Anak kecil kalau selsema memang mencabar sikit nak handle. Apatah lagi ketika nak beri makan ubat selsema. Macam anak-anak saya, kecuali Amri (anak sulong) .. semuanya susah nak diberi makan ubat bila selsema.

Hatta bila anak-anak dah usia makin membesar pun, ada lagi yang masih takut-takut nak makan ubat. Jadi, dalam beberapa situasi, ibu bapa kena cari cara dan jalan lain nak ubati anak-anak ni.

Spray Air Laut Jika Anak Ada Masalah Hidung Tersumbat

Spray Air Laut Jika Anak Ada Masalah Hidung Tersumbat
Anda pernah guna tak 'ubat' selsema jenis sembur masuk ke dalam lubang hidung anak tu? Saya dan isteri baru je gunapakai teknik ni. Ia bukan ubat sebenarnya, tetapi lebih kepada teknik rawatan untuk mengeluarkan lendir dan hingus dari hidung si anak, terutama sekali bayi.

Anak kecil ni, bila mereka hidung bermasalah, macam selsema dan tersumbat .. mereka akan hilang selera makan dan mudah nak meragam. Faham-fahamlah bila anak kecil mudah meragam ni, segala dibuat semuanya bagai tak kena, nak menangis dan memberontak sahaja... kan kan?

Jadi, kami temui satu solusi yang boleh para ibu bapa mencubanya. Mungkin ada di kalangan anda yang dah tahu cara ni, namun .. buat ibu bapa yang ada anak kecil, yang tak tahu cara ni dan nak setelkan masalah anak hidung tersumbat serta selsema (running nose); bolehlah cuba kaedah ini.

Kaedah Semburan Air Laut Untuk Legakan Hidung Tersumbat & Selsema

Anda pergi ke mana-mana farmasi, dan cuba minta ubat semburan untuk selsema, contoh macam dalam gambar di bawah ni...
Spray Air Laut Jika Anak Ada Masalah Hidung Tersumbat
Kami baru je tahu ada rawatan ni. Ia merupakan air laut yang disembur ke lubang hidung anak. Bila disembur masuk dalam hidung, cairan dan lendiran dari hidung akan keluar secara 'automatik'. Jadi, ia memang agak berkesanlah untuk hilangkan masalah hidung tersumbat ni.

Ala .. macam kita mandi air laut tu, kalau kita menyelam... dan air laut memasuki lubang hidung, kan ke automatik hingus akan berjujuran keluar.

Inilah kaedah yang sama, cuma dengan benda ni, air yang disemburkan tu dah disteril dan bebas kuman. Jadi ia selamat nak digunakan daripada kita pergi bawa anak-anak yang tersumbat hidung, selamkan mereka dalam air laut .. hehehehe...

Orang Dewasa Pun Boleh Cuba Kaedah Ini

Rawatan ni bukan sekadar sesuai untuk bayi kecil untuk umur lebih setahun, tetapi juga untuk anak-anak lain dan juga orang dewasa. Biras saya pun gunakan kaedah ini kalau dia ada masalah selsema dan hidung tersumbat.

Ia akan mencucikan hidung kita secara semulajadi. In Sha Allah, kalau hidung rasa tersumbat atau ada masalah selsema, boleh gunakan kaedah ni.
Spray Air Laut Jika Anak Ada Masalah Hidung Tersumbat
Spray Air Laut Jika Anak Ada Masalah Hidung Tersumbat


Alat semburan ni memang ada dijual di farmasi. Kalau nak cari, cakap je "Saya nak ubat hidung tersumbat yang semburan tu atau air laut ..." Nanti, mereka akan berikan serupa macam gambar di atas (bergantung pada jenama).

Biasa yang saya beli adalah jenama Sterimar. Ia memang air laut. Anda boleh lihat pada bahagian informasi kandungan bahan di kotak dan juga penyembur.

Bila nak gunakan kaedah ini, baca arahan yang diberikan. In Sha Allah, ia satu kaedah rawatan yang selamat, sebab ia tidak mengandungi bahan-bahan merbahaya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement