Isu mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) mula kembali panas di Malaysia ini. Apatah lagi apabila Malaysia Baharu, yang dijadikan satu jenama untuk Kerajaan Persekutuan di bawah Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, nampak lebih terbuka dalam soal ini.

Saya tak nak berdebat mengenai isu ini, sebab ia ada kaitan dengan agama. Lagipun, saya tak pandai nak berdebat. Pernah masuk pertandingan debat dulu, zaman sekolah, kalah.

Ebook Kajian Mengenai Hadith Sahih Berkaitan LGBT

Hari ini saya nak kongsikan, dan mungkin juga untuk simpanan dan rujukan saya berkaitan isu ini, iaitu satu rujukan untuk membaca dan melihat mengenai hadith-hadith sahih berkaitan LGBT ini. Ia disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam bentuk penerbitan sebuah ebook.
Ebook Hadith Sahih Berkaitan LGBT
Ebook Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan LGBT ditulis dan disediakan oleh Mohd Izwan Md Yusof, Muhd Najib bin Abdul Kadir, Mazlan Ibrahim, Khadher Ahmad dan Murshidi Mohd Noor. Ebook ini yang boleh dimuatturun secara percuma di laman web Jakim disusun oleh Saiful Azhar Saadon.

Menerusi ebook ini, anda boleh baca dan faham mengenai semua hadith yang menyentuh berkaitan perlakuan LGBT ini. Ia sangat bagus untuk panduan, malah boleh dijadikan rujukan untuk memahami kenapa perlakuan LGBT itu adalah salah, dari sudut maksud hadith-hadith sahih mengenainya.

Muat-Turun Percuma Ebook Hadith Terbitan JAKIM

Ebook Hadith Sahih Berkaitan LGBT
Atau

Dalam Islam, perlakuan LGBT adalah sesuatu yang dilarang keras. Ia adalah salah satu bentuk ujian daripada Allah S.W.T untuk hamba-hambaNya sepertimana ujianNya terhadap penyakit, kemiskinan, kekayaan, kecacatan, kecantikan, dan pelbagai lagi.

Perlakuan LGBT menyalahi hukum fitrah sebagai seorang manusia.

Firman Allah S.W.T di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia; "Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!""

Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya."

Semoga kita semua terlindung daripada azab Allah S.W.T, dan semoga kita semua dilindungi daripada fitnah akhir zaman yang semakin berleluasa dan terbuka kini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement