Samsung Yearly Upgrade Program ini kalau diteliti adalah percubaan pihak Samsung Malaysia untuk terus mengekalkan pelanggan kepada jenama ini, khususnya untuk smartphone. Yelah, kan ke sekarang terdapat banyak saingan hebat daripada jenama smartphone lain, seperti Apple iPhone, Oppo dan juga Vivo.
YUP - Program Samsung Untuk Kekalkan Pelanggan Setia
Agak menarik juga tawaran yang diberikan oleh Samsung Malaysia, khususnya mereka yang kini mencari sebuah smartphone baru. Ia juga merupakan satu program promosi dari Samsung untuk melariskan jualan Samsung Galaxy S9 dan S9+.Promosi YUP ini berlangsung bermula 2 Julai hingga 2 September 2018.
Apa Ada Dalam Program YUP?
Menerusi tawaran YUP ini, para pengguna perlu mendapatkan Samsung Galaxy S9 atau S9+ baharu untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan berikut:- Daftar YUP dengan hanya RM100 ketika pembelian Samsung Galaxy S9 atau S9+
- Satu bulan tanpa bayaran jika memilih pembelian menerusi bayaran ansuran mudah (EPP)
- Percuma screen protection bernilai RM140
- Diskaun sebanyak 10% untuk pembelian Samsung Galaxy S seterusnya
Kalau ada di antara anda yang berminat untuk ambil peluang promosi YUP oleh Samsung Malaysia ini, bolehlah tengok lebih lanjut mengenai terma dan syarat serta cara-cara untuk mendapatkan kelebihan YUP ini di laman web rasmi Samsung Malaysia di sini - https://www.samsung.com/my/offer/offline/mobile-yup/
Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S9 dan S9+ ini di Samsung Experience Stores (SES), Samsung Preferred Partners Platinum (SPP Platinum) serta di outlet-outlet SenHeng dan juga SenQ.
Errrr .... itupun kalau anda minat nak guna jenama smartphone Samsung dalam tempoh yang lama la .. kalau rasa nanti tahun depan tak mahu lagi jenama ini sebagai smartphone anda, saya nasihatkan abaikan sahaja program YUP ni .. hehehe ... jadilah pengguna yang bijak.
Pun begitu, tawaran diskaun sebanyak 10% untuk pembelian Samsung Galaxy edisi akan datang menerusi YUP ini ... sebenarnya sangat menarik buat peminat jenama ini.
Pilihan terserah pada anda. Selamat bershopping .. hehehe.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.