Kalau anda nak berniaga dropship, cubalah dapatkan produk dari laman web TaoBao. Laman web TaoBao adalah laman web dari China, yang menjual pelbagai jenis produk dan barangan dengan harga borong. Ia merupakan lubuk mendapatkan produk dengan harga murah untuk usahawan dropship.

Tao Bao - Laman Web Shopping Online Lubuk Usahawan Dropship

Kenapa ramai usahawan dropship suka gunakan laman web TaoBao ini? Kan ke susah nak beli sebab ia dalam bahasa cina/mandarin?
Tao Bao - Laman Web Shopping Online Lubuk Usahawan Dropship


Orait. Orang berniaga ni, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau dah dapat tahu harga barang yang dijual di TaoBao tu murah dan boleh berikan keuntungan andai dijual balik, mengapa tidak belajar cara nak beli dari sana?

Buat usahawan dropship yang tahu mengambil peluang, mestilah mereka akan belajar cara-cara nak beli dari laman web TaoBao tu.

Samada, belajar bahasa cina atau dapatkan kawan-kawan cina untuk terjemahkan laman web tersebut ke bahasa yang mudah faham. Boleh je nak gunakan Google Translate, tapi akan kelihatan pelik sedikitlah.

[Tonton] Video Cara Nak Beli Barang di TaoBao

Lagi? Kenapa beli dari laman web Taobao?

Selain barangan yang dijual adalah murah. Produk juga boleh dibeli dalam kuantiti sedikit, dan masih mendapat harga borong. Ya, beli 1, 2 atau 3 .. tapi bayar ikut harga borong .. .tak ke untung banyak tu?

Borong Barang dari China Secara Online

Guna Teknik 'Pre-Order' Untuk Bisnes Online Tanpa Modal

Aha .. leh aplikasikan teknik 'pre-order'.

Apa maksudnya?

Ramai usahawan dropship dia akan beli dalam stok yang kecil, katakan 10 unit. Dari 10 unit itu, dia akan lihat dahulu kualiti barang, dan dapatkan customer awal untuk berikan testimonial.

Jika kualiti barang itu bagus dan disukai customer terawal, maka .. bolehlah buat teknik 'pre-order' ini.

Iklankan barang tersebut di mana-mana, samada di laman web jualan, macam Shopee, EzBuy, Lelong, Qoo10 atau di Facebook, Twitter mahupun Instagram. Lebih baik, anda bina sebuah laman web bisnes anda sendiri dan promote dari situ.

Cara-Cara Nak Buat Bisnes Dropship Guna TaoBao

TaoBao Lubuk Usahawan Dropship
Macamana caranya ni?

Okeh. Anda boleh ikut step-by-step di bawah.
  1. Beli produk dari laman web TaoBao - beli dalam kuantiti kecil dahulu, lebih kurang 5-10 unit untuk satu-satu produk. Tak tahu cara nak membeli dan memborong, gunakan panduan INI.
  2. Periksa produk tu dari segi kualiti, dan kebolehgunaannya.
  3. Jual 3-4 unit dengan harga murah pada kenalan, kawan-kawan.
  4. Dapatkan testimonial mereka, ambil gambar mereka beli produk tersebut dari anda.
  5. Sekarang, ambil gambar produk dengan terperinci. Termasuklah kotak (jika ada). Ambil gambar cantik-cantik sedikit. Guna smartphone yang ada kamera best, in Sha Allah, gambar produk akan jadi cantik menarik dan menggoda. Tak perlu letak model cantik pun, produk boleh jual.
  6. Muat naik gambar produk, gambar testimonial di mana-mana laman web jualan yang selesa untuk anda. Jangan lupa berikan sedikit deskripsi berkaitan produk tu, cara nak guna dan sebagainya. Berikan pelanggan info lengkap.
  7. Nyatakan harga 'pre-order'. Anda tetapkan sendiri harga yang sesuai yang boleh tampung kos dan berikan keuntungan. Janganlah ambil untung banyak sangat sehingga menyebabkan harga produk jadi mahal. Anda dah borong harga murah, cuba jual dengan harga murah dan mampu milik. Jangan tamak ye.
  8. Dapatkan bayaran daripada pelanggan berminat, samada bayaran separuh atau bayaran penuh. Pastikan resit pembayaran disimpan.
  9. Tetapkan tempoh untuk buat pre-order ini, contohnya dalam 5 hari atau 7 hari supaya anda boleh dapatkan modal untuk beli borong produk tersebut dari TaoBao.
  10. Apabila tempoh 'pre-order' tamat, anda hantar baki produk yang masih dalam simpanan anda untuk mereka yang terawal membeli atau kepada pelanggan yang bayar separuh. Ini untuk menunjukkan bahawa produk cepat dapat, dan agar kredibiliti anda sebagai penjual dapat ditingkatkan.
  11. Dapatkan testimonial mereka dari segi penghantaran cepat, mesra, servis bagus dan sebagainya. Hubungi mereka setelah anda hantar produk.
  12. Borong baki produk yang telah 'pre-order' menerusi TaoBao - anda boleh samada terus hantar produk tu dari China ke alamat rumah pelanggan atau transit dulu ke alamat anda. Jika anda ambil keputusan untuk order dari TaoBao dan terus hantar ke rumah pelanggan, nanti pecahlah lubuk .. hehe. Kalau anda transit dulu, boleh buat marketing tambahan .. macam selitkan kad bisnes ke, buat promo produk lain ke ... aha ... gitulah,
  13. Lakukan proses-proses ini berulang kali untuk produk sama atau produk berlainan.

Aha .. anda nampak tak bagaimana nak berniaga online dengan borong barang dari China secara online menerusi TaoBao? Anda nampak bagaimana usahawan dropship boleh buat duit, walaupun modal tu tak berapa nak ada?

Silap-silap, jika anda bijak sedikit .. anda boleh buat bisnes online dropship ini tanpa guna sebarang modal pun. Ya, tanpa modal !!!

Cuma, ada risikolah sedikit di mana anda tak beli dahulu barang tu dari TaoBao. Kalau barang ok, tak ada masalah. Jika barang tiba pada customer, pastu barang tu bermasalah .. mungkin bisnes yang sepatutnya zero modal, akan jadi tinggi modal... haha.

Hosting Bisnes Murah

Itu sebab saya katakan di awal tadi, laman web TaoBao ini adalah salah satu lubuk untuk usahawan dropship mendapatkan barang dan produk murah untuk dijual kepada pelanggan mereka.

Nak berniaga dropship atau bisnes online, kena bijak pilih produk hot dan tahu lubuknya. In Sha Allah, boleh buat untung banyak.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement