Tentu seronok bila dapat tahu harga rumah sudah menjadi murah. Tetapi betulkah apa yang dinyatakan ini? Benarkah harga rumah sudah murah? Ada macam-macam tawaran kita lihat, dan kita cuba bandingkan dengan tawaran harga rumah terdahulu, nampak macam murah .. sekali lagi, adakah benar harga rumah sudah menjadi murah?

Harga Rumah Dah Murah?

Harga Rumah Dah Murah
Seringkali kita melihat pelbagai tawaran hebat dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran semasa, hingga kita tertarik dan terus mahu membelinya. Ramai juga yang terliur dengan tawaran harga rumah yang murah ini, terutama sekali yang baru ingin memiliki rumah pertama mereka.

Risiko Tawaran Harga Rumah Murah

Awas. Hal ini sangatlah berisiko, terutamanya jika ia melibatkan jumlah pembayaran yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pembelian rumah pertama, dari golongan mereka yang baru bekerja atau baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Tips dan panduan beli rumah harga tawaran murah
Pembeli perlu berwaspada dengan tawaran diskaun tinggi atau rebat menarik, kerana ia berkemungkinan tidak benar.

Panduan dan Tips Bila Jumpa Tawaran Rumah Murah

Jika jumlah keseluruhan pembayaran projek perumahan tersebut tidak cukup untuk menampung kos pembinaan, pemaju mungkin tidak dapat menyiapkan projek tersebut, atau rumah yang dibina tidak menepati perjanjian. Akhirnya, pembeli terpaksa membayar ‘harga’ lebih lagi untuk melengkapkan rumah yang dibeli.

Untuk pengetahuan anda, harga produk berkualiti (rumah) mestilah tinggi berbanding yang lain. Ini kerana harga tersebut merangkumi kos kajian dan tinjauan, inisiatif pemaju, bahan-bahan yang digunakan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Segala aspek ini penting untuk asas pembinaan projek perumahan.

Namun, akibat dibuai mimpi dengan kata-kata manis pemaju dengan harga murah, pelan pembayaran dan pelbagai tawaran rebat, impian untuk memiliki rumah pertama terus menjadi angan-angan. Ramai dah yang terpedaya dengan tawaran harga rumah yang murah ini.

Anda bakal menanggung kerugian besar dan mempertaruh nasib kebahagian keluarga. Mahukah anda melihat ini terjadi? Pastilah tidak .. kan?


Beli Rumah RM300,000 Tetapi Tak Dapat Apa-Apa

Menurut kisah yang diterbitkan di The Star Online, seorang lelaki telah membeli unit kediaman dengan harga RM300,000 beberapa tahun dahulu namun kini menemui jalan buntu. Walaupun projek tersebut telah dihabis dijual, namun pemaju gagal untuk menyiapkan unit tersebut pada masa yang dijanjikan.

Kemudian, pemaju memanggil para pembeli untuk mengemas kini rundingan pencairan dan kerugian akibat kelewatan pemaju.

Menurut salah seorang daripada pembeli, pemaju masih berhutang beliau RM50,000 akibat kesan pencairan dan kerugian tersebut. Ini bermakna projek tersebut lewat 1½ tahun. Setelah diselidik, beliau membeli unit tersebut kerana harga yang ditawarkan murah berbanding harga pasaran tanpa membuat kajian sebelum melakukan keputusan. 

Mengapa ia perlu berlaku lagi di zaman di mana teknologi maklumat berada di hujung jari?

Dengan akses Internet dan capaian maklumat di hujung jari, perkara ini sepatutnya boleh dielakkan.

Hanya kerana harga yang ditawarkan murah, tidak bermakna peluang tersebut harus diambil. Penting ni dalam keghairahan untuk memiliki rumah sendiri.

Menurut portal berita Berita Harian, sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari 2009 hingga 2017. Ini melibatkan 64,291 unit rumah dengan 43,538 pembeli.

Dengan kehadiran pemaju yang tidak bertanggungjawab ia menjejaskan impian pembeli untuk mendiami dan memiliki rumah sendiri. Justeru, kajian tentang pemaju amatlah penting sebelum melakukan sebarang keputusan. Ini termasuklah rekod projek terdahulu dan kredibiliti pemaju.

Tips penting bila anda mendapat atau melihat tawaran harga rumah yang murah - selidik dulu siapa pemajunya, dan semak rekod-rekod projek perumahan terdahulu dikendalikan oleh syarikat pemaju berkenaan.

Moga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement