100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel by the Beach
Promosi makan tengahari di Flamingo Hotel by the Beach ini best sebab ... anda boleh Beli Satu dapat Percuma Satu!! Dan makanan yang disediakan untuk 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch memang banyakkkk dan sedap. Memang kenalah dengan selera saya .. Jika anda pergi, memang tak akan kecewalah. Serius ni.Info Promosi
Promosi istimewa Buffet Lunch ini berlangsung selama 100 terawal bermula dari 17 Jun 2018. Jadi, masih ada masa untuk anda berpeluang menikmati hidangan sedap lagi terbaik negeri Pulau Pinang. Hidangan makan tengahari disediakan bermula dari jam 12:30 tengahari hingga jam 2:30 petang.100 Days New Malaysia Buffet Lunch ini menawarkan Beli Satu Percuma Satu (dewasa sahaja). Harga pula sangat berpatutan, cuma RM48 sahaja untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur dari 4 hingga 11 tahun, dikenakan bayaran RM25 sahaja.
Syoknya Makan Menu Popular Pulau Pinang
Kalau anda kaki makan, dan memang nak merasa juadah-juadah istimewa negeri Pulau Pinang memang boleh mencuba promosi menarik makan tengahari ala bufet di Flamingo Hotel ini.Semasa saya baru sampai ke kafe hotel ini .. perghhh memang ramai betul orang. Semuanya dah mula beratur panjang untuk mendapatkan hidangan-hidangan baru dimasak yang disediakan menerusi promosi ni.
Antara menu yang nampaknya 'laris' adalah ikan-ikan segar yang digoreng panas-panas. Sedap makan begitu sahaja dicicah dengan pencicah yang disediakan.
Selain meja hidangan utama yang sediakan nasi dan lauk-pauk yang sedap, ada banyak juga action-stall yang dikendalikan oleh chef dan kakitangan hotel.
Action-Stall Di Ruang Legar Kafe Flamingo
Baru masak tu ... oleh chef-chef dan tukang masak yang memang mahir ... anda pilih je dari mana-mana action-stall yang tersedia di ruang legar kafe Flamingo tu. Mesti anda akan rambang selera sebab memang ada pelbagai pilihan yang best.Antara menu-menu makanan best yang sempat saya rasa ialah Mee Goreng, Ayam Golek, Char How Fun, Laksa ... lepas tu ada pemanis yang sedap-sedap seperti beraneka bubur macam Bubur Gandum, Bubur Pulut Hitam, dan Bubur Kacang.
Kuih-muih pun banyak. Saya sempat jugaklah merasa beberapa jenis puding yang dihidangkan. Ada jeli, dan ada aiskrim goyang!!
Jika tak berapa suka dengan rasa manis, boleh makan rojak Penang, dan juga Pasembur yang memang terkenal di Pulau Pinang ni. Sotong Kangkong yang juga antara menu makanan Penang saya pun ada disediakan dalam promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini.
Oh ya, satu lagi menu kesukaan saya iaitu Sup Kambing .. turut berada di dalam senarai menu hidangan bufet makan tengahari ni. Tak rugilah datang makan .. huhu. Sedap weihh makan Sup Kambing dicicah bersama roti. Perghhh padu ...
Memang puaslah makan .... semua menu makanan yang best-best di Pulau Pinang, semuanya ada di 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini.
Kalau nak merasa menu dan makanan sedap-sedap Pulau Pinang di bawah 'satu bumbung' bolehlah ambil peluang ini untuk Buy One Free One promosi ni.
Ini merupakan kali kedua saya pernah berada di hotel yang berdekatan dengan pantai ini. Tak berapa jauh dari bandar Georgetown, dan juga Batu Feringghi... ia menawarkan suasana penginapan yang selesa serta mendamaikan jauh dari kesibukan bandar .. apatah lagi ia ada bilik-bilik yang mengadap laut.
Untuk info serta tempahan berkaitan promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini, boleh hubungi:
100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch
Flamingo Hotel by The Beach
Tel: +604-8927 167
Email: fnb.pg@flamingo.com.my
Alamat : Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Website: http://www.flamingo.com.my
wow.. terbaek.. sedap2 semuanya :)
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
aduh, dah lama tak ke pulau pinang nih. tergoda betul tengk gambar-gambar makanan tu
ReplyDeleteWowww bestnyaa dah lamaa tak makan camnii rindunyaaaa
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.