Musim durian dah nak sampai ke penghujungnya, namun masih ramai lagi yang mencari Raja Buah ini. Jika sebelum ini, saya dah kongsi mengenai tips untuk memilih buah durian yang bagus, elok dan berbaloi untuk dibeli/dimakan, kali ini saya nak kongsikan sedikit info atau fakta mengenai buah ini yang menjadi kegilaan ramai di nusantara.

12 Fakta Hangat Mengenai Buah Durian Patut Diketahui

Fakta Mengenai Buah Durian


Fakta ini harus dan wajib diketahui buat semua yang suka makan buah ini.

Walaupun ramai dah berkata mengenainya, dan membincangkannya sehingga muncul di beberapa program TV, namun masih ada yang macam tak berapa nak tahu mengenai apa yang ada pada setiap ulas buah durian ini, dan pantang larang memakannya.

Fakta Berkaitan Buah Durian & Cara Betul Menikmatinya

Meh kita ambil tahu serba sedikit fakta di sebalik kesedapan lemak, manis, berkrim isi buah durian ini ye ...
  1. Durian kaya bahan asid amino tryptophan – Bahan ini menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).
  2. Bahan organosulfur (bahan bau) bersifat anti-kanser antioksidan, anti-mikrob, antihipertensi dan melindungi jantung. Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur.
  3. Pesakit kencing manis tidak boleh makan durian secara berlebihan. Cukup hanya 2-3 ulas sahaja sekali makan atau satu hidangan.
  4. Ada kajian menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetik.
  5. Pengambilan isi durian pada kadar tinggi (500 g atau lebih) boleh tingkatkan kadar denyutan jantung. Ia akan membuatkan orang yang makan berlebihan terasa berdebar-debar.
  6. Durian kaya potassium, mineral yang boleh menurunkan tekanan darah. Jadi, untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang, disarankan agar jangan makan buah durian terlalu banyak.
  7. Elakkan makan durian bersama paracetamol dan alhohol kerana mungkin boleh menyebabkan kesan toksik.
  8. Elok makan diakhiri dengan meminum air masak yang banyak.
  9. Mengandungi 1,060mg potassium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.
  10. Makan durian untuk tenaga segera. Jika keletihan, boleh makan buah durian ini beberapa ulas untuk mendapatkan tenaga segera.
  11. Durian juga kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.
  12. Jangan makan buah ini ketika perut kosong atau sebelum hendak tidur. 


Buah durian sangat digemari di negara China, malah sambutan buah ini di negara terbabit sangat baik. Anda sendiri boleh lihat bagaimana buah ini menjadi kegemaran masyarakat berbangsa Cina di Malaysia. Mereka sanggup bayar dengan harga mahal untuk menikmati rasa Raja Buah berkualiti terbaik.

[Baca] Jenis-Jenis Buah Durian Yang Popular di Malaysia

Walaupun kebanyakkan kita menggemari buah ini, durian tidak berapa diterima di beberapa negara Eropah, kerana baunya yang sangat menusuk dan dianggap berbau busuk oleh sesetengah masyarakat di sana.

[Baca] 5 Tips Untuk Mengenal Buah Durian Musang King atau Raja Kunyit

Ada yang menikmatinya dengan cara lain, malah apabila sudah pertama kali merasa keunikan rasa buah durian ini, sanggup menutup hidup dengan pengepit semata-mata mahu menikmatinya.

Sumber: Blog Mardi

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement