Bayi Hilang Rupanya Dijumpai Dalam Peti Ais Pengasuh !!
Semalam, viral di media sosial seorang bayi lelaki berumur 5 bulan dikatakan hilang. Tapi rupa-rupanya bayi comel itu telah meninggal dunia, dan pihak polis telah menjumpai bayi tersebut disimpan di dalam peti ais rumah pengasuh.Allahuakbar. Sedih betul saya.
Mengikut info viral di media sosial serta laporan akhbar, bayi sulong .. anak kepada pasangan masing-masing berusia 28 tahun itu dikatakan hilang dari rumah pengasuh pada 6:30 petang 3 Julai 2018.
Ketika si ibu nak ambil bayinya berusia 5 bulan dari rumah pengasuh yang terletak di Kampug Nakhoda, Batu Caves; pengasuh memberitahu bahawa bayi tersebut telah diambil oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai bapa kepada bayi tersebut.
Namun, apabila pihak polis datang menyiasat, mereka menjumpai bayi tersebut telah meninggal dunia disimpan di dalam peti sejuk rumah pengasuh tersebut!
Polis Jumpa Mayat Bayi Lengkap Berpakaian Dalam Peti Ais
Pihak polis datang menyiasat setelah laporan polis dibuat oleh ibu bapa bayi berkenaan. Bayi lelaki yang comel itu dilaporkan diletakkan di dalam freezer peti ais di tingkat dua rumah pengasuh berkenaan. Bayi tersebut dijumpai jam 10:30 malam.Laporan akhbar mengatakan mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.
Zaman sekarang. Seram.
[Baca] 12 Tips Memilih Pengasuh Anak
Saya sentiasa rasa risau tentang keselamatan anak-anak. Apatah lagi apabila mereka berada di luar pemerhatian dan pandangan.
Buat mereka yang tinggal di bandar, dan pasangan suami isteri pula bekerja ... memang menjadi dilemma untuk hantar anak ke rumah pengasuh ni. Bukan setakat bayaran dan caj dikenakan mahal, tetapi lebih utama ialah bila risau memikirkan soal keselamatan anak di jagaan orang lain.
Saya dan isteri bernasib baik, alhamdulillah .. kerana selama menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, anak-anak kami telah dijaga dengan baik. Dan hubungan kami dengan pengasuh pun baik, walaupun anak kami jagaan mereka sebelum ini sudah besar dan bersekolah.
[Dah Baca?] Kelebihan Hantar Anak ke Nimblebee Islamic Entrepreneurial Preschool
Kes bayi hilang bukan sekali dua berlaku. Dan akhir-akhir ini, kes bayi mati juga dah semakin kerap kedengaran seolah-olah sistem kekeluargaan di dalam masyarakat Malaysia sudah teruk. Memang sedih baca berita-berita sebegini setiap hari.
Manusia dah jadi sangat zalim. Kerana apa? Sebab apa? Mengapa? Hanya mereka yang berbuat perkara itu yang tahu hal yang sebenar.
Moga anak-anak kita terlindung dari segala bahaya dan kemudaratan.
sedih baca pagi ni pasal kes baby dalam peti ais. Tergamak sungguh pengasuh dia masukkan dalam tu kalau dia tak sengaja pun
ReplyDeletezalim dan tidak berperikemanusiaan..Dah tiba masanya kerajaan mengambil tindakan terhadap pengasuh yg kejam macam ni...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.