Sistem cukai SST 2018 bakal menggantikan sistem cukai GST 6% yang diperkenalkan sebelum ini. SST bakal dilaksanakan bermula September 2018 seperti diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Barangan dan Produk Dicadangkan Kastam Tidak Dikenakan Cukai Jualan SST
Dari segi tafsiran, SST 2018 adalah berkaitan cukai jualan seperingkat terhadap barangan dan perkhidmatan yang dikenakan dan dilevi ke atas barang bercukai yang dikilangkan di Malaysia oleh orang bercukai dan dijual olehnya. SST juga dikenakan ke atas pengimportan barang bercukai ke Malaysia.Manakala SST 2018 untuk cukai perkhidmatan adalah suatu cukai yang dikenakan ke atas sebarang peruntukan yang boleh dikenakan cukai perkhidmatan; ianya mesti dibuat dalam perjalanan atau penerusan mana-mana perniagaan oleh orang yang kena cukai; dan ia mestilah berlaku di Malaysia.
Ok.
Senarai Barangan/Produk Dicadangkan Dikecualikan Cukai Jualan SST 2018
Sepertimana cukai sistem GST, bukan semua barangan dan produk dikenakan cukai jualan ini. Ada pelbagai jenis barangan terutamanya berkaitan keperluan seharian pengguna tidak dikenakan sebarang cukai dalam SST 2018.Walaupun SST belum dilaksanakan, dan mekanisma mengenainya juga sedang dikemaskini, namun pihak Kastam Diraja Malaysia telah mengeluarkan senarai barang yang dicadangkan untuk tidak dikenakan cukai jualan SST 2018 ini.
Berikut adalah senarai barangan dan produk yang telah dicadangkan untuk tidak dikenakan SST 2018:
Memang banyak barangan yang disenaraikan. Jenuh nak baca dan skroll tu ..
Sepintas lalu, ia tak jauh beza dengan senarai barangan dan produk yang disenaraikan tidak dikenakan GST atau GST Sifar. Kebanyakan produk seperti bahan mentah macam daging, ayam, ikan, udang .. kambing .. itik tu semua tak kena cukai jualan.
Boleh kata, kebanyakan barangan dapur memang tak dikenakan cukai jualan ni.
[Dah Baca?] Senarai Harga Kereta Baru Pelbagai Keluaran Kadar GST Sifar Peratus
Jadi, pengguna amnya tak perlu risau. Malah, saya jangkakan kebanyakan produk basah, keperluan dapur tidak akan mengalami sebarang perubahan harga pun.
Produk kesihatan pun banyak disenaraikan sebagai tidak dikenakan cukai, macam vitamin, antibiotik dan ubat-ubatan.
[Baca Juga] 5 Fakta Hangat Berkaitan SST 2018 dan 30 Persoalan Biasa Mengenainya
Senarai dicadangkan oleh Kastam ini masih belum muktamad, dan pastinya akan bertambah kelak. Dan ianya juga termaktub dengan kelulusan kabinet, sama seperti sistem GST sebelum ini.
Sumber: Laman Web Rasmi Kastam Diraja Malaysia
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.