Top 6 Shopping Online Web Marketplace Malaysia
Jika anda seorang kaki online shopping, mungkin anda tahu ada banyak laman web shopping online yang popular di Malaysia. Antaranya ialah Lazada, Zalora, Shopee, 11th Street dan banyak lagi. Semua laman web ini dikategorikan sebagai Online Market Place.Apa kelebihan laman web shopping online ini sehingga ia jadi popular di Malaysia? Mengapa rakyat Malaysia suka berbelanja di Online Market Place ini? Mesti ada kelebihan-kelebihan tertentu, ye tak?
Lazada Malaysia
Lazada, salah satu laman web shopping online yang kami sekeluarga suka nak terjah. Ada banyak produk menarik dengan harga berpatutan dijual di Lazada Malaysia. Saya pernah beli dari sekecil-kecil produk hinggalah ke smartphone, dapur gas, kipas angin, tablet dan macam-amcam lagi.Tapi, produk yang sering kami beli di Lazada adalah lampin pakai buang 'pampers' PetPet. Harga PetPet di Lazada memang murah, dan kami boleh berjimat banyak bila beli secara borong (6-8 peks). Almaklumlah, ada baby kecil yang masih gunakan 'pampers'.
Selain tu, isteri saya suka gunakan aplikasi Lazada untuk dapatkan baucer kod untuk Photobook berharga RM1. Tu sebab isteri saya boleh buat duit dengan Photobook ni, sebab modal dia di bawah RM10 sahaja untuk setiap tempahan membuat album gambar gunakan Photobook...jeng jeng jeng.
Lazada menerima cara bayaran melalui VISA, MasterCard, Bank transfer (Alliance Bank, AmBank, CIMB, Hong Leong, RHB, Maybank), Cash on Delivery, FPX, Paypal, Alipay dan 7-eleven.
11st Street Malaysia
Satu lagi laman web shopping online berkonsep marketplace yang popular di Malaysia. 11th Street Malaysia menawarkan harga produk yang agak murah, malah terdapat barangan yang dijual diberikan kos penghantaran secara percuma.Kalau anda minat barangan dan produk dari Korea, bolehlah cari di 11th Street ini.
11st Street Malaysia juga popular untuk mendapatkan pakej-pakej percutian harga murah atau tiket masuk dengan harga diskaun kombo ke taman-taman tema yang ada di Malaysia serta Singapura. Kalau anda kaki jalan-jalan, bolehlah dapatkan tiket-tiket taman tema kesukaan anda di 11th Street.
Laman online shopping 11street menerima pelbagai cara bayaran termasuklah VISA MasterCard, Celcom AirCash, Online Bank transfer dan juga connect.
Shopee Malaysia
Sebuah laman web shopping baharu yang kami sekeluarga baru je guna. Agak menarik juga produk-produk yang dijual di laman web Shopee Malaysia ini. Ramai yang kata, laman web Shopee ada banyak produk yang dijual dengan harga jauh lebih murah berbanding dengan laman web shopping online yang lain.Ia juga antara laman web jenis marketplace yang cepat mendapat tempat di hati penggemar shopping online di Malaysia. Ini mungkin disebabkan anda bukan sekadar boleh membeli-belah di laman web ini, malah .. anda boleh menjual produk anda dengan mudah dengan menjadi rakan niaganya.
Dan paling menarik ialah, ada kempen atau program 'refer a friend' yang membolehkan anda menerima 1000 Shopee Coins bagi setiap pendaftaran baharu yang berjaya. Menarik kan?
Cuba anda tengok sendiri di sini - Shopee Malaysia
Shopee menerima cara bayaran melalui kad kredit/debit, bank transfer, online bank transfer dan juga Shopee Wallet.
EZbuy Malaysia
Satu lagi laman web shopping online yang juga boleh dianggap baru lagi di Malaysia. Walaupun dianggap baru, ia antara laman web shopping online yang dianggap popular di Malaysia.Selain Malaysia, EZbuy telah beroperasi di beberapa buah negara lain di Asia Tenggara. Laman web online shopping ini menawarkan barangan tempatan dan juga import daripada negara jiran seperti Singapore, Indonesia dan Thailand dan juga daripada China, USA, Taiwan dan Korea.
Antara daya tarikan utama EZbuy adalah bayaran penghantaran yang tetap untuk pembelian luar negara jika anda menjadi member. Aha .. nak cari produk dari oversea, memang sinilah tempatnya.
Kalau anda penggemar fesyen terkini dan mahu sentiasa up-to-date dengan fesyen, laman web EZbuy ini memang tempat anda.
Di sini, boleh dikatakan syurga online shopping untuk para wanita sebab banyak pakaian wanita yang cantik-cantik, dari dress, baju tidur, pakaian dalam, t-shirt, top, skirt, kasut serta aksesori boleh didapati dengan harga menarik di EZbuy ini.
Isteri saya boleh dikatakan agak kerap juga pergi ke laman web ini, dan pernahlah juga beli beberapa produk aksesori wanita.
EZbuy menerima bayaran melalui local bank transfer (online banking transfer ataupun cash deposit di mesin atm) ke bank mereka, kreditkad dan juga debit kad.
Qoo10 Malaysia
Biasa nampak iklan Qoo10 Malaysia ni di internet? Aha .. ini antara laman web shopping online yang agak popular di Malaysia, terutama sekali di kalangan wanita. Kalau anda masuk je ke laman web Qoo10, anda akan nampak pelbagai produk dan barangan yang dikhususkan untuk wanita dijadikan sebagai tarikan.Wanita di Malaysia memang ada kuasa membeli yang tinggi. Itu sebab Qoo10 mensasarkan golongan wanita untuk menjadi pelanggan utama mereka.
Harga barangan yang dijual juga murah. Best-seller di Qoo10 adalah merupakan produk pakaian wanita, beg tangan, kasut wanita dan pakaian dalam wanita, selain produk untuk keperluan bayi.
Nile Malaysia
Pernah shopping online di Nile Malaysia tak? Ia merupakan antara laman web shopping online yang agak menarik walaupun pilihan produk yang dijual tidak sebanyak laman web shopping online yang lain.Yang bestnya kalau nak komen apa-apa berkaitan produk, anda boleh komen gunakan Facebook sahaja. Dan seller akan jawab pertanyaan.
Kebanyakkan produk adalah produk dari dalam Malaysia. Ada potongan harga untuk barangan yang dijual.
Mode pembayaran pula adalah online banking, CDM, atm transfer, kad debit/kredit termasuklah juga cash-on-delivery (kawasan KL dan sekitar).
Banyak Lagi Laman Web Shopping Online Yang Best
Orait, cukup enam laman web shopping online yang boleh saya anggap popular di Malaysia. Semua senarai laman web tu tidak ikut turutan ya, ia apa yang terlintas di ingatan saya berdasarkan dari pengalaman.Ada beberapa lagi laman web shopping online lain yang menarik. Malah, ada yang jenis lebih khusus untuk kategori produk tertentu seperti pakaian muslimah, pakaian wanita, kamera dan produk berjenama.
Ada Zalora, PopLook, Fashion Valet, Go Shop, Hermo, Fave, Superbuy, YouBeli dan banyak lagi.
Kesemua laman web ini punyai kelebihannya tersendiri. Kalau anda rajin shopping online, mesti dapat tahu mana satu yang bagus untuk sekian-sekian produk. Laman web ini bukan sekadar menawarkan harga produk yang jauh lebih murah, malah ada yang sukar nak dapat di kedai-kedai biasa.
Jadi Pembeli Online Bijak
Kena jadi pembeli yang bijak memilih. Dah ada pelbagai laman web shopping online ni, maka mudahlah anda untuk bandingkan harga dan barangan produk.Kadang harganya tak jauh bezanya, cuma ... anda perlu lihat dua perkara ini:
- Kos penghantaran
- Return policy
Anda kena lihat mana satu laman web yang tawarkan kos penghantaran yang murah kepada anda, paling baik ialah yang tidak kenakan apa-apa caj untuk kos penghantaran. Lihat juga syarikat yang menyediakan servis penghantaran tersebut.
Lepas tu, lihat pada return policy atau polisi pemulangan barang. Manalah tahu kot-kot barang yang anda terima tu rosak ke, tak leh guna ke, atau silap barang ke .. baca baik-baik mengenai polisi ini, tempoh yang dibenarkan, kos jika ada, dan cara untuk hantar barang balik.
Harga barang memang murah, tapi kalau kos hantarnya mahal, lepas tu lambat .. memang sesuatu yang agak mengecewakan. Lagi-lagi, bila dah dapat .. rosak atau tak seperti apa yang diharapkan, mesti mudah untuk dihantar kembali atau dipulangkan.
Ini kekurangan kalau shopping online ni, kita tak boleh nak nilaikan barangan tersebut dengan lebih terperinci menerusi pancaindera yang lain. Hanya berdasarkan apa yang dipaparkan sahaja di laman web online yang tak semestinya 100% betul dan benar...hoho.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.