Yeay, photoframe dari Pixajoy dah sampai. Memang best .. memang best. Alhamdulillah, tak sia-sia isteri saya melayan Pixajoy ni, dapatlah abadikan kenangan semasa Hari Raya tempoh hari dalam frame gambar.

Jika sebelum ini, isteri saya suka gunakan Photobook untuk cetak gambar-gambar yang kami ambil, tapi untuk gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2018, isteri saya gunakan Pixajoy. Al maklumlah, isteri saya dapat kod kupon menarik di laman web Pixajoy.

Gambar Raya Dibingkaikan Guna Laman Web Pixajoy

Frame Gambar Pixajoy
Pixajoy ni sama best je dengan Photobook. Seperti Photobook, Pixajoy pun ada banyak produk lain selain print gambar letak dalam frame.

Ada cetak gambar atas mug, atas baju, buat kalendar dan macam-macam lagilah. Nak rajin dengan tak je kalau nak buat benda-benda ni semua.

Isteri saya memang suka bab gambar-gambar ni. Album gambar Photobook hard cover pun dah berderet bersusun dalam almari. Boleh katakan segala kenangan yang terakam dalam kamera handphone tak disia-siakan begitu sahaja.

Dah paling best, isteri saya berikan hadiah harijadi pada saya guna Photobook - Hadiah Harijadi Dari Isteri

Lagipun, tempah cetakan gambar secara online ni bukannya mahal sangat pun. Kualiti pun bagus. Dan kalau tak bagus, boleh minta mereka cetak semula atau refund.

[Promo] Kupon Diskaun Cetak Gambar di Photobook

Jika ada gambar tersimpan dalam album telefon pintar anda, cubalah hantar ke Pixajoy atau Photobook, in Sha Allah, anda akan puas hati. Anda design la elok-elok .. bukan susah pun, template semua dah ada. Susun dan letak.

Photoframe Hari Raya Kami dari Pixajoy

Macam frame gambar Pixajoy yang kami terima ni, isteri saya ambil masa sekejap je nak susun. Simple .. janji kenangan tu tersimpan baik dan boleh tengok hari-hari .. hehe.
Frame Gambar Pixajoy
Frame Gambar Pixajoy


Tips Untuk Buat Photobook atau PhotoFrame Online

Cuma nasihat saya, pilih saiz gambar yang sesuai takut nanti bila dah print ... gambar akan jadi pudar atau blur sebab pixel dah pecah. Nak hantar print, kena ambil gambar setting resolusi tinggi kat handphone, barulah gambar yang dicetak jadi cantik.

Tryla tengok Pixajoy, mana tahu ada promosi menarik yang boleh anda grab, silap-silap leh dapat photoframe percuma sebagai salah seorang pelanggan yang baru mendaftar... huhu.

Macam yang kami dapat ni, ada barangan percuma diberikan, selain dapat join kontest yang tengah berlangsung ...


Terus ke laman web Pixajoy di sini - https://www.pixajoy.com.my

Tengok ni .. baru kejap tadi saya masuk, terus dapat free laminate name card .. huhu ....

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Siapa ada banyak gambar simpan dalam smartphone tu, baik korang tranfers ke Pixajoy ni .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement