Nak Beli Rumah, Semak Dulu Nilai Pasaran. Saya tahu masih ramai lagi yang belum memiliki rumah sendiri. Impian ada, tetapi mungkin ada faktor-faktor yang mengekang, hasrat untuk memiliki hartanah pertama belum lagi dapat dicapai. Saya tahu perasaan tu. Saya beruntung sebab isteri saya bekerja sebagai seorang penjawat awam. Alhamdulillah, ketika kami menerima cahayamata pertama, kami berjaya memiliki rumah pertama sendiri.

Rumah ada banyak. Tapi itulah, kadang harga rumah ditawarkan tu di luar kemampuan. Ada cara lain untuk memiliki rumah sendiri di sebalik pelbagai skim yang ditawarkan oleh kerajaan. Antaranya ialah dengan mencari rumah murah atau rumah lelong.

Tips Beli Rumah/Hartanah - Semak Dulu Nilai Pasaran

Tips Beli Rumah/Hartanah - Semak Dulu Nilai Pasaran
Post kali ini saya nak kongsikan sedikit panduan dan tips membeli rumah, dikongsikan oleh seorang yang memang ada latar belakang hartanah dan kewangan ini. Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi, seorang doktor perubatan.

Beliau telah berkongsi tips dan panduan bagaimana untuk beli rumah, dengan menyemak dahulu harga pasaran. Ia merupakan satu tips yang bagus, bersifat evergreen .. dan yang pasti semua orang boleh ikuti.

Meh baca ... psssttt ... saya olah sedikit cara penyampaian daripada artikel asal ya .. :)

Apabila Membeli Rumah, Semak Nilai Pasarannya, Bukan Sekadar Harganya

Panduan beli rumah - Nak Beli Rumah, Semak Dulu Nilai Pasaran
Rumah 100,000 tidak semestinya murah. Rumah 500,000 tidak semestinya mahal.

Apa maksudnya?

Rumah RM100,000 mungkin nampak murah tapi jika nilai pasarannya ialah RM60,000, ia sebenarnya mahal iaitu RM40,000 melebihi nilai pasaran.

Rumah RM500,000 mungkin nampak mahal tapi jika nilai pasarannya ialah RM800,000, ia sebenarnya murah iaitu RM300,000 bawah nilai pasaran.

Aha .. anda nampak tak? Satu fakta hangat yang ramai tak ambil peduli bila nak beli rumah kan?

Penting ke semak nilai pasaran?

Andaikan pembiayaan perumahan diluluskan pada margin 90%, ia dikira berdasarkan nilai pasaran atau harga jual, mana-mana yang lebih rendah.

Dalam kes pertama di atas, amaun pembiayaan yang akan diberi ialah 90% x RM60,000 = RM54,000, bukannya 90% x 100,000 = RM90,000. Maka pembeli terpaksa topup tunai RM46,000, bukannya hanya RM10,000.

[Dah Baca?] 3 Strategi Popular Untuk Buat Duit Dalam Hartanah

Ok. Apa itu nilai pasaran?

Nilai pasaran secara ringkasnya adalah nilai yang dicadangkan oleh Jurunilai bertauliah berdasarkan beberapa aspek tertentu termasuklah rekod transaksi jual-beli di sesuatu kawasan.

Sebelum anda membeli rumah sama ada pasaran sekunder (subsale) atau lelong, menganggar nilai pasaran adalah sangat penting kerana bank hanya memberi peratusan pembiayaan mengikut nilai pasaran atau harga beli / bida, mana-mana yang terendah.

Jika anda membeli/membida melebihi nilai pasaran, anda terpaksa membayar deposit tunai lebih daripada 10%.

Sebelum membeli unit dalam pembinaan (underconstruction) juga, anda seharusnya mengambil tahu nilai pasaran hartanah di kawasan berhampiran supaya dapatlah anda anggarkan nilai unit anda apabila siap kelak.


Jadi persoalannya sekarang, terutama yang baru nak tahu mengenai hartanah.

Bagaimana Nak Semak Nilai Pasaran Sesuatu Hartanah

Tips Hartanah - Semak Nilai Pasaran Sesuatu Hartanah
Ada dua cara boleh dilakukan, iaitu menerusi:

1. Nilaian Rasmi

Anda kena lantik seorang jurunilai bertauliah. Jika anda banyak duit, anda boleh sahaja melantik jurunilai bertauliah untuk mendapatkan laporan nilai pasaran secara rasmi.

Namun harus diingat bahawa untuk mendapatkan nilai secara tepat, jurunilai perlu melakukan penilaian dari dalam dan luar rumah.

2. Anggaran Nilaian Secara Lisan

Anda boleh mendapatkan anggaran nilaian secara lisan daripada mereka yang pakar dan mempunyai kelayakan serta pengalaman. Tetapi, sebelum membaca tips berikutnya ini, anda harus tahu info hartanah yang perlu disediakan sebelum bertanya kepada mereka ini.

  • Alamat penuh rumah ✔
  • Keluasan ✔
  • Renovasi yang diluluskan ✔
  • Aksesori tambahan ✔
  • Harga Jual / Beli yang diletakkan ✔
Apabila dah ada butiran di atas, maka bolehlah dapatkan anggaran nilaian secara lisan daripada mereka ini:

Jurunilai Bertauliah

Panduan Hartanah - Bagaimana Nak Semak Nilai Pasaran Sesuatu Hartanah
Jika anda mempunyai rangkaian persahabatan dengan jurunilai bertauliah, anda sangat bertuah! Aha .. oleh itu, carilah mereka. Anda beruntung kerana di zaman ini, anda boleh mencari dan menjadi sahabat kepada mereka dengan mudah menerusi laman-laman sosial, seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter. Syor saya, gunakan LinkedIN.

Minta bantuan mereka untuk dapatkan anggaran nilaian secara lisan. Biasanya ia dinilai berdasarkan transaksi terkini di kawasan berhampiran. Ia bukanlah nilaian rasmi kerana tiada lawatan tapak dilakukan.

Namun ia boleh dijadikan panduan untuk anda membuat keputusan sama ada masuk membida/membeli sesuatu hartanah atau rumah tersebut.

Pegawai Bank Pembiayaan Hartanah

“Walk-In” ke bank-bank berhampiran anda. Sekiranya anda berhasrat memohon pembiayaan dengan Bank A, maka pergilah ke Bank A. Jangan rasa segan. Mereka akan sukacita membantu anda.

Pergi ke bahagian pembiayaan hartanah dan jumpa pegawai bank di sana. Kalau anda tanya di kaunter, memang dia tak dapat bagi jawapanlah melainkan dia tunjuk arah ke lokasi yang betul!

Beri maklumat hartanah kepada pegawai bank tersebut dan dia akan tanyakan panel jurunilai mereka. Sama sahaja dengan langkah di atas, cuma kali ini anda melalui pegawai bank. Mudah je kan? Kata orang lama, malu bertanya sesat jalan. Jadi, tak perlu malu untuk mendapatkan khidmat mereka ini, tak perlu bayar .. jangan risau :P..


Agen Hartanah

Ya sama juga seperti langkah di atas iaitu berjumpa pegawai bank. Bagi info hartanah dan agen yang baik hati akan bantu anda dengan bertanya kepada rakan jurunilai mereka.

Tetapi janganlah salahgunakan mereka begitu sahaja. Payunglah neskepe atau teh tarik! Eerr ini bukan rasuah ye, cuma sedekah jariah .. hehe.

Oh ada juga saya nampak di Facebook ada agen yang menyediakan khidmat ini secara percuma melalui online. Anda boleh klik link mereka dan beri info hartanah; selepas 48 jam hari bekerja mereka akan beri anggaran nilai secara online.

3. Anggaran Nilaian Laman Web

Tips Beli Hartanah - Anggaran Nilaian Menerusi Laman Web
Jika anda tiada rangkaian seperti di atas, anda perlulah mula daripada sekarang.

Jika tiada juga, anda boleh cuba beraksi seperti mereka dengan menganggar sendiri nilai pasaran sesuatu hartanah, namun atas risiko sendiri!

Brickz

  • Laman sesawang ini memaparkan transaksi terkini jualbeli sesuatu hartanah. Melalui transaksi ini, bolehlah anda anggar berapa tinggi nilai sesuatu hartanah berdasarkan harga perkaki persegi.

Mudah

  • Mudah atau laman-laman sesawang lain yang mengiklankan jual beli rumah juga boleh dijadikan panduan.

Rujuk iklan berapa harga yang mereka letakkan. Jika majoritinya meletakkan harga yang lebih kurang sama, biasanya nilai pasaran adalah lebih kurang begitu.

Namun harus diingat bahawa tidak semua iklan tersebut meletakkan harga yang betul. Antara taktik beriklan terutamanya oleh pemilik rumah ialah meletakkan harga setinggi yang boleh untuk “test market” sebelum menurunkannya sedikit demi sedikit melalui negosiasi.

4. Kejiranan

Nak Beli Rumah, Semak Dulu Nilai Pasaran
Tiada duit untuk laporan penilaian rasmi?

Tiada rangkaian kawan-kawan jurunilai/pegawai bank/agen?

Tiada internet?

Anda boleh berjalan-jalan melawat kawasan yang dihajati dan berboraklah dengan jiran-jiran di sana. Tanya mereka berapakah harga rumah yang dijual di kawasan tersebut dan bila kali terakhir jualbeli rumah berlaku di sana.

[Dah Baca?] Buku-Buku Berkaitan Hartanah Mesti Dapatkan

Aha .. dah dapat sesuatu daripada perkongsian berkaitan panduan dan tips hartanah ini? Ia boleh diaplikasikan untuk projek-projek perumahan, samada yang mahu dilelong, yang sedang dalam pembinaan, yang sudah siap tetapi belum ada pembeli, dan yang mahu dijual semula.

Nak beli rumah, semak dulu nilai pasaran, supaya pelaburan anda itu tidak akan membawa kerugian, malah keuntungan berganda jika itu tujuannya. Namun, untuk membeli rumah pertama, ia salah satu cara untuk mendapatkan hartanah atau rumah yang berbaloi untuk dimiliki.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement