Menabung adalah merupakan gaya hidup atau lifestyle yang bagus. Rugi kalau kita tidak bermula dari sekarang. Ada banyak cara nak menabung, samada menabung dengan memperoleh keuntungan atau menabung sekadar simpanan untuk masa hadapan.

Tabungan sangat bagus sebagai cara merancang kewangan. Kita pasti akan lega tatkala di waktu kecemasan, kita ada wang tabungan yang mampu untuk menampung. Post kali ini, saya nak berkongsikan sedikit panduan atau tips untuk menabung, khusus untuk adik-adik yang baru tamat belajar atau fresh graduate.
Tempat Terbaik Menabung Fresh Graduate
Kenapa saya suka nak kongsikan tips ini khusus untuk golongan fresh graduate ini? Sebabnya ialah, ramai di kalangan mereka ini yang apabila mendapat gaji pertama kerja mereka, segalanya akan dibuat untuk joli sakan.

Aha .. saya tak adalah nak kata semua, tetapi memang ada jenis yang suka menghabiskan gaji-gaji setiap bulan ke arah yang tidak memberikan manfaat jangka-panjang. Tak ada lansung wang simpanan, apatah lagi wang tabungan untuk keadaan kecemasan.

Tahu tak, ada kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM 1,000 bagi kecemasan!

4 Tempat Menabung Terbaik Untuk Fresh Graduate

Tabungan bagus untuk elakkan diri kita dari terjebak dengan aktiviti meminjam dan meminta-minta. Dalam agama pun, tak digalakkan membuat perkara ini. Dalam kes yang lebih parah, ada fresh graduate yang belum pun setahun bekerja, sudah melibatkan diri dengan pinjaman tak berlesen serta Ah Long.


Kita tak dapat menjangka apa yang akan berlaku esok, lusa.  Tapi kalau kita dah ada simpanan duit yang banyak, tidaklah rasa takut atau buntu mencari atau meminjam. Oleh itu, kali ni saya akan kongsikan 5 tempat menyimpan wang yang terbaik, khusus untuk fresh graduate dan amnya untuk kita semua.

Anda boleh ikuti cara-cara yang diberikan sekali untuk mula menabung ... :)

1. Amanah Saham Bumiputera

 ASB tabungan terbaik untuk graduan lepasan IPT


Ia merupakan satu cara atau tempat menabung yang boleh memberikan pulangan. Tabungan menerusi Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah juga merupakan satu pelaburan. Ia sangat bagus untuk fresh graduate yang menyedari bahawa inilah kaedah untuk duit menjana duit .. :)

Orait. ASB ni ada dua jenis ye. Jadi anda kena tahu untuk membezakan antara pelaburan ASB dan pinjaman ASB. Aha .. pinjaman ASB akan menjuruskan anda kepada force saving, manakala pelaburan ASB biasa ialah simpanan ASB.

Force saving ini sangat bagus untuk mereka yang hadapi kesukaran untuk menyimpan secara tertib. Jika ada masalah ingat ingat lupa, malas, kurang disiplin .. elok gunakan cara ini untuk menabung di ASB.

Ada satu tips, jika nak menyimpan atau menabung mengikut kemampuan .. boleh cuba cara berikut: Andai mampu buat simpanan ASB sebanyak RM 1,000 sebulan, maka cuba pecahkan kepada dua, iaitu force saving (RM700) dan simpanan sendiri ASB (RM300).

[Baca] 2 Teknik Buat Duit Dengan ASB

Perlu juga diberikan ingatan, kalau anda membuat simpanan ASB biasa, anda boleh keluarkan duit tersebut untuk kes-kes emergency. Tapi untuk force saving, memang tak dapat lah.

2. Tabung Haji 

Tempat Terbaik Menabung Fresh Graduate
Salah satu cara menabung yang saya sangat galakkan terutama buat fresh graduate. Tabungan menerusi Tabung Haji (TH) ada banyak kelebihan dan manfaat. Apatah lagi, ia bagus andai kita simpan niat awal untuk tunaikan haji.

Jika kita simpan wang di Tabung Haji, kita akan dikecualikan daripada bayaran cukai, simpanan pula telah dibayar zakat 2.5 % dan ia juga berlandaskan syariah Islam. Dah la tu, boleh dapat hibah pula atas simpanan yang dibuat. Uhh memang untung banyaklah.

Rugi kalau tak mula awal menyimpan dan menabung di TH ni. Tak susah pun nak buka akaun simpanan tabungan TH ni. Nak keluar duit atas sebab kecemasan pun tak sesukar mana.

3. Private Retirement Scheme (PRS) 

Tempat TMenabung Terbaik untuk Fresh Graduate
PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. PRS ni melengkapkan plan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP.  Kalau anda ada KWSP dan ditambah lagi dengan PRS, memang mantap lah!

Sebagai simpanan tambahan untuk persaraan. Simpanan ini dapat melawan inflasi dan berpeluang mendapat pulangan pelaburan yang baik selain ia jugak turut tersenarai dalam perlepasan dari cukai individu. Pengecualian sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbanagn KWSP) bagi 10 tahun pertama.

Yang paling penting sekali, ianya adalah untuk pastikan kualiti hidup yang lebih terjamin ketika bersara nanti. Jika graduate yang berfikir jangka-panjang, pasti akan mula menabung di sini.

[Baca Juga] Kelebihan dan Kekurangan Melabur dalam Unit Amanah Hartanah Bumiputera

4. Tabung Warna

Tempat TMenabung Terbaik untuk Fresh Graduate
Ini adalah cara yang paling menarik, mudah dan untung. Ia sesuai untuk golongan yang mempunyai disiplin tinggi dan ingin menyimpan secara tetap. Kaedah tabungan ini telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini, dan mereka yang simpan guna cara ini pun dah dapat manfaatnya.

Mula-mula kita kena tetapkan dahulu warna tabung yang diinginkan. Contohnya, jika pilih warna hijau dan oren (RM5 dan RM20), jadi kenalah menyimpan duit kertas RM5 dan RM20 setiap kali  terima duit tersebut dan tak boleh dibelanjakan dengan menggunakan duit RM5 dan RM20 tersebut untuk perbelanjaan harian.

Perghh .. macam susah je kan - untuk orang yang kurang disiplin .. hehe.

Cara tabungan ini bagus kerana ia dapat mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang kita terima. Ia menjadikan kita lebih peka untuk menguruskan kewangan setiap hari. Dan sebenarnya, ia satu kaedah tabungan yang menyeronokkkan kerana kita dapat lihat wang tabungan itu bertambah dari sehari ke sehari.

Cubalah. Serius nanti akan rasa excited.

[Baca] 5 Lokasi Dalam Rumah Untuk Letak Tabung

Apabila sampai tempoh tertentu, contohnya sebulan atau tiga bulan, bolehlah keluarkan duit tabungan itu dan disimpan ke dalam institusi yang lebih menguntungkan, seperti ASB dan TH tadi. Atau boleh juga digunakan untuk modal pelaburan ... :)


Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri. Mulakan dari sekarang untuk mendapatkan jumlah simpanan yang tinggi. Jangan bertangguh. Lagi lama bertangguh, maka makin kuranglah peluang nak mendapat jumlah simpanan yang besar.

Selamat maju jaya dan semoga dapat dimanfaatkan. Kongsikan ye pada yang lain.

Kredit: Rakan Blogger Chetakki Omei yang kini bergelar usahawan minyak wangi

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Risau kena curi jer simpan dalam bekas gitu :)

    ReplyDelete
  2. kecuali yg no.3 j, yg lain sy ada. tabung warna siap buat utk anak juga hihihi.. dah penuh tabung terus masuk dalam bank

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement