Saya dah lama dok usyar ONEXOX ni. Malah, ada ramai kenalan dan rakan yang syorkan saya untuk menggunakan simkad ONEXOX. Kata mereka, prepaid ONEXOX lebih jimat dan tak ada unsur-unsur menekan pengguna.

Saya baru je nak mencuba menggunakan simkad ONEXOX prepaid. Isteri saya yang dapatkan dengan agen di sini, di Parit Buntar.

Baru Nak Cuba Guna ONEXOX Prepaid

Baru Nak Cuba ONEXOX Prepaid


Menurut isteri saya, simkad ONEXOX ni dibeli dengan harga RM10 sahaja. Sebab utama isteri saya beli simkad baru ONEXOX ni adalah sebab tertarik dengan tawaran tempoh sah prepaid ni selama setahun.

Beli ONEXOX Sebab Tempoh Sah Aktif

Tempoh sah pada simkad akan terkumpul secara automatik setiap kali membuat top up; itu yang boleh membuatkan ia ada tempoh sah yang panjang sehingga 365 hari. Menurut agen ONEXOX, tempoh sah yang baru hanya bermula daripada tarikh luput tempoh sah top up yang dibuat sebelumnya.

Aha .. sekali top up ... maka ia akan tambah had tempoh sah tu dan boleh dikumpul .. faham kan? Saya jenuh juga nak faham pada awalnya ni, tapi yang penting ia boleh kekal aktif sehingga 365 hari. Tak adalah nak dipaksa-paksa minta topup untuk aktifkan macam kebiasaan Telco lain buat tu .. huhu.

Lepas tu, panggilan telefon menerusi ONEXOX ini adalah pada kadar yang agak murah, serendah 6 sen mengikut blok tempoh panggilan. Kemudian, ada sms percuma dan boleh pindah kredit sesama akaun ONEXOX.
Baru Nak Cuba ONEXOX Prepaid
Baru Nak Cuba ONEXOX Prepaid
Tapikan .. mana dah selalu sangat telefon-telefon ni, yang penting ialah pelan data internet tu .. ye tak ... hehehe .. dah la nombor ni nak digunakan oleh anak kami...huhu.

Kalau ikut penerangan agen, ONEXOX berikan pelan data internet yang berpatutan, meluas dan laju. Malah, ia tak ada macam kebanyakan Telco lain buat, iaitu tiada Pay-per-Use data jika had kuota dah tamat.

Kalau dah tamat, kena langgan mana-mana pelan data yang sesuai ikut kegunaan. Aha.. yang ni memang leceh sikit la .. sebab setiap kali nak gunakan data internet ... kalau dah habis kuota kena hantar SMS. Ia tak ada pelan data unlimited ... huhu.

Jadinya, ia satu pelan prepaid yang boleh bantu menjimatkan la .. kalau ikutkan apa yang saya fahamlah.

Senang Nak Top Up Kredit ONEXOX

Pasal nak topup ... ONEXOX ni boleh topup dengan mudah. Tak ada masalah pasal ni.

Selain boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX, top up kredit simkad boleh dibuat di kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay.

Bila nak topup, kena sebut kata laluan ... 'tambah nilai 'XOX'' ... hehe. Kalau tak nanti buat topup free kat Telco lain ...keh keh keh. Topup juga boleh dibeli guna perbankan online macam Maybank2u dan juga CimbClicks.

promosi Digi

Buat masa awal ni, nampak macam tiada masalah pun guna prepaid ONEXOX ni. Ia gunakan line Celcom yang memang diperakui antara syarikat penyedia perkhidmatan yang mempuyai liputan yang meluas di Malaysia.

Anda guna ONEXOX? Boleh kongsi pengalaman anda tak?

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mak saya guna..tapi pasal data internet ni memang mak saya tak faham..saya pun tak faham sangat..cuma mak saya dengar bila top-up tarikh luput jadi panjang tu yang mak saya ambil =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada masalah pasal onexox boleh wasap saya, pengedar sah onexox zul 0194221599

      Delete
  2. saya memang dah lama guna OneXOX ni start dari Julai 2016. Masa tu pakai sebab tertarik dengan jangka hayat simkad ni yang lama iaitu 28 bulan (2 tahun) walau tak top up langsung.

    ReplyDelete
  3. Nk tanya. Macammana dgn coverage? Baik ke? Semua tempat bagus atau macammana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coverage dia bergantung dengan coverage Celcom. Mana ada celcom .. maka adalah ia.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement