Maka, kami pun menggunakan waktu yang ada untuk ke Zoo Taiping. Lagipun, harga tiket Zoo Taiping dah turun, jika dulu dikenakan bayaran RM17 bagi dewasa, tapi kini dah turun menjadi RM16 dan kanak-kanak pula adalah RM8, beza dengan sebelum ini iaitu RM8.50. Harga tiket Zoo Taiping ini adalah paling terkini, setelah ia naik pada tahun 2017.
Pergi ke Zoo Taiping Setelah Harga Tiket Turun
Sebenarnya, saya dan isteri tak perasan pun harga tiket terkini Zoo Taiping ni dah turun. Yelah, kami dah lama tak ke Zoo Taiping ni walaupun seringkali juga singgah di bandar yang ada Muzium Pertama di Malaysia ini.Anak Badak Air Tarikan Terbaru Zoo Taiping
Kali ini, memandangkan anak-anak masing-masing dah teruja nak lihat anak Badak Air, maka saya dan isteri tak ada masalah nak bawa mereka ke Zoo Taiping. Lagipun, Najmi .. yang berusia 1 tahun lebih dah boleh kenal haiwan, mesti akan jadi seronok bila dapat lihat haiwan yang hidup di zoo tu.Walaupun kami pergi pada hari Khamis, agak ramai juga pengunjung yang datang melawat Zoo Taiping. Mungkin mereka punyai sebab seperti kami kot, iaitu harga tiket zoo dah turun dan kerana nak lihat kelibat anak Badak Air yang muncul dalam Majalah Tiga TV3.
Anak Badak Air merupakan tarikan terbaru di Zoo Taiping setelah ia dilahirkan sekitar akhir tahun 2017.
Lagipun, ia masih dalam cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri. Jadi, kerana itu ada yang bawa keluarga untuk bercuti dan pergi ke Zoo Taiping ini.
Harga Tiket Night Safari Zoo Taiping & Diskaun Khas
Oh ya, Zoo Taiping turut menurunkan harga tiket Night Safari, harganya dikurangkan daripada RM21.20 kepada RM20 bagi dewasa, sementara untuk kanak-kanak RM10.60 kepada RM10 setiap seorang. Ia merupakan antara tarikan untuk ke Zoo Taiping, khususnya untuk warga negeri Perak yang tinggal berdekatan untuk melihat haiwan yang aktif di waktu malam.Untuk warga Perak yang tinggal di daerah Larut Matang dan Selama serta Kerian, ada diskaun harga tiket sebanyak 20 peratus diberikan. Jadi, kena bawa kad pengenalan yang tunjukkan alamat menetap di daerah-daerah tersebut. Kalau alamat bukan alamat dalam daerah tersebut, hatta tinggal sebelah Zoo Taiping pun, belum tentu boleh dapat harga diskaun tiket yang dinyatakan .. huhu ... jadi kena ingat ni.
[Dah Baca?] Muzium 3D Made in Penang
Seronoknya Najmi Dapat Tengok Haiwan
Anak saya Najmi cukup teruja dapat lihat banyak haiwan menarik di depan mata. Antara haiwan yang berjaya menambat perhatian Najmi adalah Gajah, Badak Air, Kuda Belang, Harimau, Singa, Ungka Tangan Putih dan juga Chimpanzie. Orang Utan yang ada di Zoo Taiping pun berjaya menambat perhatian Najmi yang pertama kali pergi ke zoo.Dalam banyak-banyak haiwan tu, Najmi paling suka tengok burung. Burung memang menjadi kesukaan dia. Panjang je muncung Najmi bila nampak burung yang lepas bebas dalam Zoo Taiping ni.
Kami tak explore banyak dalam Zoo Taiping. Tujuan memang nak pergi lihat anak Badak Air, dan tujuan tu tercapai. Waktu kami sampai, memang waktu memberi makan haiwan-haiwan dalam zoo, jadi senang dan mudah nak lihat haiwan-haiwan ini tanpa perlu susah payah nak mencari-cari.
Kami naik je trem yang disediakan di pintu masuk zoo, dan kemudian baru singgah dan lihat mana-mana haiwan yang berdekatan dengan pintu keluar zoo. Isteri saya tak larat nak tolak stroller .. lagipun ada kera lepas bebas yang macam agak merbahaya untuk baby Najmi.
Hampir sejam lebih juga kami berada di dalam Zoo Taiping tu. Mungkin nanti, bila Najmi dah besar sedikit .. kami akan ke sini lagi. Mungkin juga merasa apa yang menarik di waktu malam, dalam Night Safari Zoo Taiping.
[Dah Baca?] Heritage House - Muzium Persendirian di Gopeng
Aktiviti sebegini dengan anak-anak memang bagus untuk mereka. Tambahan lagi, zaman sekarang agak sukar nak jumpa haiwan lepas bebas ni. Kalau masuk hutan macam kat Taman Negara Pahang pun belum tentu boleh terserempak dan lihat haiwan seperti ini.
Kalau anda ada masa, pergilah bawa anak-anak kenali haiwan .. mesti mereka seronok.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.