Hari ini saya nak kongsikan tips untuk usahawan dan peniaga online, atau sesiapa sahaja yang mencari freelancer untuk membuat kerja-kerja sampingan. Aha... skop kerja freelance di Malaysia ini masih lagi terhad. Ada tu ada, tapi tak ramai. Mungkin mereka ini tak tahu pasal Jobdirumah untuk mencari peluang kerja sampingan.

Freelance ini boleh melakukan banyak kerja mengikut kemahiran yang ada. Ada yang akan melakukan kerja pada hari minggu, ada juga yang melaksanakan kerja di waktu malam iaitu selepas waktu pejabat.

Tips Mencari dan Memilih Freelancer Untuk Kerja-Kerja Sampingan

Tips Mencari dan Memilih Freelancer Untuk Kerja-Kerja Sampingan
Antara kerja-kerja freelancer ini boleh lakukan ialah seperti mengemaskini data, samada perolehan barang, perolehan keuntungan, akaun imbangan duga, pengkalan data pelanggan dan macam-macam lagi.

Kadang tu, kerja sampingan lain yang mudah boleh diberikan kepada freelancer adalah mengambil gambar, macam gambar event, gambar produk, gambar ikut spesifikasi tertentu. Kerja freelance lain seperti jaga Fanpage pun boleh diberikan ... eh eh.
Tips Pilih Freelancer Siapkan Projek Kerja Sampingan
Itu kerja-kerja yang simple.

Kerja-kerja lain seperti design website, design banner iklan, design baju atau logo; memasukkan data pelanggan ke dalam web, menterjemahkan kandungan website, pindahkan data dari format A ke format B, hantar email dan pelbagai lain turut juga dilakukan oleh freelancer.

[Promo] Daftar Sekarang Untuk Jadi Freelancer

Mungkin tak semudah kemaskini data atau menaip, tetapi memang ada freelancer yang sanggup buat kerja-kerja sedemikian andai upahnya berpatutan.

4 Tips Mudah Memilih Freelancer Sesuai

Tips Mencari dan Memilih Freelancer Untuk Kerja-Kerja Sampingan

Kalau nak pilih seorang freelancer ini, kena lihat beberapa perkara berikut:

1. Reviu Portfolio

Anda kena lihat portfolio mereka dahulu. Jika ia libatkan design, kena lihat style design mereka macamana supaya kena dengan kehendak anda. Boleh juga lihat pada kerja-kerja mereka sebelum ini sebelum upah mereka untuk melakukan kerja-kerja sampingan untuk anda.

2. Reviu & Rating

Baca pengalaman majikan sebelum ini bersama freelancer tersebut. Kadangkala, ada freelancer yang hebat dari segi hasil kerja, tetapi mereka ada masalah dari segi deadline kerja. Mungkin juga mereka kurang hasil yang bagus, namun berjaya tunaikan dalam tempoh yang dikehendaki dalam bajet yang memadai.


3. Berinteraksi

Berinteraksi terlebih dahulu dengan freelancer. Kongsikan secara am, kerja atau projek yang ingin diberikan, dan lihat respon mereka. Tanyakan mengenai projek atau kerja sebelum ini yang pernah dilakukan, tempoh disiapkan dan kesudian mereka melaksanakan kerja dengan bajet yang ada.

4. Nyatakan Deadline, Nyatakan Harapan

Anda kena jelas mengenai tempoh deadline ini. Jangan berikan waktu yang terlalu singkat untuk freelancer yang mungkin ada kendalikan beberapa projek lain. Maka, penting, pastikan mereka boleh deliver dalam tempoh dikehendaki. Anda tidak mahu kecewa, dan mereka juga tak mahu kecewa. Mereka tentunya mahukan bayaran.

5. Isih Dengan Harga

Tahukah anda, menerusi laman web tertentu, anda boleh set harga untuk sesuatu projek disiapkan kepada freelancer? Jika mereka setuju dengan harga tersebut, maka barulah berikan mereka kerja. Anda juga boleh isih harga upah yang mereka kenakan untuk sesuatu projek, jadi pastikan ia dalam bajet anda.

Ok?

Harap sedikit sebanyak membantu.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement