tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar.
  2. Panaskan minyak.
  3. Goreng 2 biji telur dan letak tepi kuali bila dah hampir masak.
  4. Tumis cili padi, bawang putih dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi sebelah telur, biarkan sehingga sederhana garing.
  5. Masukkan garam dan kacau.
  6. Masukkan serbuk cendawan.
  7. Masukkan nasi putih dan gaul.
  8. Masukkan daun sup dan serbuk lada sulah.
  9. Goreng sehingga masak




Wahh cukup simple je kan? Saya pun ingat nak mencubalah nanti resepi Nasi Goreng ni. Selama ni, kalau saya masak Nasi Goreng Kampung, saya gunakan Bawang Besar ... saya memang tak gunakan Bawang Merah dalam masakan saya.

Hmm ... kalau Dato' Siti Nurhaliza pun dah kata sedap, maka pasti Nasi Goreng Kampung ala Yatie Kitchen terlajak sedap. Yang bestnya ialah .. ia memang mudah nak dibuat. Cuma  ...  err errr ... agak malaslah nak guna lesung batu tu .. lagi2 nak menggoreng waktu nak masak sahur .. haha.

Dah tahu bahan-bahan, cara nak masak jadinya kakak, adik dan mak-mak bolehlah mencuba resipi Nasi Goreng Kampung ikut resipi ini.

Sumber: Instagram Yatie Kitchen

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement