Bagaimana Nak Memilih Buah Durian Yang Sedap dan Puas Hati?
Durian yang sedap dan memuaskan hati mestilah rasanya manis berlemak. Isinya mestilah tebal dan berbiji kecil. Untuk mendapatkan durian sebegini, ada cara-caranya.
Oh ya, kena ingat ye, durian ni ada banyak jenis, ada D101, D2, Raja kunyit, Duri Hitam, Durian Udang Merah dan sebagainya. Setiap jenis buah durian ini ada ciri unik selain berlainan dari segi saiz, kulit termasuklah harga yang berbeza. Jom dapatkan tips memilih buah durian ini ..
Lihat Tangkai
Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu.Nak tahu isinya tebal atau tidak?
Anda kena cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi dalamnya juga tebal.
Nak tahu isi buah durian itu kuning atau tidak, anda kena tengok dibahagian dalam kulit tangkal. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning. Tapi ... sila waspada! Ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning. Jadi anda kena pandai pilih, dan lihat elok-elok bahagian tangkai durian.
Duri Durian
Ini salah satu cara paling mudah untuk anda pilih durian yang bagus dan puas hati untuk dinikmati. Anda perlu lihat bentuk duri-duri pada buah durian.Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat.
Durian Ringan
Pilih buah durian yang ringan. Kalau berat tu, selalunya berat kulit semata. Durian yang ringan menunjukkan sifat isinya yang padat, dan berbiji kecil. Manakala, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair, kemungkinan sudah busuk atau sudah tidak elok.Anda perlu ambil dua durian yang hampir sama saiz, dan cuba timbang. Pilih antara dua durian ini, mana yang paling ringan.
Durian Bulat vs Durian Lonjong
Buah durian yang berbentuk bulat isinya besar dan banyak. Durian berbentuk lonjong atau sedikit bujur pula, kebiasaannya isinya cuma sedikit. Tetapi, durian lonjong ni bukannya tidak bagus, malah durian berbentuk sebegini, isinya lebih manis dan sedap.Pilih Durian Lima Pangsa
Jangan pilih buah durian yang ada lebih daripada lima pangsa. Jika lebih, isinya kurang padat dan sedikit.Caranya ialah dengan melihat garisan pangsa dari permukaan kulit durian. Anda perhatikan garis tersebut dari hujung ke hujung buah durian.
Elakkan Durian Merekah
Jangan pilih yang sudah merekah atau kulit durian yang sudah pecah di hujungya. Sebab? Durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Tetapi, kalau berhajat nak jadikan isi buah durian tersebut sebagai tempoyak, maka buah durian sebegini adalah yang terbaik... hehe.Goncangkan Buah Durian
Pegang dan letak kedua tapak tangan pada buah durian, pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika dapat rasa getaran kecil, ia bermakna isi durian itu dah matang dan kering.Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian, manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Aha .. tips ini sangat bagus untuk memilih isi durian yang berkualiti, dan puas memakannya.
Pukul Buah Durian
Selain dari cara menggoncangkan buah durian, anda boleh pukul buah durian itu untuk tahu samada isi buah durian tersebut sudah matang atau belum; bak kata orang Perak cara nak elakkan buah durian mangkor.Jika anda pukul ada bunyi 'bluk-bluk' sedikit bergema, maka ia durian yang dah matang. Tapi awas, kena buat berhati-hati takut nanti melukakan tangan. Ketuk dengan benda keras macam kayu, batang skru-driver, atau jentik dengan jari.
Cium Baunya
Ini teknik atau tips paling mudah nak mendapatkan durian yang sedap dan puas hati. Durian yang berbau kuat, kemungkinan besar buahnya besar, manis dan matang. Manakala, durian yang kurang menyengat baunya, buah durian itu mungkin masih belum masak sepenuhnya, isinya agak kerasKalau tak ada bau langsung, maka isinya sudah masuk angin. Kemungkinan besar, isinya juga tidak berapa sedap dan berasa tawar.
Okeh. Moga tips-tips diberikan untuk pilih durian yang bagus, sedap, berkualiti dan puas hati ini dapat dimanfaatkan oleh para penggemar raja buah ini. Nak beli durian yang harga mahal, perlu juga ikuti tips ini, barulah nanti rasa benar-benar berbaloi menikmatinya.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.