Syawal 1439H - Kami Beraya di Parit Perak
Tahun ini, 1 Syawal 1439H kami beraya di Parit, iaitu di kampung halaman isteri saya. Kalau ikut penggiliran .. ecewahhh .. sepatutnya beraya pagi 1 Syawal di kampung pada saya iaitu Batu Gajah, Perak. Tetapi, memandangkan emak saya belum pulang dari KL, rumah adik saya .. jadi, saya ambil keputusan untuk sambut 1 Syawal di Kampung Ekor Lambat, Parit.Sebenarnya tak ada masalah pun nak beraya di mana-mana dahulu. Tapi itulah, tanggapan orang tua ni lain sikit .. bagi mereka, malam sebelum dan pagi 1 Syawal tu sangat penting. Anak-anak perlu berada di samping pada waktu dan ketika tersebut.
Mungkin pengaruh luar zaman penjajah British dahulu kot.
Tahun ini, kami sepatutnya berhari raya di hari pertama Syawal di Batu Gajah, iaitu kampung halaman saya. Disebabkan emak berada seminggu awal di Kuala Lumpur untuk berpuasa di rumah adik saya di sana, maka hari raya pertama kali ini bertukarlah.
Rasa lain bila balik-balik kampung tetiba emak tak ada di rumah .. yang sambut kepulangan anak dan cucu...hehe.
Lagipun, raya Aidilfitri 1439H kali ini, abang-abang ipar semuanya beraya dahulu di Parit. Ini sahaja masa yang boleh saya dan keluarga berkumpul bersama dengan 'otai-otai' keluarga sebelah isteri. Manakala adik-adik ipar semuanya akan muncul di hari raya ketiga.
[Dah Baca dan Tonton?] Senarai 30 Video Iklan Raya 2018 Terbaik dan Best
Bila dah dapat berkumpul ramai-ramai ini, pastilah aktiviti wajib yang akan kami buat ialah bergambar famili. Sebelum ini, kami pernah dapatkan servis ambil gambar keluarga di kedai gambar .. tetapi sejak isteri saya dah pandai buat Photobook ni, maka semua gambar berkaitan aktiviti dan famili, semuanya ditukar menjadi buku album bergambar.
Photobook ... Uhh banyak dah isteri saya buat. Dah lebih sedozen koleksi dah. Semuanya dibuat menggunakan kemahiran sendiri, saya tak ajar sedikit pun. Dia banyak belajar sendiri, dan buat trial n error. Lebih-lebih masa awal-awal kenal Photobook tu, kos masa tu pun murah .. cuma RM1 sahaja...jadi memang isteri saya hadap la Photobook ni bila ada kelapangan.
Hari Raya Aidilfitri 2018 ini, kami pilih lokasi baru untuk bergambar, iaitu di hadapan rumah mertua saya ... di tepi tebing Sungai Perak yang baru sahaja dinaik-taraf .. hehehee ...
[Dah Baca?] Dugaan Kecil Allah S.W.T Semasa Hari Raya 2016
Meh layan beberapa gambar raya kami di Parit ni ye ...
Pastu lokasi kedua yang memang tetiap hari raya akan jadi pilihan tentulah di tangga batu rumah pak mertua saya .. hoho ...
Kalau sapa-sapa ada rumah bertangga batu di luar ... memang wajib jadikan ia tempat nak bergambar keluarga .. hehe ...
Banyak lagi gambar hari raya kami di kampung di Parit, Perak ni .. tapi rasanya cukup-cukuplah kot .. hehe .. nanti akan ada update lain untuk gambar beraya di Batu Gajah dan juga bergambar hari raya dengan adik-adik ipar pula.
[Promosi] Tukarkan Gambar di Smartphone Menjadi Album Photobook Menarik
Semua ni, in Sha Allah .. akan jadi bahan untuk Photobook Hari Raya nanti.... :)
Wah! merahnya HH sekeluarga.
ReplyDeleteRayakan sebulan hehehe...
Err .. hehehe ... raya sebulan ehh. Sini dah mula kuncup dah suasana raya tu
DeleteSalam Aidilfitri Tn. HH.. Wah baju raya sedondon dengan warna blog, meriah.
ReplyDeleteSetuju dengan tanggapan orang tua tentang pagi 1 Syawal sampai pening kepala juga bila fikirkan turn raya rumah siapa dulu setiap tahun..
wahh sama warna dgn blog :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.